web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemergian Abu Samah Khabar Duka Buat Arena Berbasikal Negara, Antarabangsa

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2023 8:18AM

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia Datuk Abu Samah Abd Wahab meninggal dunia di Hospital Mahkota Melaka malam tadi, selepas setahun menghidap kanser prostat tahap empat. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemergian Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Allahyarham Datuk Abu Samah Abd Wahab bukan sahaja membawa khabar duka buat arena berbasikal negara, malah turut dirasai di peringkat antarabangsa.

Perkara itu dikongsikan Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill, yang juga Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengurusan Eksekutif Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan Setiausaha Agung Persekutuan Berbasikal ASEAN (ACF).

Beliau berkata, Abu Samah seorang yang amat berdedikasi dan sudah memberikan segalanya selama kira-kira 40 tahun demi pembangunan sukan berbasikal bukan sahaja di dalam negara, malah peringkat antarabangsa.

“Pemergian beliau satu kehilangan besar kepada komuniti berbasikal dan akan dirasai oleh kita semua. Beliau terkenal dengan kerendahan hatinya. Beliau merupakan mentor saya yang hebat, penasihat dan tokoh kebapaan yang sentiasa ada untuk mendapatkan pandangan.

“Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti dalam Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) sebagai Setiausaha Agung dan Naib Presiden selama bertahun-tahun termasuk sebagai Presiden ACF sejak 2001 hingga 2003,” katanya dalam kenyataan malam tadi. 

Amarjit berkata, ketika beliau menziarahi Abu Samah Jumaat lalu, meskipun kelihatan lemah Allahyarham tetap memikirkan mengenai sukan berbasikal dan kerjanya.

Abu Samah menghembuskan nafas terakhir pada usia 82 tahun di Hospital Mahkota Melaka, 7 malam tadi selepas setahun menghidap kanser prostat tahap empat. 

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Semabok pada kira-kira 12 tengah hari, hari ini. 

Abu Samah memegang jawatan Presiden PKBM sejak 1990 dan melakar sejarah baharu dalam arena sukan tanah air apabila menerima Anugerah Merit ACF pada Mei lepas, sekali gus adalah tokoh sukan pertama di negara ini yang menerima Anugerah Merit daripada badan induk dunia - UCI, benua - ACC dan wilayah serantau - ACF. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad