Berita Terkini

20 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Plagiat: Rompak Karya, Sebuah Tragedi Dalam Sastera Malaysia

Jika para penulis berhadapan dengan situasi di mana ada pihak yang cuba menjadikan karya penulis sebagai milik mereka, ia sudah melanggar akta Hak Cipta 1987.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2021 3:41PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semenjak isu plagiat meledak beberapa ketika lalu, bahangnya tidak pernah surut apabila satu demi satu jenayah rompak karya yang dilakukan oleh individu serupa mula didedahkan khalayak.

Apa yang lebih menyedihkan ialah individu yang menggunakan nama pena Wacana Minda, Mohamad Asri Mat Husin dikatakan seorang Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan 2020. Betapa parah memikirkan bagaimana individu yang disangka melindungi dan memperjuangkan bahasa merompak karya rakan penyair yang lain.

Tembelang itu pecah ketika sebuah majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dewan Sastera memuat naik kenyataan permohonan maaf memaklumkan sajak yang terbit di majalah itu Bil. 12/2021 bertajuk 'Mahukah Engkau Lelap Sekejap Di Halaman yang Tiada Pohon Rendang' dikatakan mempunyai unsur plagiat daripada karya penulis Indonesia, Setia Naka Andrian.

Dalam sebuah kenyataan rasmi yang dikeluarkan DBP bertarikh 18 September lalu menyatakan, pihaknya masih menyiasat dan menunggu penjelasan daripada Wacana Minda.

Lebih seminggu sejak kenyataan akhbar itu dikeluarkan, pihak Getaran telah menghubungi kembali DBP untuk bertanyakan sebarang perkembangan dan dimaklumkan siasatan hampir selesai. Sebuah kenyataan rasmi akan dikeluarkan DBP beberapa hari lagi.

Sementara itu, melalui pendedahan yang dikongsikan akaun penulis Rebecca Ilham, rupa-rupanya tidak hanya puisi malah Wacana Minda juga didakwa menciplak sebuah esei untuk siaran sebuah akhbar tempatan daripada sebuah esei bertajuk 'Puisi: Suara Diri Atau Suara Masyarakat' yang terlebih dahulu ditulis oleh penyair Lutfi Ishak.

Tragedi dalam sastera

Kerja merompak karya orang lain sebenarnya sudah beberapa kali terjadi di Malaysia. Namun, jika individu yang sudah diiktiraf sebagai tokoh tergamak melakukan dosa serupa, ia lebih memalukan sekali gus mencatat tragedi dalam dunia sastera tanah air.

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Perbuatan plagiat samalah dengan mencuri walaupun dilakukan secara digital. Perkara seperti ini cepat-cepat kita dedahkan supaya orang muda tahu perkara ini salah. 

“Apalagi jika ia dilakukan secara sedar. Diambilnya sajak orang lain dan dihantar ke Dewan Sastera. Nampaknya, dia berani dan merasakan perbuatan ini sebagai suatu kebiasaan. Dia juga telah diiktiraf sebagai tokoh bahasa. Ia sangat menyedihkan dan memalukan,” ulas Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh ketika dihubungi Getaran. 

Muhammad Haji
Muhammad Haji

Menurut pemenang Anugerah Penulis S.E.A 1997 itu lagi, sastera sepatutnya mengajarkan seseorang untuk menjadi lebih jujur dan baik. Tidak wajar untuk seseorang mencabuli nilai-nilai yang patut diikuti oleh seorang pengarang. 

“Mencipta sesuatu yang baik dan indah adalah pencapaian yang tinggi kerana ia datang daripada usaha sendiri.  Seni itu indah kerana didasari kebaikan dan ketulusan. Kenapa nak ambil karya orang lain sedangkan kita boleh cipta sendiri? Ia bukan sesuatu yang mustahil. Ada ribuan penyair yang penulisannya tidak begitu baik, tetapi mereka perlu bangga kerana itu karya mereka. Berbanding ambil karya orang lain. Itu perbuatan mencuri namanya,” tambahnya.

Turut mengecam perbuatan plagiat ialah ketua Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Datuk Zainal Abidin Borhan yang merasakan tindakan ini hanya dilakukan oleh individu yang tidak berjiwa besar.

“Plagiat akan berlaku. Ia akan berterusan berlaku. Barangkali kerana individu itu sudah sampai kepada kemuncak populariti dan tidak ada idea. 

“Orang yang karyanya diciplak kenalah buat aduan. Cuma semenjak kes seperti ini dilaporkan dalam sastera Melayu, tiada ada apa-apa tindakan melainkan celaan daripada orang awam,” katanya kepada Getaran. 

Tambahnya lagi, penulis dan penyair seharusnya mempertingkatkan daya kreativiti dan banyakkan membaca dengan mata hati supaya hal seperti ini tidak berulang. 

Apa nak buat kalau karya dirompak?

Menurut peguam Muzzammil Merican, sebarang karya yang dihasilkan di Malaysia sudah dilindungi di bawah akta Hak Cipta 1987. Namun, jika karya itu bukan dihasilkan di Malaysia sekalipun, ia dilindungi oleh prinsip yang terkandung di dalam Berne Convention For The Protection Of Literary And Artistic Works bertujuan melindungi karya yang dihasilkan.

Malaysia dan Indonesia adalah antara negara yang menandatangani perjanjian ini. 

“Jika para penulis berhadapan dengan situasi di mana ada pihak yang cuba menjadikan karya penulis sebagai milik mereka, ia sudah melanggar akta Hak Cipta 1987. Penulis boleh membuat aduan terus kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 41 akta Hak Cipta.

“Penulis juga boleh membuat tuntutan sivil kepada penciplak. Penulis boleh meminta individu berkenaan berhenti menggunakan karya-karya milik penulis. Bukan itu sahaja, penulis boleh meminta mahkamah untuk mengiktiraf penulis sebagai pemilik asal karya dan berhak memperoleh royalti atau apa-apa keistimewaan yang lebih sesuai.

“Jika penulis sudah meninggal dunia, waris boleh membuat tuntutan asalkan karya itu tidak melebihi usia 50 tahun” jelasnya. 

Pihak Getaran berusaha menjejaki Asri bagi mendapatkan respons namun sehingga hari ini belum berjaya. - Getaran, 28 November 2021

Gambar: Facebook page Muhammad Haji Salleh

Isu Pada

Transformasi Ara Johari

27 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Lulus Peruntukan Tambahan RM5 Juta, Perkasa Karya Sasterawan Negara

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

3 Treler Filem Termahal Indonesia, 'Buya Hamka' Dilancarkan Pada 1 Ramadan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Mahu Karya Besar Ditelaah Golongan Muda

4

Budaya 1 tahun yang lalu

Banksy Pamer Karya Seni Baharu Di Bangunan Musnah Akibat Perang Di Ukraine

Sorotan

1

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

2

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

3

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

4

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

5

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

6

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan