web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Buru 5 Lelaki Menyamar Polis, Samun Keluarga Pesara Di Semenyih

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2025 3:38PM

Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan lima lelaki yang dipercayai menyamar sebagai anggota polis sebelum menyamun sebuah rumah di Semenyih, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Naazron Albdul Yusof berkata kejadian kira-kira 5 pagi itu melibatkan mangsa, iaitu pesara lelaki berumur 55 tahun dan tiga ahli keluarganya yang berada di rumah.

Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kesemua suspek memakai pelitup muka dengan dua daripada mereka memakai ves polis.

"Kumpulan suspek ini bertindak memecah masuk pintu hadapan rumah mangsa sebelum masuk ke dalam rumah dan melarikan beberapa barang kemas, dua telefon bimbit dan wang tunai dianggarkan bernilai RM500 manakala kerugian keseluruhan dianggarkan sebanyak RM9,000," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota polis, katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian supaya menghubungi Inspektor Ghazali Zulkifli menerusi talian 016-9140758 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Terdahulu, rakaman CCTV yang dipercayai memaparkan suspek kes kejadian berkenaan sedang memecahkan pintu hadapan sebuah rumah teres dengan cara menendangnya beberapa kali, tular di laman sosial X. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Penghantar Makanan Didakwa Bunuh Lelaki Di Kawasan Perumahan Di Semenyih

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jalan Sungai Lalang, Semenyih Guna Cat 'Glow In The Dark' 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad