web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Treler Filem Termahal Indonesia, 'Buya Hamka' Dilancarkan Pada 1 Ramadan

Filem yang menelan belanja kira-kira AS$12 juta ini mengangkat karya tentang seorang tokoh hebat yang disegani di Indonesia iaitu Buya Hamka dan dibintangi barisan pelakon popular seperti Vino G Bastian , Laudya Cynthia Bella, Reza Rahadian, Anjasmara dan Desy Ratnasari.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 9:17PM

Filem 'Buya Hamka' arahan sutradara terkenal Indonesia iaitu Fajar Bustomi dan ditulis Alim Sudio serta Cassandra Masardi ini mengambil masa selama sembilan tahun untuk disiapkan sepenuhnya - Gambar ihsan penerbit filem

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya treler filem yang dinantikan-nantikan, iaitu Buya Hamka telah lancarkan di Jakarta, Indonesia pada Khamis sempena 1 Ramadan. 

Getaran turut diterbangkan ke Jakarta oleh TGV Pictures bagi menonton treler filem yang dikatakan sebagai filem termahal dalam sejarah penerbitan filem di Indonesia. 

Filem Buya Hamka arahan sutradara terkenal Indonesia iaitu Fajar Bustomi dan ditulis Alim Sudio serta Cassandra Masardi ini mengambil masa selama sembilan tahun untuk disiapkan sepenuhnya dan menelan belanja kira-kira AS$12 juta (sekitar RM53,670,000).

Dua produksi gergasi Indonesia iaitu Falcon Pictures dan Starvision telah bergabung untuk menerbitkan filem ini dengan kerjasama Majlis Ulama Indonesia.  

Filem ini pada asalnya dicipta untuk dijadikan sebanyak dua bahagian. Namun, disebabkan durasi total filem ini adalah selama tujuh jam, maka filem ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian yang berbeza menjadi sebuah filem trilogi. 

Pada acara tersebut, bukan sahaja treler bahagian pertama yang dilancarkan, tetapi ketiga-tiga bahagian filem berkenaan. 

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah pelakon utama filem Buya Hamka iaitu Vino G Bastian yang membawakan watak sebagai Buya Hamka, Laudya Cynthia Bella (Siti Raham, isteri Buya Hamka) dan Anjasmara (Presiden Indonesia, Soekarno).

Menurut salah seorang penerbit filem ini mewakili Starvision iaitu Chand Parwez, peruntukan untuk menghasilkan filem ini adalah yang paling banyak dalam sejarah penerbitan filem syarikat produksinya. 

"Jika mahu bercerita mengenai Buya Hamka, ia memerlukan waktu yang panjang. Beliau adalah tokoh yang sangat terkenal dan disanjung tinggi. Beliau bukan sahaja pahlawan, tetapi ulama, penulis, wartawan dan seorang ketua keluarga yang sangat hebat. Saya sangat bangga dapat terlibat dengan filem ini," katanya.

Sidang media dan majlis pelancaran treler filem 'Buya Hamka' - Gambar oleh Helmi Anuar
Sidang media dan majlis pelancaran treler filem 'Buya Hamka' - Gambar oleh Helmi Anuar

Sementara itu penerbit yang mewakili Falcon Pictures iaitu Frederica berkata, filem ini dihasilkan sebagai salah satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat. 

"Kami mahu orang melihat betapa hebat seorang yang bernama Buya Hamka. Soal keuntungan sama ada filem ini bakal menjadi filem dengan kutipan tertinggi atau tidak, saya serah kepada rezeki.

Bagi sutradara filem ini iaitu Fajar Bustomi, menghasilkan filem Buya Hamka adalah salah satu impian besarnya disamping dia sudah muak melihat lambakan filem hantu menguasai pawagam Indonesia.

Fajar Bustomi - Gambar ihsan penerbit filem
Fajar Bustomi - Gambar ihsan penerbit filem

"Filem 'setan' terus-menerus menguasai bioskop Indonesia. Tetapi apa yang meyakinkan saya, saya percaya umat Islam di Indonesia tidak hanya mahu menonton filem 'setan'. Saya percaya warga Indonesia merupakan warga yang kuat agama tidak kira Islam, Hindu, Buddha dan lain-lain. 

"Filem Buya Hamka menceritakan tentang manusia yang berjuang dalam hidupnya dari kecil hingga ke akhir usia. Saya sendiri menangis selepas menonton filem ini. 

“Saya cuma diberi sedikit ujian daripada Allah.  Tetapi Buya Hamka dari kecil sehingga tua diberikan ujian tidak henti-henti. Tetapi dia terus tawakal kepada Allah. Semoga filem ini dapat memberikan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang menontonnya kerana perilaku Buya Hamka," katanya. 

Filem Buya Hamka bakal menemui penonton Indonesia pada 20 April ini dan dijangka akan ditayangkan di rangkaian pawagam TGV Malaysia selepas selesai tayangan di Indonesia. 

Untuk bahagian pertama, filem ini akan memaparkan zaman di mana Hamka menjadi pengurus Muhammadiyah di Makassar dan berhasil memberikan kemajuan yang pesat kepada organisasi tersebut. 

Hamka juga mulai menjadi penulis sastera dan cerita romantiknya menjadi kesukaan pembaca. Hamka dan keluarganya kemudian berpindah ke Medan kerana dia dilantik menjadi pemimpin redaksi majalah Pedoman Masyarakat. 

Posisi ini membuatkan dia berhadapan kesulitan dengan pihak Jepun hingga harus ditutup kerana dianggap berbahaya. 

Keluarga Hamka mula dilanda masalah ketika salah seorang anak mereka meninggal kerana sakit. Usaha Hamka untuk melakukan pendekatan terhadap pihak Jepun disalah tafsir sebagai penjilat dan dia dimusuhi sehingga Hamka diminta untuk undur dari jabatannya sebagai pengurus Muhammadiyah. - Getaran, 24 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 bulan yang lalu

24,761 Calon UPKK 2025 Dapat 9A

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

3

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 3 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.