Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Sorotan Getaran 2021 : Kejayaan Manis Yang Dilakar Industri Kreatif Hiburan

Kejayaan-kejayaan ini membuktikan bahawa karya-karya tempatan sama ada dalam dalam industri perfileman, penyiaran TV mahu pun muzik, juga mampu menembusi pasaran global.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Dec 2021 5:57PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di sebalik pahit getir yang dihadapi negara sepanjang berlakunya serangan pandemik COVID-19, musibah banjir, pergolakan politik dan ekonomi negara yang tidak menentu, namun beberapa karyawan filem dan muzik tempatan telah melakar kejayaan cukup membanggakan di peringkat antarabangsa. 

Kejayaan-kejayaan ini membuktikan bahawa karya-karya tempatan sama ada dalam dalam industri perfileman, penyiaran TV mahu pun muzik, juga mampu menembusi pasaran global, asalkan ianya berkualiti dan menepati citarasa serta standard piawaian antarabangsa. 

Ada juga kemenangan manis yang dilakar selebriti-selebriti tempatan kita secara individu yang mampu menaikkan lagi jenama dan profesionalisme kerjaya seni mereka di tahap yang lebih baik lagi. Ikuti Sorotan Getaran 2021 selanjutnya. 

 

Filem, Drama & Program TV 

Prebet Sapu 

Filem Prebet Sapu arahan Muzz Amer ini berjaya mencatatkan kejayaan yang cukup membanggakan apabila menerima banyak pelawaan untuk menyertai festival-festival berprestij di luar negara. 

Antaranya adalah Asian Film Festival Barcelona (Netpac Section), Toronto Reel Asian Film Festival ke-25, Kanada Curator’s Choice - National Museum Of Asian Art,  Smithsonian American Art Museum, Amerika Syarikat serta Innovative International Film Festival ke-4 di Bangalore, India sepanjang Oktober hingga November.

Bahkan, filem bebas terbitan Le Mediator Studio, Kristal Azmir Sdn Bhd dan Konda Kondi Studio ini juga telah dipilih FINAS untuk mewakili Malaysia di Anugerah Akademi (Oscars) ke-94 bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik. 

Ia merupakan satu pencapaian yang amat baik buat Muzz Amer apabila karya filem pertama arahannya ini berjaya mencapai tahap yang setinggi ini. Filem ini juga turut melakar sejarah apabila dianggap sebagai filem Melayu tempatan terbaik yang ditayangkan sepanjang 2021. 

Paramapatham 

Tanpa banyak publisiti, filem bebas Tamil tempatan, Paramapatham yang diarahkan Viknes Perrabu dan Thanesh Perrabu ini telah melakar kejayaan yang cukup hebat di peringkat antarabangsa apabila berjaya meraih 18 anugerah di beberapa festival filem di luar negara. 

Antara anugerah yang dimenangi filem bergenre fiksyen thriller ini adalah Sinematografi Terbaik di Festival Filem Norwegian, Filem Cereka Terbaik (Festival Filem Tagore) dan Penerbit Terbaik (Festival Filem Coimbatore).

Bukan itu sahaja, Paramapatham turut diiktiraf dalam Malaysia Book of Records, Asian World Records dan Grand Asian Book of World Records sebagai filem tempatan paling banyak menggondol anugerah bertaraf antarabangsa.

Paramapatham yang turut ditayangkan di India dianggap sebagai filem yang penuh kualiti kerana menampilkan mutu pembikinan yang baik, garapan cerita yang menarik, lakonan yang berkesan serta lagu-lagu yang menarik. 

Balaban Hidup: Infeksi Zombie 

Filem bebas bergenre seram arahan Ray Lee ini juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya merangkul 20 anugerah dalam pelbagai festival filem di luar negara. 

Antaranya kejayaan yang dicatatkan filem Iban tempatan pertama ini adalah kemenangannya sebagai Filem Terbaik dan Filem Seram Terbaik di International Symbolic Art Film Festival (ISAFF) di St. Petersburg, Rusia.

Filem yang cukup unik kerana menampilkan bubaya etnik Iban Sarawak ini juga memenangi Filem Terbaik dari Canadian Diversity Film Festival, Paris Film Festival, Asian Cinematography Awards (anjuran Fakulti Filem Universiti Filipina). 

Bahkan, filem terbitan Hornbill Films Sdn Bhd dan Harry Aziz Entertainment ini juga turut dipilih untuk ditayangkan di Russia International Horror Film Awards di Rusia, Macabro Mexico City (Mexico) serta Yubari Fantastic Film Festival di Jepun dan Portland Horror Film Festival, Phoenix FearCon.

Gegar Vaganza Musim 7 

Program realiti hiburan Gegar Vaganza Musim 7 terbitan Astro telah berjaya diangkat sebagai pemenang Program Muzik dan Tarian Terbaik dalam Asian Academy Creative Awards Grand Final 2021 yang mempertandingkan 38 kategori pada 3 Disember lalu.

Program Gegar Vaganza Musim 7 yang menobatkan penyanyi Clif Umar, vokalis kumpulan Projek Pistol sebagai juara ini menewaskan pesaing daripada 15 negara lain termasuk Korea, Jepun, Australia, New Zealand, Hong Kong SAR, China, Taiwan, Filipina dan Singapura. 

Sebelum itu, Astro telah memenangi 11 kategori yang lain dalam peringkat tempatan di Asia Academy Creative Awards National 2021 pada 30 September lalu. 

Kemenangan bagi 11 kategori di peringkat tempatan ini adalah Program Musim dan Tarian Terbaik (Gegar Vaganza 7), Drama Bersiri Terbaik ('Projek Achor SPM'), Siri Berjenama Program Terbaik ('Bunga’s Secret Garden'), Suntingan Terbaik ('Scammer') dan Trailer Terbaik ('Scammer'), Program Dokumentari Terbaik (Malaysia vs Covid-19: #KitaJagaKita) dan Program Dokumentari Siri Terbaik (Rebooting- Travel With Me). 

Kategori lain yang dimenangi adalah Program Pra Sekolah Terbaik ('Didi & Friends' – Sunflower & Let’s Learn S5), Program Hiburan / Kuiz / Permainan Terbaik ('Kitchen Wards'), Program Hiburan Kategori ‘Non-Scripted’ Terbaik ('A Grey Area') dan Program Drama ‘Single’ / Telemovie / Episod Antologi (Dear God of Love). 

'Black' Musim 2 

Drama supernatural tempatan, 'Black' Musim 2 terbitan Independent Pictures yang disiarkan di platform Viu menang bergaya apabila meraih sembilan kemenangan dalam Asian Academy Creative Awards National 2021 pada 30 September lalu. 

Kesemua sembilan kategori yang diraih 'Black' Musim 2 itu adalah Pengarah Terbaik - Ghaz Abu Bakar and Sein Qudsi, Pelakon Lelaki Terbaik - Kamal Adli, Pelakon Wanita Terbaik - Siti Saleha, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Khir Rahman dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Nabila Huda. 

Kategori lain yang dimenangi adalah Sinematografi Terbaik - Madnor Kassim, Adaptasi Terbaik Untuk Format Sedia Ada (Independent Pictures), Penataan Bunyi Terbaik (Independent Pictures) dan Efek Visual Terbaik (Independent Pictures). 

Pada peringkat tempatan ini, 'Black' menewaskan pesaing-pesaing lain dari Malaysia bagi semua kategori-kategori ini kecuali Drama Siri Terbaik yang mana ia berpihak kepada 'Project Anchor SPM' Astro Original terbitan Astro. 

 

Muzik 

Lagu 'X Missing You Kini Dalam Bahasa Mandarin 

Lagu Melayu yang menggunakan judul Inggeris, 'X Missing U' ciptaan dan lirik Faizal Tahir, Mike Chan, Mage, Ja’a, Tuju dan Yonnyboii yang diluncurkan di pasaran pada 14 Julai tahun lalu telah berjaya menarik perhatian penyanyi wanita Hong Kong terkenal, G.E.M. 

Diterbitkan di bawah Faithfful Music, syarikat muzik milik Faizal Tahir sendiri, 'X Missing U' telah dirakamkan semula G.E.M dalam bahasa Mandarin menggunakan judul 'I’ll Be Missing You' dan ia sudah pun berada di pasaran sejak 21 Disember yang lalu. 

Sememangnya ia adalah satu kejayaan yang cukup membanggakan kerana ia membuktikan karya lagu tempatan juga mampu diterima di pasaran antarabangsa walaupun ia dialih ke bahasa lain. 

'X Missing You' sebelum ini dipersembahkan penyanyi berkaliber, Dayang Nurfaizah bersama rapper Tuju dan Yonniboi serta Faizal Tahir sendiri. 

16 Baris 

Program 16 Baris cetusan rapper terkemuka Malaysia, Joe Flizzow untuk mencungkil bakat-bakat hip hop di Asia Tenggara telah berjaya menarik perhatian tokoh hip hop barat, Snoop Dogg. 

Snoop Dogg telah memuat naik salah satu pautan episod lama rancangan tersebut di platform Instagram miliknya dan menulis bahawa @16.baris adalah satu rancangan hebat yang memaparkan rappers bebas (tanpa ikatan kontrak dengan syarikat rakaman).

Rentetan daripada itu, satu pertemuan secara maya di antara Snoop Dog dengan Joe Flizzow bersama team Def Jam Malaysia telah diadakan menerusi platform Zoom dan Snoop turut memberitahu bahawa beliau tidak sabar untuk bertemu Joe serta rakan-rakan di Malaysia. 

 

Selebriti 

Susan Lankester 

Pelakon hebat Susan Lankester telah dinobatkan sebagai pemenang untuk Persembahan Komedi Terbaik untuk 'Keluarga Baha Don' Musim 2 dalam Asian Academy Creative Awards Grand Final 2021 yang mempertandingkan 38 kategori pada 3 Disember lalu. 

Lankester meraih kemenangan itu selepas menewaskan pesaing-pesaing dari 15 negara lain termasuk Korea, Jepun, Australia, New Zealand, Hong Kong SAR, China, Taiwan, Filipina dan Singapura. 

Sebelum itu, Lankester telah meraih kemenangan bagi kategori yang sama dalam National Award yang dianjurkan lebih awal oleh Asian Academy Creative Awards. Satu pencapaian yang cukup membanggakan buat beliau.

Joe Flizzow 

Pertemuan secara maya di antara Joe Flizzow dengan Snoop Dog sememangnya tidak berakhir di situ sahaja kerana rapper legenda Amerika Syarikat itu telah memilih Joe untuk menjadi salah seorang artis yang menjayakan projek album gergasinya, Algorithm (The Global Edition), sebaris dengan artis hip-hop terkenal dunia yang lain.

Algorithm (The Global Edition) menghimpunkan hampir 50 bintang hip-hop dan R&B dalam album projek yang merupakan lanjutan kepada album Snoop yang terbaharu iaitu Snoop Dogg: Algorithm.

Ia adalah satu kejayaan penuh bersejarah buat Joe sepanjang 23 tahun penglibatan dalam kerjaya muziknya yang bermula dengan kumpulan Too Phat. 

Selain berkongsi ruang dalam lagu bersama Method Man dan Red Man, Joe juga berbangga apabila melihat bendera Malaysia terpampang pada poster rasmi album baharu Snoop Dogg itu. 

Rosyam Nor 

Selepas muncul dalam filem Tamil, Kabali yang dibintangi superstar filem Kollywood, Rajnikanth pada 2016, Datuk Rosyam Nor terus melakar kejayaan membanggakan apabila ditawarkan pula membintangi filem aksi Hong Kong berjudul G Storm.

Dalam filem G Storm itu, bintang filem yang berusia 54 tahun ini telah membawakan watak ketua penjahat bernama King. Apa yang menarik, dalam filem tersebut, beliau turut bergandingan dengan aktor Hong Kong popular, Louis Koo. 

Dengan penglibatannya di dalam produksi filem Tamil dari India Selatan dan Hong Kong ini, siapa tahu selepas ini Rosyam akan muncul dalam filem Hollywood pula? Apapun, Rosyam membuktikan bahawa semakin dirinya meningkat usia, semakin bernilai dirinya sebagai seorang aktor.  

Zynakal 

Biarpun pernah melalui beberapa isu kontroversi termasuk masalah mental, namun tahun 2021 boleh disifatkan sebagai tahun yang cukup baik buat rapper, penyanyi dan komposer muda ini apabila dia diangkat sebagai penerima Anugerah Komposer Muda Berpotensi dalam penganjuran Anugerah MACP 2021. 

Anugerah itu diterima berdasarkan kepada kepada pencapaiannya menghasilkan lagu-lagu yang hebat untuk beberapa penyanyi popular tanah air. Bahkan, kolaborasinya bersama Yonniboii pada tahun 2019 menerusi lagu ‘Sakit’ juga telah meraih lebih 46 juta tontonan di YouTube.

Zynakal mengakui anugerah yang diterima itu adalah suatu penutup yang baik dalam kerjaya seni muziknya pada tahun ini, apatah lagi dalam situasi dia agak kurang aktif pada tahun ini. 

Datuk Fazley Yaacob 

Tahun 2021 adalah tahun yang disifatkan cukup sukses buat cef selebriti, penyanyi dan usahawan berjaya, Datuk Fazley Yaacob. 

Selain sibuk melakukan kolaborasi dengan jenama-jenama antarabangsa seperti Starbucks, Krispy Kreme dan tiga lagi jenama besar (satu melibatkan perubatan) yang akan diumumkan, dia juga sibuk merancang penjenamaan Suka Sucre yang lebih besar.

Bukan setakat itu sahaja, Fazley juga perlu memastikan jenama-jenamanya yang lain seperti Minang Kapau, Mala Mala dan Bala’s Banana Leaf terus bertahan. 

Tidak hairanlah mengapa dia dinobatkan sebagai penerima anugerah berprestij, Celebrity Entrepreneur Of The Year SME Entrepreneurship Business Award 2021 (SEBA 2021).

Layla Sania, Dolla dan Iman Troye

Tahun lepas, wajah penyanyi Malaysia bertaraf antarabangsa Yuna telah pun terpampang di papan iklan terkenal di Times Square, New York, Amerika Syarikat. 

Pada tahun ini, tuah berpihak kepada penyanyi muda Layla Sania, kumpulan Dolla dan Iman Troye apabila menjadi pilihan untuk menghiasi papan iklan digital tersebut mewakili penyanyi Malaysia dalam kempen Equal, Spotify. 

Terdapat 35 senarai main tempatan Equal yang merangkumi artis dari lebih 50 buah negara dan Layla Sania merupakan wakil daripada senarai main Equal Malaysia dan Singapura.

Terdapat juga senarai lagu terbaik global Equal atau 'the best Equal Global Playlist' yang menyenaraikan artis-artis Equal dari serata dunia. - Getaran, 31 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Indie 2 tahun yang lalu

Sorotan Getaran 2021 : Senarai Video Muzik Indie Menarik Tahun 2021

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Soroton Getaran 2021 : Senarai Kontroversi Selebriti Sepanjang 2021

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Sorotan Getaran 2021 : Destinasi Percutian Viral Sepanjang 2021

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Sorotan Getaran 2021 : Filem-Filem Tempatan Yang Wajib Ditonton!

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar