web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pihak Berkuasa Jerman Rampas 4 Bugatti Dikaitkan Dengan Kes 1MDB

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2024 8:23AM

Siri ‘Les Legendes de Bugatti’ iaitu model kereta sama dengan yang dirampas pihak berkuasa Jerman. - gambar Facebook Bugatti

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Empat buah kereta mewah jenis Bugatti yang dianggarkan bernilai beberapa juta Euro, dan dikatakan berkaitan dengan kes 1MDB yang sedang berjalan ketika ini, dirampas pihak berkuasa Jerman.

Bagaimanapun, laporan akhbar Jerman, Bild, itu tidak menyatakan bila serbuan oleh sepasukan polis dari bahagian jabatan siasatan jenayah kolar putih berlaku, namun dipercayai ia dijalankan minggu ini.

Keempat-empat kereta mewah berkenaan dilaporkan ditemui ditutup dengan tarpaulin, di sebuah tempat letak kereta bawah tanah di sebuah ruang pameran automotif, Motorworld Munich, di bahagian utara bandar raya itu.

Menurut sebuah portal automotif, Road & Track, empat kereta kereta berkenaan adalah sebahagian daripada siri ‘Les Legendes de Bugatti’ dan hanya ada 18 buah yang dibina, membabitkan enam jenis rekaan khas.

Ia juga melaporkan, empat kereta berkenaan terdiri daripada edisi Veyron iaitu Rembrandt, Black Bess, Jean-Pierre Wimille, and Meo Constantini, setiap satunya dianggarkan bernilai $USD3 juta jika dibeli baharu, walaupun nilai sebenarnya tidak dapat dianggarkan.

Difahamkan, kereta sedemikian jarang sekali dijual dan selalunya tidak dijual dalam lelongan awam.

Sementara itu, laporan Bild juga menyebut serbuan berkenaan dilakukan secara rahsia oleh jabatan berkenaan selain jurucakap yang dipetik meminta pihak media merujuk kepada Pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern.

Pun begitu, jurucakap berkenaan memaklumkan tindakan itu adalah permohonan bantuan undang-undang dari Pejabat Peguam Negara Switzerland, iaitu sebahagian daripada prosiding jenayah yang sedang berlangsung.

Bagaimanapun, Bild melaporkan, ia difahamkan rampasan itu berkaitan dengan 1MDB, manakala siapa pemilik sebenar kereta mewah berkenaan tidak diketahui. – Getaran, 28 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad