web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sepanduk Bakar Semangat Tunjuk Perasaan

Sepanduk tak hanya penting semasa demonstrasi, malah ia juga memberikan kesan jangka panjang, jauh selepas demonstrasi yang diadakan tamat.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Aug 2021 6:54PM

Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika kita melihat kepada catatan sejarah, isu yang diperjuangkan semasa demonstrasi jalanan atau protes berbeza mengikut negara. Protes yang diadakan di negara maju banyak melibatkan isu hak asasi manusia seperti demonstrasi Black Lives Matter atau protes serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.

Manakala di negara membangun, protes banyak dilakukan kerana rakyat tidak berpuas hati dengan sistem pemerintahan sesebuah negara. Lihat sahajalah demonstrasi jalanan seperti protes terhadap pemerintahan Suharto pada 1970 di Indonesia atau protes kumpulan Baju Merah di Thailand pada tahun 2010. 

Di Malaysia, protes paling hebat dalam sejarah ialah semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui gerakan Reformasi 1998.

Bersih 5.0 pada tahun 2016. Gambar: Mohd Rasfan / AFP
Bersih 5.0 pada tahun 2016. Gambar: Mohd Rasfan / AFP

Selain itu, antara demonstrasi jalanan pernah memberi impak  besar ialah perhimpunan Bersih dan Hindraf pada tahun 2007. Beberapa siri demonstrasi diadakan selepas itu, antaranya demonstrasi ISA, Bersih 2.0, Bersih 3.0, Bersih 4.0 serta demonstrasi berkenaan 1MDB.

Baru-baru ini, walaupun berdepan dengan situasi pandemik, Sekretariat Solidariti Rakyat telah mengadakan himpunan keluar dan #Lawan sebagai meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan Perikatan Nasional yang dianggap sumbang. 

Selain daripada 400 penunjuk perasaan yang berbaju hitam, perkara menarik yang boleh diperhatikan di mana-mana demonstrasi jalanan tentulah sepanduk yang digunakan untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan pelbagai gaya tulisan dan ilustrasi.

Bercakap lebih mengenai kepentingan sepanduk ketika demonstrasi ialah Dr. Nurul Azreen Azlan, Pensyarah Kanan, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia yang mengatakan kewujudan sepanduk bakal memberikan impak yang lebih berkekalan walaupun demonstrasi telah tamat.

“Sepanduk membantu bukan sahaja semasa protes, malah turut memberi impak selepas protes memandangkan imej yang dihasilkan semasa protes akan dikongsi di media, sama ada media sosial atau media massa.

“Jadi akan ada kesan yang lebih panjang terhadap protes tersebut. Gambar atau visual lebih memberi impak berbanding audio dari segi kelangsungan protes walaupun selepas ia telah berakhir,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Hasil pemerhatian Getaran mendapati terdapat pelbagai gaya dan kreativiti dapat dilihat berdasarkan sepanduk yang dihasilkan. 

Ada yang menggunakan elemen humor dalam sepanduk yang dibawa. Ia semestinya akan menarik perhatian lebih ramai orang apalagi jika ia sudah dikongsikan di laman sosial. 

Tidak hanya itu, kebanyakan sepanduk yang dihasilkan memiliki saiz huruf dan warna yang menonjol. Pendek kata, kalau anda berdiri jarak jauh pun anda masih boleh baca apa yang tertera.

Apa yang lebih menarik, kadangkala ayat yang tertulis di atas sepanduk itu tidaklah begitu panjang tapi cukup memberi impak untuk mewakili rasa tidak puas hati para penunjuk perasaan.

Sepanduk bukanlah sekadar alat tunjuk perasaan yang boleh mempengaruhi pemikiran atau menarik sokongan orang ramai terhadap apa yang diperjuangkan semasa demonstrasi. 

Tapi ia sebenarnya bersifat lebih kekal. 

Apatah lagi pada era ledakan media sosial di mana ramai orang akan membaca mesej yang ingin disampaikan dengan hanya satu perkongsian di laman sosial. - Getaran, 5 Ogos 2021

Semua gambar, kecuali tertera: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Larangan Naikkan Sepanduk, Laung Takbir Bukan Pendirian Kerajaan - Menteri

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Mahasiswa Terkesan Polisi Hutang Perlu Hubungi Jabatan Bendahari - UM

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Anggap Orang Miskin Boleh Diupah Buat Demonstrasi Satu Penghinaan - Hamzah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN