web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Isteri Didakwa Bunuh Nurman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2024 8:15AM

Nurima Juli (dua, kanan) dan Sadam Kiram (dua, kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Tawau - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Bekas isteri kepada pemandu e-hailing Nurman Bakaratu yang ditemukan mati dibunuh di ladang kelapa sawit di sini tahun lepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan membunuh lelaki tersebut.

Nurima Juli, 34, bersama adik tirinya Sadam Kiram, 30, didakwa mencapai niat sama bersama membunuh mangsa berusia 61 tahun dan sekadar mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan itu sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Batu 5 Jalan Apas dekat sini antara jam 7.30 malam hingga 11.30 malam pada 13 Januari 2023.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebat tidak kurang 12 kali, jika tidak dikenakan hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fakhrurazi Ahmad Salim manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 6 Jun ini sebagai sebutan semula kes.

Sebelum ini, bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCom) SAC Datuk Mat Zaki Md Zain antara lapan tertuduh yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi atas kematian Nurman, namun semua mereka dilepas dan dibebaskan pada 25 Januari lepas selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak mahu meneruskan kes.

Ini selepas Nurima selaku saksi utama pendakwaan pada prosiding 25 Januari lepas, mengaku membunuh bekas suami dengan menggunakan sebilah gunting dalam kereta Myvi putih dinaiki mereka ketika berhenti di sebuah ladang kelapa sawit pada 13 Januari 2023.

Sementara itu, Sadam juga pernah dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 24 Ogos 2023 kerana didakwa melupuskan barang bukti berkaitan kes bunuh Nurman, namun pertuduhan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan itu digugurkan hari ini atas permohonan pendakwaan selepas pertuduhan membunuh dikenakan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad