web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2024 8:11PM

gambar FB MOM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Atlet berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mendapat suntikan semangat apabila dikhabarkan bakal menerima basikal baharu untuk penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Paris 2024 pada 26 Julai hingga 11 Ogos depan.

Khabar gembira itu disahkan oleh ketua jurulatih skuad berbasikal trek kebangsaan John Beasley yang berkata, pelumba muda meningkat naik itu akan menggunakan jentera baharu dalam masa terdekat.

"Izzah akan menggunakan jentera baharu (model) W-XR beberapa minggu lagi. Kita cadang untuk adakan pelancaran dan pengenalan atlet bersama basikal," katanya pada sidang media Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) di Velodrom Nasional di sini, hari ini.

Menurut Beasley, basikal baharu itu adalah berteknologi tinggi sama seperti yang akan digunakan oleh Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

Sementara itu, Nurul Izzah berkata, basikal baharu yang akan diterimanya tidak lama lagi itu, akan menjadi tonik tambahan untuk beliau mencipta prestasi terbaik di Paris kelak.

"Saya tak jangka akan dapat basikal sama seperti mereka. Basikal baharu ini boleh menaikkan semangat saya kerana basikal itu pernah dinaiki oleh Datuk Azizulhasni sendiri sebelum ini," katanya.

Pemenang dua pingat emas di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di New Delhi India pada Februari lalu itu berkata, terdapat beberapa aspek perlu diperbaiki bagi mempersiapkan dirinya di temasya Olimpik akan datang.

Beliau berkata, ia termasuk membina keyakinan, selain memperbaiki kayuhan terutamanya dalam acara keirin.

"Apa yang perlu saya buat dalam latihan adalah untuk memperbaiki dari segi kedudukan dan keberanian untuk kayuh dalam keirin. Saya juga perlu lebih yakin dan perbaiki kelajuan di Olimpik nanti," katanya.

Lima atlet muda lain turut menyertai Nurul Izzah ke Sukan Olimpik Paris adalah Nur Shazrin Mohd Latif (pelayaran), Johnathan Wong (menembak), Ariana Nur Dania Mohd Zairi (memanah), Nur Aisyah Mohd Zubir (berbasikal lebuh raya) dan Bertrand Rhodict Lises (terjun). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

4 Peserta Jual Poskad Perjalanan Epik Untuk Tampung Kos Tunai Haji

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Pemergian Abu Samah Khabar Duka Buat Arena Berbasikal Negara, Antarabangsa

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Shah Firdaus Menang Gangsa Pecut Lelaki Sukan Asia

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad