web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2024 8:30AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Amar Baharin hari ini berkongsi cerita mengenai kemelut hak milik tanah ibunya melalui satu perkongsian di akaun Instagramnya. 

Hantaran itu turut menyatakan tiga persoalan kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor, sekali gus menuntut penjelasan bagaimana sebidang tanah boleh mempunyai dua geran berbeza.

“Macam mana satu bidang tanah boleh ada dua geran berbeza? Jadi, aku nak cerita sikit kes tanah mak aku. Harapan semoga tak jadi kat korang, dan kalau jadi apa yang perlu korang buat?

“Mak aku ada sebidang tanah di Semenyih. Nak diringkaskan cerita, mak dan arwah ayah aku nak usahakan tanah tu. Bila pergi melawat tapak tanah tu, terkejut bila nampak dah ada rumah yang telah dibina dan ada penghuni (tuan rumah aka tuan tanah ).

“Mak aku pun pergi la jumpa tuan tanah tu dan bertanya. Diringkaskan cerita, tuan tanah tu kata itu tanah dia. Siap tunjuk geran (geran tampal) dan Mak aku pun tunjuk geran asal yang mak aku pegang dah berpuluh tahun. Siap bayar cukai tanah. Haaa macam mane tu?,” soal Amar.

Jelas Amar lagi, emak dan ayahnya juga sudah mengunjungi ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor untuk bertanyakan mengenai situasi terbabit dan mereka telah berjanji untuk menyelesaikan perkara ini. 

Malah, mereka juga berjanji akan menggantikan tanah milik emaknya, namun apabila ditanya mengenai perkembangan terbaharu, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor memaklumkan bahawa Selangor tidak lagi memiliki tanah kosong.

“Bila ditanya tentang update terbaharu, korang tahu apa Jabatan Tanah punya staff cakap? “Selangor dah takde tanah kosong” (untuk digantikan). Apa perasaan korang kalau jadi kat korang?”

Persoalannya, siapa yang meluluskan geran kedua untuk individu lain sedangkan tanah milik mak aku ni belum dijual atau ditukar nama kepada sesiapa? Bayaran penjualan tanah tu diberi pada siapa?, dan cukai tanah yang mak aku bayar tiap-tiap tahun tu macam mana?,” soal Amar lagi.

Perkongsian ini sudah pasti mengundang respon daripada warga siber, malah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dengan pantas meminta Amar menghantar pesanan terus kepada beliau untuk melakukan siasatan.

“DM detail no geran dan lot, nanti saya siasat,” tulisnya ringkas.

Maklum balas Amirudin ini turut mendapat pujian daripada pengguna media sosial yang lain dan berharap kemelut yang dihadapi oleh orang tua Amar itu boleh diselesaikan secepat mungkin dan dipermudahkan.

“@amirudin_shari Terbaik YB pantas bertindak” komen @eyna_zainuddin

“cari sampai dapat yb. . Terlalu melampau,” komen @hafizalhailah

“@amarbaharin insya Allah YB MB @amirudin_shari ni memang terbaik. Moga dilancarkan semuanya,” tulis @hulaimhuraira pula. – Getaran, 25 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Buru 5 Lelaki Menyamar Polis, Samun Keluarga Pesara Di Semenyih

2

Semasa 1 tahun yang lalu

RM40 Juta Untuk Baik Pulih Kediaman Terjejas Di Putra Heights - MB Selangor

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Penghantar Makanan Didakwa Bunuh Lelaki Di Kawasan Perumahan Di Semenyih

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang