Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sorotan Getaran 2021 : Senarai Video Muzik Indie Menarik Tahun 2021

Visual memainkan peranan penting dalam menggambarkan sebuah lagu. Inilah senarai video muzik yang menyerlah tahun ini.

Indie Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 7:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa sangka video muzik yang berdurasi 3 minit mampu menjadi senjata utama dalam meletakkan kualiti pada sesebuah karya. Bagi sesetengah orang, muzik tanpa video adalah tidak sempurna, lebih-lebih lagi bila visual memainkan peranan penting dalam menggambarkan sebuah cerita. 

Malah, nilai kreativiti dan keunikan konsep video muzik mampu memberi impak besar pada karier seseorang artis dan berpotensi meletakkan lagunya dalam senarai lagu hebat sepanjang zaman.

Dengan adanya idea-idea luar jangkaan, video muzik keluaran para pemuzik tanah air bakal menambah kepelbagaian.

Keberanian mereka untuk tampil menghasilkan video-video luar biasa juga membuktikan kesedian pemuzik dan pengarah video muzik tempatan untuk menembusi arena antarabangsa. Pastilah juga karya-karya ini akan diingat sampai bila-bila. 

Di bawah kami senaraikan lima video muzik keluaran pemuzik indie yang menyerlah pada tahun 2021. 

 

‘Hang Loklaq’ oleh Terrer 

“Tugas artis bukan menjadi penjilat tapi melawan tabu masyarakat.” Itu antara komen yang dikongsikan oleh seorang pengguna YouTube di ruang komen video muzik ini.  

Pada awal bulan Disember lalu, kugiran punk rock, Terrer telah mencuri perhatian warganet menerusi video muzik rasmi single pertama mereka berjudul ‘Hang Loklaq’.

Memandangkan isu mengenai kaum wanita yang sering tular di media sosial, Terrer merasa terpanggil untuk mengetengahkan kritikan buat mereka yang merasakan diri mereka lebih suci daripada orang lain.

Video muzik arahan sutradara Liew Seng Tat ini menunjukkan kesemua ahli kumpulan itu berpakaian wanita. 

Jika anda meneliti lirik single ini, ia sarat dengan kritikan tajam terhadap sikap hipokrit golongan holier-than-thou yang kerap melontarkan komen kasar mengenai aurat dan pakaian wanita.

Namun pada ironinya, mereka ini juga yang suka melayan gambar dan video lucah di laman web.

Walaupun proses rakaman video telahpun dimulakan sejak dua tahun lalu, namun terpaksa ditunda disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda.

Baru sekarang mereka berkesempatan untuk melancarkan video rasmi ini. Kini, video ‘Hang Loklaq’ sudah berjaya meraih lebih 69 ribu tontonan di YouTube. 

 

‘Star’ oleh Shelhiel 

Single ‘Star’ adalah antara lapan buah lagu dalam album, Superstrobe. Penyanyi yang bernama Shelhiel ingin mencipta sebuah alam yang berkonsepkan dunia selari atau versi fantasi kehidupan sebenarnya.

Dinamakan sebagai ‘Earth 5-27’ para pendengar dibawa mengikuti kisah hidup seorang ‘Guardian Angel’ dalam perjalanannya mencari cinta sejati.

Dimulakan dengan rakaman suasana galaksi dan kemudiannya berselang-seli kepada dunia nyata, video muzik ini turut mempaparkan beberapa gajet mainan generasi 90-an yang ikonik. 

Babak paling menarik bagi penulis adalah animasi grafik mesin memilih baju yang dilukis dan dihasilkan oleh penyanyi itu sendiri. Inspirasi gaya fesyen yang agak luar biasa juga turut menarik perhatian sesiapa yang menonton. Tidak dinafikan bahawa lakonan Shelhiel dalam video ini turut membuat wataknya mempesonakan.

Penulis merasa kombinasi konsep video yang aneh dan rentak lagu yang cukup catchy membuatkan muzik video ini sangat unik dan menarik. 

 

‘Warrior Spirit’ oleh Alena Murang

Dikenali dengan gelaran ‘Sarawak’s Sape Sweetheart’, video muzik Alena Murang berjudul ‘Warrior Spirit’ bukan sekadar video instrumental atau tarian semata-mata.

Visual yang dipaparkan menggambarkan identiti dan keunikan budaya orang Borneo. Idea dan rekaan kostum juga diambil daripada kaum keluarga penyanyi ini sendiri yang merupakan Orang Ulu Kelabit.

Sesuai dengan judulnya yang membawa maksud ‘semangat pahlawan’, rentak bunyi yang menggabungkan alat muzik tradisional sape dan gitar elektrik telah menciptakan sesuatu yang segar dan mampu membangkitkan semangat persaudaraan serta kerohanian. 

Ternyata video muzik ini membawa tuah besar kepada Alena apabila berjaya membawa pulang dua trofi di International Music Video Award (IMVA) 2021 iaitu Anugerah Muzik Video Terbaik Asia Pasifik dan Anugerah Penggayaan Pakaian Kostum Terbaik.

Selain itu, Alena juga turut tercalon di pusingan suku akhir Anugerah Filem Los Angeles 2021. Video muzik dibawah arahan Sarah Lois Dorai yang juga merupakan sepupu penyanyi kini sudah memperoleh lebih 220 ribu tontonan di YouTube.

 

‘Julia’ oleh Fugo

Sudah lama tidak mendengar lagu yang mengagungkan wanita seperti ini. Bernuansa indie pop, kugiran Fugo berjaya membawa kita berenang dalam perasaan ‘mabuk cinta’.

Tiada mesej tersirat atau rumit yang ada pada lagu ini. Temanya ringan dan simple. Agaknya itulah keistimewaan lagu ini. 

Video muzik yang diarahkan Nadeem A. Salam ini berkonsepkan psikedelik dengan pelbagai suntingan grafik dan permainan warna cerah.

Mereka berjaya membangkitkan mood jatuh cinta dan mampu membuatkan sesiapa sahaja rasa ingin menari. Apa yang menarik, video ini menjalani proses suntingan di Los Angeles oleh Sam Shapiro.

Dengan terbitnya lagu ini, penulis yakin bahawa Fugo berpotensi untuk menjadi kugiran pop yang digemari ramai jika karya-karya yang seterusnya mempunyai kualiti sama seperti ini.

 

‘Pusaka’ oleh Salammusik 

Sudah ditubuhkan lebih sedekad lalu, nama Salammusik bukan calang-calang dalam scene muzik reggae tempatan.

Sering mengangkat elemen tradisional dalam karya mereka, video muzik ‘Pusaka’ diinspirasikan oleh seni mempertahankan diri, silat.

Seperti mana yang kita tahu, seni silat telah bermula sejak awal ketamadunan masyarakat Melayu dan menjadi salah satu identiti masyarakat kita.

Lirik lagu ini mengisahkan perjuangan orang zaman dahulu. Peringatan ini amat penting agar kita tidak lupa dengan asal usul sejarah, adat dan budaya masyarakat kita yang terdahulu.

Selain itu, agar warisan tradisi akan terus kekal menjadi kebanggaan bangsa kita.

Lagu ini dihasilkan dengan kerjasama pengarah filem, Areel Abu Bakar. Kolaborasi ini terjalin kerana ‘Pusaka’ dijadikan lagu tema sebuah episod dokumentari silat yang bertajuk ‘Pusaka Kita Maruah Kita’. 

Apa yang menarik, video muzik ini turut memaparkan beberapa petikan daripada dokumentari tersebut. - Getaran, 31 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 17 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

4

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 22 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 17 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 13 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran