web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Patuhi Undang-Undang, Jangan Rosakkan Harta Benda Dan Ancam Nyawa - Fahmi Fadzil

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 7:25PM

Salah sebuah kenderaan milik krew penerbitan filem kontroversi ‘Mentega Terbang’ yang disimbah asid.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh merosakkan harta benda dan mengancam nyawa, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata demikian dalam ciapan di Twitter berhubung gambar-gambar kenderaan yang didakwa milik pengarah dan pelakon-pelakon filem Mentega Terbang dirosakkan selain nota ugutan daripada individu tidak dikenali yang tular di platform media sosial itu.

“Saya kecam sekeras-kerasnya ugutan ini serta sebarang tindakan di luar batas undang-undang. Patuhi undang-undang, jangan mengambil tindakan sendiri,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Terdahulu, tular empat gambar di Twitter yang menunjukkan kereta jenis Toyota dan Proton disimbah cat dan asid, selain turut dipaparkan nota berbaur ugutan mengancam nyawa mangsa sekeluarga pada cermin kereta terbabit.

Sebelum ini, filem indie tempatan yang ditayangkan menerusi platform penstriman video itu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam, berikutan karya itu didakwa memaparkan adegan dengan unsur-unsur bertentangan fahaman serta kepercayaan agama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad