web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Sastera Tak Boleh Hukum Para Penzalim Tapi..,” Jack Malik Protes Dengan Puisi

Bersama penyair muda, Jack Malik berbual tentang sajak-sajak yang menentang kezaliman sepanjang protes Puisi Darurat.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 9:00AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas kempen bendera hitam berlangsung di alam maya menunjukkan kekecewaan rakyat terhadap ketololan kepada menteri, kini protes yang sama juga dijalankan apabila pengguna laman sosial mula memuat naik puisi menyatakan rasa amarah dan sedih mereka kepada kerajaan menerusi tanda pagar Puisi Darurat (#PuisiDarurat). 

Puisi Darurat yang merupakan inisiatif Gerak Malaysia dan Bilik Penyair ini kemudian mendapat perhatian ramai penyair, artis, peminat sajak mahupun orang awam untuk sama-sama meluahkan kekesalan dan kritikan mereka kepada kepimpinan kerajaan pada hari ini.

Turut aktif menggunakan tanda pagar Puisi Darurat ialah penyair muda, Jack Malik yang menganggap protes ini sebagai permulaan kepada orang awam mengenal puisi dengan lebih dalam. 

“Soal mutu dan ketulusan sajak yang dimuat naik itu kita bincang nanti. Apa yang penting, kita sudah memulakan,” katanya ketika dihubungi Getaran baru-baru ini. 

Ditanya bagaimana menyuarakan protes menerusi sajak ini dapat mengubah keadaan semasa, Jack walau bagaimanapun berpendapat sastera bukanlah senjata paling ampuh untuk mengubah apa-apa kezaliman yang berlaku.

Namun, ia adalah tugas setiap manusia untuk saling menyelamatkan sesama kita dari cengkaman penguasa yang zalim.

Penulis dan pemuisi, Jack Malik. Gambar: Habib Salam
Penulis dan pemuisi, Jack Malik. Gambar: Habib Salam

“Saya sedikit skeptikal dengan pendapat ‘sastera boleh mengubah’. Saya tidak percaya sastera adalah komrad terpaling hadapan atau al-masih yang akan menyuluh kita keluar daripada kegelapan.

“Sastera dan puisi, seperti Subagio kata, 'Apakah erti sajak ini kalau saban malam aku terbangun, hidup ini makin mengikat dan mengurung, apakah erti sajak ini.'"

“Sastera tak boleh menghukum para penzalim. Sastera tak boleh menegakkan keadilan untuk orang miskin. Bagi saya, tak adil bagi kita meletakkan tanggungjawab ini ke atas sastera. Namun, yang boleh mengubah semua keadaan ini adalah kita semua, manusia. 

“Kita tak perlu sastera atau puisi untuk selamatkan kita mahupun bersuara untuk kita. Apa yang kita perlu adalah sasterawan dan pemuisi iaitu manusia yang menyelamatkan diri sendiri dan orang lain.

“Juga, untuk berjuang dan menentang kezaliman. Allen Ginsberg tidak berpuisi sahaja, beliau turut turun ke jalanan. A. Samad Said tidak sekadar menulis puisi, beliau menyertai demonstrasi Bersih dahulu.

“Sastera cumalah cabang. Suara tetap datang daripada kita iaitu orang, rakyat dan manusia. Kalau menggubah pun, mungkin sedikit sebanyak berpunca daripada teknologi dan masyarakat kini celik hati,” katanya yang baru sahaja dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Selangor 2020 kategori sajak beberapa hari lalu.

Menerusi lambakan puisi yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial sejak Sabtu lalu. Jack berpendapat puisi yang ditulis oleh pengguna Aliff Awan adalah yang paling menangkap. Dia turut berharap agar puisi yang bersifat konkrit seperti ini akan lebih banyak dihasilkan di masa mendatang. 

Penulis buku Wannabe Sasau ini akan terus menyokong protes seperti Puisi Darurat sebagai tanda setia mengkritik kezaliman walaupun dalam keupayaan yang terhad. 

“Ada juga pengkarya yang diam atau tidak ambil tahu. Terpulang. Asalkan tidak menidakkan mereka yang ingin bersuara dan tidak apologetik terhadap institusi kuasa. Kita semua tahu apakah pendirian dan prinsip kita apabila berhadapan dengan kezaliman dan kejahatan.

“Seperti saya, saya memilih untuk setiakawan dengan kemampuan serta keupayaan yang terhad. Walaupun terhad, sekurangnya saya tahu saya berdiri sekali dengan mereka. Saya cuma harap ia cukup.

"Dengan gerakan #puisidarurat mahupun apa-apa gerakan masa hadapan, saya harap orang awam tak lagi segan untuk berpuisi. Bukan itu sahaja, semoga pemuisi akan lebih aktif turun padang jika berkemampuan dan tajamkan seni masing-masing,” katanya menutup temu ramah. - Getaran, 22 Julai 2021

Sumber foto: Instagram Jack Malik

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

3 Treler Filem Termahal Indonesia, 'Buya Hamka' Dilancarkan Pada 1 Ramadan

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Zabidi Diminta Mohon Maaf Secara Terbuka Atas Kenyataan Fitnah Terhadap Pasukan Mentega Terbang – Pengarah 

3

Politik 3 tahun yang lalu

Tindakan 3 Pemimpin UMNO Tanding Atas Tiket Lawan Tidak Jejaskan UMNO, BN - Ahmad Maslan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Susulan Keputusan Kes Najib: ‘Kita Tahu Mana Lawan, Kawan Sebenar’ – Ahmad Zahid

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 6 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN