web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shah Firdaus Menang Gangsa Pecut Lelaki Sukan Asia

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2023 6:38PM

Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menjalani latihan menjelang Sukan Asia Hangzhou 2022 yang bermula pada 23 September hingga 8 Oktober di Velodrom Nasional, baru-baru ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Atlet berbasikal trek kebangsaan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menang gangsa dalam acara pecut lelaki Sukan Asia di Veledrom Pusat Sukan Chun'an Jieshou, dekat sini, hari ini.

Pelumba berusia 27 tahun itu berjaya memenangi pingat pertama individu Sukan Asianya, selepas menewaskan pelumba tuan rumah Chenxi Xeu 2-0, pada perlumbaan penentuan pingat gangsa.

Muhammad Shah Firdaus mencatatkan masa 10.0076 saat (s) pada perlumbaan pertama, 0.09s lebih laju dari pelumba China itu, sebelum mengesahkan kemenangannya dengan mengalahkan Chenxi dengan perbezaan 0.047 saat, selepas mencatatkan masa 10.367s pada perlumbaan kedua.

Beliau yang memenangi pingat perak dalam pecut berpasukan pada edisi lalu, gagal layak ke peringkat akhir selepas tewas kepada seorang lagi pelumba China Zhou Yu, pada perlumbaan separuh akhir.

Pelumba Jepun, Kaiya Ota menang emas selepas mengalahkan Zhou pada perlumbaan akhir, pada ketika ketiadaan Juara Asia dan pemenang pingat emas Sukan Asia 2018, Datuk Mohd Azizulhasni Awang, yang menarik diri akibat kecederaan dialami pada sesi latihan, baru-baru ini.

Terdahulu, Muhammad Shah Firdaus mengejutkan pemenang pingat perak Kejuaraan Asia Shinji Nakano dari Jepun pada suku akhir.

Adiknya Muhammad Ridwan, 22, terpaksa berpuashati dengan kedudukan ketujuh acara pecut lelaki, selepas tewas kepada Zhou pada suku akhir.

Muhammad Shah Firdaus, bersama Muhammad Fadhil Mohd Zonis, akan meneruskan aksi mereka dalam acara keirin lelaki esok.

Sementara itu, Anis Amira Rosidi dan Nurul Izzah Izzari Mohd Asri, kedua-dua mereka layak ke suku akhir acara pecut wanita yang dijadualkan berlangsung esok.

Acara berbasikal trek memulakan kempen mereka dengan pingat gangsa dalam acara pecut berpasukan menerusi trio wanita Nurul Aliana Syafika Azizan, Nurul Izzah Izzati dan Anis Amira, dan trio lelaki Umar Hasbullah, Muhammad Ridwan dan Muhammad Fadhil. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Muhammad Shah Firdaus Sedia Galas Tanggungjawab Jika Azizulhasni Bersara

2

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Jaga Nama Baik Negara, Jangan Heret Insiden Sukan Jadi Isu Peribadi’ - Shah Firdaus

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

4 Peserta Jual Poskad Perjalanan Epik Untuk Tampung Kos Tunai Haji

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 17 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik