web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu SPRM, Pandemik Antara Punca RM21 Juta Belum Diagihkan - Sheila Majid 

Banyak kekangan yang dihadapi RPM dalam usaha mengagihkan RM21 Juta kepada semua ahli termasuklah pandemik COVID-19, isu SPRM dan ahli yang tidak membuat tuntutan mengikut prosedur yang ditetapkan. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 8:09AM

Gambar: Instagram @sheilamajidofficial

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM), Datuk Sheila Majid berkata segala dakwaan yang sengaja ditimbulkan mengenai isu wang RM21 juta yang kononnya masih tersekat di dalam akaun syarikat dan gagal diagihkan kepada ahli adalah tidak berasas sama sekali. 

Tegas sheila, duit tersebut tidak tersekat dan ia bukanlah bernilai RM21 juta sebagaimana yang didakwa. 

“Sebaliknya, nilai RM21 juta itu diperolehi selepas hasil kutipan royalti daripada 2019 turut dicampur dengan wang sedia ada dalam akaun syarikat beserta saki-baki pecahan kutipan royalti daripada 2017 dan 2018 yang diterima secara berperingkat. 

“Kita tidak dapat agihkan sebelum ini kerana wang kutipan royalti pada 2019 itu baru diterima pada 31 Disember 2020 dan kita juga telah berdepan pandemik COVID-19 sepanjang tahun lalu.

“Seperkara lagi adalah kerana RPM masih lagi dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Siasatan ini masih belum selesai dan ia melambatkan proses pengagihan royalti kepada ahli-ahli.

“Malah, masih ada dalam kalangan ahli yang belum membuat tuntutan terhadap wang royalti mereka mengikuti prosedur yang telah ditetapkan,” kata Sheila dalam sebuah sidang media yang diadakan secara virtual dengan pihak wartawan. 

Majlis sidang media itu turut dihadiri ahli lembaga pengarah RPM termasuklah Alfa Booty Kesuma, Razin Mestica, Jaclyn Victor dan Ana Raffali. 

Menurut Sheila, dia sepatutnya menjelaskan hal ini kepada semua ahli pada Mesyuarat Agung Tahunan RPM yang bakal berlangsung pada 27 September ini. 

“Malangnya, disebabkan khabar angin dan desas-desus tidak benar yang sengaja ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab, saya terpaksa membuat penjelasan ini kepada media terlebih dahulu. 

‘Saya sendiri tidak tahu apa motif orang yang tidak bertanggungjawab ini berbuat demikian (menyebarkan cerita yang tidak benar). 

“Duit sebanyak RM21 juta itu bukanlah tersekat atau sengaja tidak diagihkan. Tapi, hendak buat macam mana kita pun baru sahaja dapat duit tersebut pada penghujung 2020 dan disebabkan kekangan COVID-19 serta isu SPRM ia tidak dapat diagihkan dengan cepat. 

“Kita juga tahu siapa yang membuat laporan terhadap SPRM itu. Oleh kerana dia yang membuat laporan tersebut, dia patut tahu prosedur pengagihan pasti tidak akan dapat dilakukan dengan cepat,” katanya. 

Jelas Sheila lagi, demi perjuangan RPM, dia telah berusaha sendiri untuk mendapatkan bantuan beberapa badan pelesenan untuk artis dan pemuzik rakaman daripada luar negara seperti PPL dari UK, SAMI (Sweden) serta CPRA (Jepun) bagi mempelajari bagaimana menguruskan dan mengendalikan sesebuah badan pelesenan mengikut amalan dan piawaian standard antarabangsa. 

“Sewaktu mula-mula mengurus dan mengendalikan RPM, saya tidak dapat belajar daripada sesiapa dan saya tidak setuju dengan banyak perkara terhadap cara yang diamalkan untuk menguruskan badan pelesenan sebelum ini. 

“Jika saya ingin mendapatkan bantuan, saya akan bertanya kepada mereka atau mendapatkan terus badan induk yang menjaga semua badan-badan pelesenan untuk kutipan royalti artis dan pemuzik rakaman. 

“Selama sembilan tahun saya berjuang untuk RPM, tiada siapa pun peduli dan ingin membantu untuk sama-sama membangunkan badan pelesenan ini. 

“Mengapa baru sekarang hendak bising-bising? Adakah ia disebabkan duit sebanyak RM21 juta itu yang menarik minat mereka?,” soalnya. 

Sambung Sheila lagi, menguruskan dan mengendalikan RPM bukanlah suatu tugas yang mudah kerana kita tidak punya arkib yang lengkap untuk membolehkan semua data diperolehi dengan lengkap. 

“Sebab itu di dalam album saya dahulu, saya akan pastikan semua pemuzik yang mengambil bahagian di dalam setiap penerbitan lagu-lagu yang saya rakamkan turut disenaraikan di kulit album kerana mereka juga wajar diiktiraf. 

“Namun, kebanyakan label sudah tidak mempraktikannya kerana mahu jimat kos. Sebab itulah penting bagi pemuzik yang terlibat di dalam sesebuah rakaman untuk membuat tuntutan royalti mereka dengan menyertakan hasil kerja mereka.  

“Ia hanya dilakukan sekali sahaja. Kalau tidak buat tuntutan, macam mana kita nak bayar royalti tersebut sebab semua wang keluar masuk perlu diaudit,” katanya. 

Atas sebab itulah kata Sheila, dia sangat mementingkan pemilihan lembaga pengarah yang akan menyertai RPM. 

“Mereka yang dilantik ini adalah dalam kalangan individu yang bersih dan tidak pernah terlibat dengan penyelewangan duit. Ini kerana saya tidak mahu apa yang jadi di badan-badan  pelesenan mewakili pelaku sebelum ini turut berlaku di RPM.

“Mereka yang dilantik ini juga tidak dibayar sebarang elaun dan inilah sumbangan yang mereka lakukan untuk penggiat-penggiat seni muzik tanah air. Sebab itu saya tidak faham kenapa ada yang minta ahli lembaga pengarah untuk letak jawatan atas alasan mereka tidak cekap bekerja. 

“Banyak perkara telah dilakukan dan hasil usaha kami di RPM inilah maka ahli-ahli sekarang dapat menikmati royalti sebanyak 25 peratus yang diagihkan kepada RPM selepas Music Rights Malaysia (MRM) dibubarkan. Jika tidak, dulu pengagihan royalti yang kita terima hanyalah sebanyak 13 peratus sahaja,” katanya. 

Sementara itu, Alfa berkata, segala desas-desus tidak benar mengenai RPM ini timbul disebabkan kekeliruan melibatkan sebuah lagi badan kutipan pelesenan yang sudah pun dibubarkan iaitu Prism Berhad. 

“Kalau hendak diikutkan ahli-ahli yang terdiri daripada artis dan pemuzik rakaman hanyalah kira-kira 100 lebih sahaja. Selebihnya adalah penari, pemuzik kelab dan sebagainya. 

“Mereka ini tidak dibenarkan menyertai RPM kerana ini adalah sebuah badan kutipan pelesenan yang memfokuskan kepada hak royalti artis dan pemuzik rakaman,” katanya. 

Jelas Alfa lagi, sejak ditubuhkan, RPM telah pun membuat pengagihan sebanyak lapan kali dan selain itu pemberian Unlogged Performer Allowance (UPA) turut diagihkan jika syarikat mempunyai lebihan wang. 

“Dua hari lepas kita telah mengagihkan UPA sebanyak RM1,700 kepada  setiap ahli (seramai 1915) yang mendaftar sebelum 2020. RM1,700 itu adalah wang royalti hasil kutipan 2016, 2017, 2019 dan 2020. Untuk rekod, yang telah mendaftar sehingga kini adalah seramai 1961,” katanya. - Getaran, 23 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.