web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 8 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 9 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


24,761 Calon UPKK 2025 Dapat 9A

Pendidikan Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2026 3:34PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 24,761 daripada 251,392 calon Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) 2025 mencatatkan keputusan cemerlang memperoleh A dalam semua sembilan mata pelajaran peperiksaan itu.

Mata pelajaran itu ialah al-Quran, Akidah, Sirah, Adab, Jawi dan Khat, Bahasa Arab, Ibadah, Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) dan Amali Solat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata pencapaian Gred Purata Kebangsaan (GPK) UPKK 2025 secara keseluruhan ialah 1.83 mata berbanding 1.85 pada tahun sebelumnya.

"Daripada jumlah keseluruhan calon yang menduduki semua kertas peperiksaan, peratus calon yang mencapai tahap lulus keseluruhan UPKK 2025 ialah 89.61 peratus," katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan UPKK 2025 di sini hari ini.

Zulkifli berkata sebanyak 25,230 calon berjaya mendapat 8A manakala 18,990 lagi memperoleh 7A.

Beliau berkata jumlah calon berdaftar bagi 2025 ialah 252,997 orang yang menunjukkan permintaan terhadap UPKK semakin meningkat dengan kenaikan sebanyak 5.17 peratus berbanding 2024, iaitu 240,244 calon.

"Jumlah calon tidak hadir menunjukkan penurunan kepada 0.63 peratus berbanding 2024 iaitu 1.36 peratus. Ini menunjukkan keprihatinan ibu bapa dan usaha guru yang berterusan dalam menarik minat murid untuk menduduki UPKK," katanya.

Bermula 2024, format baharu UPKK diperkenalkan berdasarkan Kurikulum KAFA 2.0 dengan keseluruhan mata pelajaran dinilai melibatkan komponen Pentaksiran Pusat merangkumi mata pelajaran al-Quran, Akidah, Sirah, Adab, Jawi dan Khat, Bahasa Arab dan Ibadah manakala dua komponen Pentaksiran Bilik Darjah ialah PCHI dan Amali Solat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Mesyuarat JC-ESTC Mampu Terjemah Hubungan Baik M’sia & Rusia, Lahir Kerjasama Lebih Konkrit - Zambry

2

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Jerebu Semakin Buruk, Sekolah Diarah Hentikan Hentikan Aktiviti Luar - Pengarah

3

Pendidikan 4 minggu yang lalu

Tingkatan 6 Kekal Bawah KPM, Ambil Kira Pelbagai Aspek - PM

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

Sorotan

1

Robot Humanoid Dijangka Sertai Sambutan Hari Kebangsaan

2

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

3

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

4

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

5

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

6

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bakar Pekerja Kedai Nombor Ramalan, Pemandu E-Hailing Didakwa Cuba Membunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.1 Landa Perairan Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad