Berita Terkini

9 jam yang lalu: Rohana pulangkan AS$10 juta, aset 1MDB kepada kerajaan 9 jam yang lalu: Manfaatkan Ramadan untuk bentuk penyatuan Ummah - Ahmad Zahid 9 jam yang lalu: Hanya 6.3 peratus atau 2.1 juta rakyat ada ilmu asas pertahanan awam 9 jam yang lalu: Menteri KDN diminta pertimbang lanjut PLKS dalam 3 subsektor 11 jam yang lalu: MAHB catat pergerakan penumpang lebih tinggi pada Februari

IKUTI KAMI


Zabidi Diminta Mohon Maaf Secara Terbuka Atas Kenyataan Fitnah Terhadap Pasukan Mentega Terbang – Pengarah 

Zabidi juga harus membayar segala kos-kos yang terlibat di dalam urusna perkara ini serta memberi maklum balas dalam tempoh 48 jam dari tarikh surat ini.

Filem & TV Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 10:00PM

Khairi (kiri) menuntut Zabidi memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataannya terhadap pasukan Mentega Terbang. - Gambar oleh Nooreeza Hashim/Facebook

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah filem Mentega Terbang, Khairi Anwar menafikan bahawa dia dan pihak produser memiliki agenda untuk memurtadkan umat Islam di negara ini khususnya golongan remaja menerusi penghasilan filem tersebut seperti mana yang didakwa oleh penulis, Zabidi Mohamed. 

“Kami merujuk kepada kenyataan-kenyataan dibuat oleh Zabidi Mohamed di laman Facebooknya pada tarikh 25.2.2023, 2.3.2023 dan 3.3.2023, yang tersebar secara meluas sejak beberapa hari lalu. 

“Kami dengan tegas menafikan sebarang dan semua bentuk dakwaan bahawa filem Mentega Terbang sama sekali berusaha untuk menghujat, mengkufur dan berhasrat untuk mewujudkan budaya murtad dalam kalangan orang Islam seperti yang didakwa Zabidi. 

Zabidi Mohamed - Gambar Facebook
Zabidi Mohamed - Gambar Facebook

“Oleh itu, kami telah mengarahkan peguam kami untuk menuntut daripada Zabidi supaya memadamkan kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada kami atas kenyataan fitnah yang dibuat terhadap pasukan Mentega Terbang dan saya sendiri,” katanya. 

Pada tarikh 25 Februari, Zabidi telah memuat naik status di Facebook yang berbunyi; 

Filem ini menghina, meremeh, merendah-rendahkan, menodai dan mempersendakan Islam secara terang-terangan (blasphemy). 

Susulan daripada itu, Zabidi telah memuat naik satu lagi status pada 2 Mac 2023; 

Saya sudah menontonnya hingga habis dan dapatan saya filem ini secara terang-terangan dan bukan lagi secara halus atau subtext adalah satu usaha terancang untuk memurtadkan umat Islam di Malaysia dan target mereka adalah remaja sekolah. 

Menontonnya buat saya rasa seperti Al Quran itu dipijak-pijak depan mata. 

Status yang ketiga yang dimuat naik pada 3 Mac 2023 pula berbunyi; 

Dialog untuk memurtadkan 

1. Secara berani dan terus terang tanpa berselindung dialoq dari babak ini memang berniat dan bertujuan untuk memurtadkan umat Islam dan sasarannya adalah remaja Islam di Malaysia. 

2. Dalam babak ini si ayah sebut ibu Aisyah yang telah meninggal dunia sudah bertukar menjadi semut. Aishah marah kata-kata ayahnya itu tapi dalam dialog seterusnya si ayah ada menegaskan “I’am serius” dan “I mean it” termasuklah bila si ayah menyebut Aisyah boleh 

Peluk agama lain jika dia mahu”. 

3. Ini hanya satu babak contoh elemen blasphemy yang ada dalam Mentega Terbang

4. Dari mula hingga akhir cerita naratif cerita ini penuh dengan elemen blasphemy. Bukan pada satu babak ini sahaja. 

5. Kurang ajar!!!

6. Penerbit: Tan Meng Kheng, Pengarah: Khairi Anwar. Penulis skrip: Khairi Anwar, Arjun Thanaraju, Vishnu Varman & Ti Teng Hui. 

7. Kurang ajar!!!

8. Kita umat Islam kena BERANI untuk BERANI menyebut KURANG AJAR!!!

9. Kurang ajar!!!

Note: Blasphemy bermaksud: menghina,meremeh, merendah-rendahkan, memperleceh, menodai dan mempersendakan agama. Dalam konteks filem ini bermaksud Islam secara terang terangan dihina dengan ciri-ciri yang saya sebutkan. Blasphemy dalam konteks Islam

Notis tuntutan terhadap Zabidi dihantar pihak Tetuan Daim & Gamany yang mewakili pasukan pembikin filem Mentega Terbang iaitu Tan Meng Kheng (penerbit), Mohd Khairi Anwar Jailani (pengarah dan penulis), Tan Meng Kheng (penerbit) , Arjun Thanaraju (penulis) , Vishnuvarman Ragunathan dan Ti-Teng Hui. 

Di dalam notis tuntutan itu, pihak Tetuan Daim & Gamany berkata, kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Zabidi pada tiga tarikh yang berbeza iaitu 25.2.2023, 2.3.2023 dan 3.3.2023 adalah langsung tidak benar, berniat jahat dan merupakan fitnah terhadap anak-anak guam mereka. 

“Selanjutnya, tuduhan yang dinyatakan oleh anda, adalah bertujuan untuk menjejaskan imej, reputasi dan kredibiliti anakguam-anakguam kami untuk mendatangkan kutukan dan ancaman kepada mereka. 

“Sehubungan itu, kami telah diarahkan untuk meminta anda membuang dan memadamkan siaran-siaran Facebook serta memuat naik satu siaran di Facebook yang dengan jelas dan nyata memohon maaf terhadap fitnah yang dinyatakan dalam siaran-siaran Facebook seperti yang dinyatakan. 

“Anda (Zabidi) mengarang satu surat yang dengan jelas dan nyata memohon maaf serta menunjukkan kekesalan atas siaran Facebook yang dinyatakan sebelum ini, supaya anak guam anak guam kami dapat menggunakan surat itu untuk menyiarkan dan mengedarkan kepada mana-mana media massa untuk memperbaiki reputasi mereka. 

“Anda (Zabidi) mengaku janji untuk tidak memuat naik siaran-siaran Facebook yang dinyatakan di atas atau pun apa-apa fitnah yang serupa terhadap anakguam anakguam kami,” kata mereka. 

Tetuan Daim & Gamany juga berkata, pihaknya turut diarahkan untuk Zabidi membayar ganti rugi yang sewajarnya kepada anak guam anakguam  atas kerosakan nama baik dan reputasi mereka. 

“Memandangkan tuduhan dan fitnah yang dibuat oleh anda (Zabidi)  adalah satu perkara yang serius yang telah mengakibatkan ia disebarkan secara meluas di media sosial, blog, media massa, dan juga pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap anak guam anak guam kami, serta menjadi sebab filem Mentega Terbang dialih keluar dari platform penstriminan Viu, oleh itu kami turut diarahkan untuk anda membayar ganti rugi yang sewajarnya kepada anak guam anak guam kami,” kata mereka lagi. 

“Anda (Zabidi) juga harus membayar segala kos-kos yang terlibat di dalam urusna perkara ini serta memberi maklum balas dalam tempoh 48 jam dari tarikh surat ini. Sekiranya anda gagal, segala kos-kos yang berkaitan dengan prosiding tersebut adalah tanggungjawab anda sepenuhnya,” kata mereka lagi. – Getaran, 3 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 9 jam yang lalu

3 Treler Filem Termahal Indonesia, 'Buya Hamka' Dilancarkan Pada 1 Ramadan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kes Ugut Krew Mentega Terbang: Polis Buka 2 Kertas Siasatan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Patuhi Undang-Undang, Jangan Rosakkan Harta Benda Dan Ancam Nyawa - Fahmi Fadzil

4

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Diugut Bunuh, Kereta Disimbah Cat, Sudah Sampai Masanya Menteri Campur Tangan - Pengarah ‘Mentega Terbang’

Sorotan

1

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 Dibuka

2

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

3

Skim Rumah Pertamaku Wajar Diteruskan, Harap Kerajaan Bantu Rakyat

Disyorkan untuk anda

Muzik 13 jam yang lalu

Di Sekolah Kalau Masuk Pertandingan, Saya Selalu Nyanyikan Lagu 'Keluarga Bahagia' - Siti Nordiana

oleh Rubini Nagarajah

Selebriti 1 hari yang lalu

Video Cium Hanya Persaudaraan, Kami Memang Sangat Akrab – Naim Daniel

Namun begitu, video TikTok yang mencatat tontonan hampir dua juta tersebut telah mengundang reaksi yang pelbagai.

oleh Wafa Aula

Muzik 10 jam yang lalu

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 Dibuka

Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) dalam kenyataan hari ini memaklumkan DKD Industri Muzik itu diharap dapat merealisasikan iltizam MyCreative dalam meny...

Selebriti 19 jam yang lalu

‘Hati Saya Sakit Bila Suami Saya Dihina’ - Isteri Dan Pengurus Aaron Aziz Tampil Pertahankan Suami

oleh Helmi Anuar