web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Ugut Krew Mentega Terbang: Polis Buka 2 Kertas Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 11:19AM

Kenderaan pengarah filem Mentega Terbang yang disimbah cat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Selangor sudah membuka kertas siasatan berhubung kes khianat dan ugutan ke atas dua krew penerbitan filem kontroversi, Mentega Terbang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan dibuka Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di bawah Seksyen 507/427 Kanun Keseksaan, susulan pihaknya menerima laporan daripada kedua-dua mangsa.

“Terdapat dua laporan polis oleh pengadu berlainan, melibatkan dua tempat kejadian, iaitu Kajang dan Ampang.

“Kedua-dua kes ini berlaku pada hari sama, tetapi berlainan masa dan menggunakan Modus Operandi serupa,” katanya menerusi kenyataan.

Hussein Omar berkata, kejadian pertama dilaporkan berlaku di tempat letak kereta terbuka di Taman Dagang Jaya, Ampang Selangor kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

“Pengadu memaklumkan kereta pengadu jenis Proton Saga disimbah cat. Selain itu, turut dijumpai helaian kertas nota ditinggalkan berdekatan kereta pengadu dengan tulisan perkataan berunsur ugutan jenayah terhadap nyawa pengadu.

“Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang sudah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 507/427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, manakala dalam kejadian kedua yang berlaku di Kajang, pihak polis menerima satu laporan kira-kira jam 7 pagi semalam, mendakwa insiden itu berlaku sekitar jam 3.15 pagi.

“Kenderaannya dibaling dengan plastik lutsinar berisi cecair cat. Turut ditemui satu sampul surat warna putih ditulis perkataan berunsur ugutan jenayah terhadap nyawa pengadu.

“Pengadu juga menerima mesej melalui telefon yang berunsur ugutan jenayah terhadap diri dan keluarga pengadu. Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang sudah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 507/427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan ugutan jenayah melalui panggilan,” katanya.

Jika sabit kesalahan, ujarnya, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, Seksyen 427 Kanun Keseksaan pula membawa hukuman penjara selama tempoh sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pada masa sama, Hussein Omar turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan negara.

Tegasnya, polis mengambil serius kejadian itu dan akan menjalankan siasatan sehingga mereka yang terlibat ditangkap serta dibawa ke muka pengadilan.

Selain itu, beliau berkata, orang ramai diingatkan supaya tidak mengambil sebarang tindakan atau perbuatan yang melanggar undang-undang.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berhubung dengan kedua-dua kejadian ini diharap dapat tampil membantu pihak polis, dengan menghubungi mana-mana balai polis terdekat.

“Mereka juga boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes, iaitu Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804 (IPD Kajang) dan Inspektor Alif di talian 018-9834211 (IPD Ampang) bagi membantu siasatan,” katanya.

Semalam, Getaran melaporkan, kenderaan milik Pengarah Mentega Terbang, Khairi Anwar Jailani dan Penulis Skrip filem itu, Arjun Thanaraju disimbah cat serta asid.

Kejadian itu tular selepas beberapa keping gambar tersebar di media sosial, menunjukkan keadaan kenderaan milik kedua-dua individu terbabit.

Dalam kejadian menimpa Khairi, dia turut menerima sampul surat berwarna putih mengandungi lima nota ugutan bunuh berbunyi, ‘Lu dengan family mesti mati!’, ‘Islam Pasti Bangkit #MentegaTerbang’, ‘Mentega Terbang Jangan Cabar Agama Islam’, ‘Ingat Family Selamat Mentega Terbang’ dan ‘Tengok Lu Punya Langsi Mentega Sial’.

Bahkan, Khairi menerima ugutan bunuh menerusi mesej dihantar menerusi khismat pesanan ringkas (SMS) di telefon bimbitnya.

Mesej tersebut berbunyi ‘Hari ini kereta, next time (selepas ini) aku langgar kau sampai mati! Jangan hina agama aku sial!’.

Insiden sama turut menimpa Arjun yang juga pelakon filem tersebut apabila menerima ugutan bunuh yang tertera ‘Lu mati ‘Mentega Terbang’ dan ‘Padah!! Mentega Terbang’.

Terdahulu, filem Mentega Terbang yang ditayangkan menerusi platform penstriman Viu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam, berikutan karya itu didakwa mencabar akidah umat Islam.

Ia adalah filem Indie pertama yang ditayangkan di platform Viu bermula 19 Januari lalu.

Filem terbabit mengisahkan mengenai seorang perempuan bernama Aisyah yang mencari jawapan apa yang akan terjadi kepada seseorang setelah meninggal dunia.

Bagi mendapatkan jawapan tersebut, dia mengkaji beberapa agama seperti Islam, Kristian, Judaism, dan Hindu.

Penelitian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga mendapati, filem itu jelas bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie. – Getaran, 17 Mac 2023


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lukakan Perasaan Agama Lain, Pengarah Dan Penerbit Mentega Terbang Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mentega Terbang Dilarang Tayang Seluruh Negara

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Patuhi Undang-Undang, Jangan Rosakkan Harta Benda Dan Ancam Nyawa - Fahmi Fadzil

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Diugut Bunuh, Kereta Disimbah Cat, Sudah Sampai Masanya Menteri Campur Tangan - Pengarah ‘Mentega Terbang’

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC