Berita Terkini

5 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sorotan Getaran 2021: Kemelut Isu Industri Kreatif Hiburan (Muzik)

Sama ada dalam industri muzik atau perfileman, ada sebahagian daripada kemelut ini yang masih belum lagi menemui kesudahan, terutama dalam isu bayaran drama dan isu royalti. Ini sorotan 2021 khas muzik.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2021 6:56PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan telah mencetuskan pelbagai kemelut di dalam industri kreatif hiburan tanah air. 

Sama ada dalam industri muzik atau perfileman, ada sebahagian daripada kemelut ini yang masih belum lagi menemui kesudahan terutama dalam isu bayaran drama dan isu bayaran royalti. 

Ikuti Sorotan Getaran terhadap kemelut yang berlaku sepanjang 2021 dalam industri kreatif hiburan, terutamanya muzik, apabila beberapa badan kutipan royalti dan pelesenan serta persatuan dalam industri muzik bertelagah.

Ini Sorotan Getaran khas muzik. Bacalah Sorotan Getaran untuk perfileman di sini.

 

Isu PPM Ambil Tindakan Undang-Undang Ke Atas Datuk Freddie Fernandez 

Syarikat badan pelesenan Public Performance Malaysia (PPM) telah mengemukakan penyataan tuntutan ke atas Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) dan presidennya, Datuk Freddie Fernandez kerana didakwa melakukan fitnah pada 12 Januari. 

Tindakan itu dibuat PPM kerana kenyataan berbaur fitnah yang dibuat Freddie dan KARYAWAN telah mengakibatkan gangguan kepada aktiviti pelesenan dan menyukarkan badan pelesenan itu untuk mengutip yuran pelesenan bagi pihak ahli-ahli dalam persekitaran pasaran yang amat mencabar. 

Gambar Fail
Gambar Fail

Selain tindakan sivil, PPM turut membuat laporan polis terhadap KARYAWAN dan Freddie serta aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyalahguna internet untuk menghasil, menyebar komen dan berita palsu dengan niat untuk mengganggu PPM. 

Selain itu, PPM turut bergabung dengan dua lagi badan pelesenan iaitu Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP), Recording Performers Malaysia Berhad (RPM)  meminta Freddie dan KARYAWAN supaya tidak  tidak menggunakan sentimen ketidakpuasan hati sebilangan kecil ahli-ahli mereka sebagai alasan untuk mengulangi kesilapan lalu terutama dalam pengisytiharan lebih daripada satu badan pelesenan yang merujuk kepada permohonan Music Rights Sabah (MRS) dan Music Rights Sarawak Berhad (MRSB) untuk diwartakan sebagai badan pelesenan.

 

Isu Freddie Fernandez Dan RPM 

Biarpun berdepan dengan tindakan undang-undang daripada PPM, namun Datuk Freddie Fernandez terus lantang bersuara tentang kegagalan RPM untuk menjelaskan tentang pelbagai perkara terutama mengenai isu RM21 juta di dalam akaun syarikat yang ketika itu masih gagal diagihkan kepada ahli-ahli RPM. 

Freddie turut mengemukakan beberapa resolusi demi masa depan ahli-ahli yang bernaung di bawah RPM menjelang mesyuarat agung tahunan badan pelesenan itu. 

Antara resolusi yang dicadangkan Freddie adalah meminta semua ahli lembaga pengarah yang dilantik supaya meletak jawatan dan digantikan dengan calon yang lebih layak dan lebih cekap untuk membuat kerja. 

 

RPM Bikin Sidang Media Tergempar Bersama Media 

Setelah sembilan tahun mendiamkan diri, akhirnya Presiden RPM, Datuk Sheila Majid serta beberapa ahli lembaga pengarah badan pelesenan tersebut telah mengadakan sidang media tergempar bersama pihak media.

Dalam sidang media tersebut, Sheila memaklumkan bahawa segala dakwaan yang sengaja ditimbulkan mengenai isu wang RM21 juta yang kononnya masih tersekat di dalam akaun syarikat dan gagal diagihkan kepada ahli adalah tidak berasas sama sekali. 

Gambar Fail
Gambar Fail

Malah, ia bukanlah bernilai RM21 juta sebagaimana yang didakwa Freddie. Sebaliknya, nilai RM21 juta itu diperolehi selepas hasil kutipan royalti daripada 2019 turut dicampur dengan wang sedia ada dalam akaun syarikat beserta saki-baki pecahan kutipan royalti daripada 2017 dan 2018 yang diterima secara berperingkat. 

Ia tidak dapat diagihkan sebelum ini kerana wang kutipan royalti pada 2019 itu baru diterima pada 31 Disember 2020, selain berdepan dengan pandemik COVID-19 sepanjang tahun lalu dan siasatan SPRM yang diminta oleh Freddie sendiri. 

Sehari selepas itu, Freddie bersama pemuzik profesional Rafi Mohd pula membuat sidang media dengan mendakwa bahawa segala alasan yang diberikan Sheila mengenai kekangan yang dihadapi pihaknya terhadap isu pengagihan wang RM21 juta sebagai tidak munasabah.

Dalam sidang media itu juga, Rafi memberitahu bahawa dia difahamkan bahawa badan pelesenan Music Rights Malaysia (MRM) yang sebelum ini telah dibubarkan  telah memindahkan RM 5.6 juta kepada RPM, menjadikan jumlah wang di bank RPM bernilai lebih daripada RM26 juta.

 

Freddie Lapor RPM Ke SPRM Buat Kali Kedua 

Tiga hari selepas berakhirnya Mesyuarat Agung Tahunan RPM, Freddie bersama KARYAWAN mengeluarkan kenyataan bersedia memberi tempoh masa tiga bulan kepada RPM untuk menyelesaikan masalah royalti tertunggak sebanyak RM11 juta yang melibatkan Jabatan Insolvensi selain mengagihkan duit royalti dalam akaun bank sebanyak RM 26 juta kepada ahli-ahli. 

Freddie turut mengingatkan RPM bahawa jika KARYAWAN tidak melihat apa-apa perkembangan daripada badan pelesenan yang mewakili pelaku (pemuzik dan penyanyi rakaman) terhadap isu ini, maka persatuan itu akan meneruskan usaha meminta satu Mesyuarat Agung Luar Biasa dianjurkan setelah resolusi untuk meminta ahli lembaga pengarah RPM meletakkan jawatan dengan serta-merta diperolehi daripada ahli-ahli.

Namun, tidak kurang sebulan daripada kenyataan yang dikeluarkan itu, Freddie telah membuat satu lagi laporan SPRM ke atas RPM atas dakwaan terdapat penyalahgunaan dana syarikat seminggu sebelum menjelangnya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Recording Performers Malaysia Bhd (RPM) yang diadakan pada 27 September lalu. 

 

Isu Perbadanan Industri Muzik (PIMM) 

Usaha dan inisiatif KKMM untuk menubuhkan Perbadanan Industri Muzik Malaysia (PIMM) iaitu sebuah badan khusus yang akan merangka dan memastikan pembangunan industri muzik tanah air diselaraskan secara holistik disambut baik warga industri muzik termasuklah Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).  

Namun begitu, segelintir penggiat dan karyawan muzik tanah air berpendapat bahawa syarikat rakaman tidak wajar untuk campur tangan dalam penubuhan PIMM yang ditubuhkan untuk menjaga  kepentingan serta pembangunan industri muzik tanah air. 

Penulis lirik Ad Samad dalam kolumnya turut menyatakan kebimbangan jika penubuhan PPIM ini turut melibatkan pihak yang sama yang telah mewujudkan MRM dan membubarkan badan pelesenan tersebut. 

Gambar Fail
Gambar Fail

Beberapa karyawan muzik termasuk Datuk M. Nasir telah berhasrat untuk mengadakan sidang media bersama pihak media untuk menyatakan pendirian yang sama dengan Ad Samad ini tetapi ia tidak menjadi kenyataan atas sebab-sebab yang tidak pasti. - Getaran, 26 Disember 2021

Isu Pada

Di Balik Pesona Roberto Guiati

25 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

2

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

3

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

4

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

5

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

6

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM