web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Susulan Keputusan Kes Najib: ‘Kita Tahu Mana Lawan, Kawan Sebenar’ – Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 7:00AM

Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, Biro Politik parti terbabit akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat, susulan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam mengekalkan sabitan bersalah terhadap Najib Razak. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, Biro Politik parti terbabit akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat, susulan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam mengekalkan sabitan bersalah terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Keputusan menyaksikan Najib dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 itu adalah berkaitan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd membabitkan mantan Perdana Menteri berkenaan.

Beliau berkata, malah UMNO akan bertindak rasional untuk terus akur dengan kehendak keputusan parti.

“Biro Politik akan diadakan dalam masa paling terdekat.

“Tiada pengkhianatan sesama kita!

“Kita tahu mana lawan dan kawan sebenar!,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

 

Semangat DS Najib Razak takkan pudar, perjuangan UMNO tetap segar 1. Apabila Mahkamah mengekalkan keputusan sabitan ke...

Posted by Zahid Hamidi on Tuesday, August 23, 2022

Ahmad Zahid berkata, semangat Najib tidak akan pudar dan perjuangan UMNO tetap segar.

Menurutnya, walaupun keputusan sabitan dikenakan mahkamah ke atas Najib itu menjadi ‘detik duka’ buat UMNO, parti itu tidak berputus asa.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, mantan Presiden UMNO itu sendiri meluahkan bahawa ‘kekuasaan kehakiman ditekan ke atas dirinya dengan cara sangat tidak adil’.

“Kami berada di luar dan dalam mahkamah tadi (semalam) turut berasa sangat hiba, ada sebak dan teresak-esak menangis dari hati yang luhur. Namun ini tidak bermakna kami berputus asa.

“Semoga Datuk Seri Najib diberikan ketabahan dan kekuatan dalaman untuk menghadapi dugaan ini. Sebagai pejuang tulen tidak mudah beliau patah semangat dan berjuang terus berjuang. Kami percaya ada malam gelap pasti akan ada siang cerah. Masa akan menentukan segalanya.

“Buat Datuk Seri Najib dan ahli UMNO sekalian, ingatlah ayat 40 surah al-Taubah, ‘janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita’,” jelasnya.

Selain itu, Ahmad Zahid meminta ahli UMNO terus bersama-sama bersolidariti.

“Susah dan senang Datuk Seri Najib kita tetap bersama,” tegasnya.

Mengambil contoh ungkapan tokoh sasterawan negara, Datuk Dr Usman Awang, beliau berkata ‘di belakang duri di depan api, kita tak bisa undur lagi, duri dan api tajam panasnya kita hadapi, kebulatan ikrar tak akan berubah’.

“Maka ayuh kita bangkit mengharungi onak dan duri, api perjuangan kita terus semarakkan. Marilah kita bangkit bersatu hati dan tenaga agar perjuangan Datuk Seri Najib terus menyala-nyala.

“Insya-Allah, akan tiba masanya apabila Allah memakbulkan doa kita semua dan memberikan rahmat, maka tiada kuasa lain dapat menghalang dan kita akan beroleh kejayaan, keselamatan serta perlindungan-Nya.

“Mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang (Surah Al Imran ayat 54). Inilah peledak semangat dan kita terus bangkit serta terus mara ke hadapan. Walaupun di belakang duri di hadapan api!

Kita tempuh bersama-sama!,” katanya.

Semalam, panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati hujah peguam pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Ketika penghakimannya, Tengku Maimun turut memerintahkan Najib untuk menjalani hukuman terbabit berkuat kuasa hari sama.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram dan penyelewengan dana milik SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. – Getaran, 24 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 4 minggu yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 4 minggu yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 8 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95