web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KARYAWAN Lapor RPM Ke SPRM Atas Tuduhan Salah Guna Dana

Pembayaran sama rata kepada semua anggota termasuk yang berdaftar dengan RPM seminggu sebelum AGM diadakan mungkin boleh ditafsirkan sebagai percubaan lembaga pengarah untuk membeli sokongan daripada ahli.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 1:17PM

Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) mendakwa terdapat penyalahgunaan dana syarikat seminggu sebelum menjelangnya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Recording Performers Malaysia Bhd (RPM) yang diadakan pada 27 September lalu. 

Atas sebab itu, persatuan yang memperjuangkan nasib pelbagai penggiat seni tanah air ini telah membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Pengerusi RPM, Datuk Sheila Majid beserta anggota lembaga pengarah yang lain.

Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez berkata, pembayaran sebanyak RM2.9 juta yang diagihkan secara sama rata kepada semua anggota termasuk yang berdaftar dengan RPM seminggu sebelum AGM yang baru-baru ini diadakan mungkin boleh ditafsirkan sebagai percubaan lembaga pengarah untuk membeli sokongan daripada ahli untuk menentukan mereka terpilih dan kekal dengan jawatan sedia ada. 

"Sejak akhir tahun 2020, RPM mempunyai RM21 juta wang ahli dalam akaun banknya tetapi hingga September tahun ini, tidak ada usaha dilakukan untuk untuk mengagihkan wang tersebut kepada ahli-ahlinya dengan cara betul berdasarkan kepada laporan penggunaan. Sangat jelas bahawa RPM tidak memiliki kompetensi yang diperlukan atau kakitangan yang mencukupi untuk melakukan pengagihan itu. 

"Namun, ketika desakan ahli untuk mereka berundur jadi semakin kuat menjelang AGM tersebut, mereka (lembaga pengarah) telah membuat keputusan untuk memberikan royalti sama rata sebanyak RM1700 kepada lebih kurang 1500 ahlinya. Ini dilakukan seminggu sebelum mesyuarat agung dan menimbulkan  tanda tanya," katanya. 

Menurut Freddie lagi, tindakan terbaharu RPM mengagihkan RM2.9 juta menerusi pemberian royalti sama rata sebanyak RM 1700 dalam kalangan ahli sedia ada ini telah mengeruhkan lagi keadaan kerana ia jelas melanggar prinsip dasar organisasi pengurusan kolektif seperti RPM. 

“Objektif penubuhan RPM adalah untuk mengutip royalti daripada pengguna dan memberikannya kembali kepada ahli apabila karyanya telah digunakan oleh mereka yang telah membuat pembayaran royalti. 

“Mereka yang karyanya tidak muncul atau digunakan mana-mana pembayar royalti seperti yang tertera dalam laporan penggunaan seharusnya tidak berhak mendapat bayaran royalti sebanyak RM1700 itu.

“Namun pengagihan royalti RM1700 ini dilakukan tanpa berusaha untuk mengenal pasti ahli mana yang berhak mendapat royalti dan mana yang tidak. Ini bermaksud bahawa mereka menggunakan wang milik ahli yang berhak mendapat royalti untuk membuat pembayaran kepada mereka yang tidak berhak mendapat royalti.

“Ini adalah suatu pelanggaran yang jelas terhadap peraturan kutipan dan pengagihan royalti dan dapat dilihat sebagai usaha untuk meraih sokongan untuk diri mereka dan memastikan pemilihan mereka semula sebagai lembaga pengarah,” katanya. 

Sehubungan itu kata Freddie, KARYAWAN telah membuat laporan kepada SPRM untuk menentukan jika ada unsur-unsur rasuah yang dilakukan Sheila dan pengarah terhadap pengagihan dana RM2.9 juta tersebut.

"Harus diingat bahawa seminggu sebelum AGM bermula, lebih daripada 240 ahli telah menandatangani resolusi, meminta agar seluruh ahli lembaga pengarah berundur dan diadakan pemilihan baru. 

“Sheila sebelum ini juga telah dikritik sekeras-kerasnya kerana gagal menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan royalti artis walaupun sudah sembilan tahun memegang jawatan pengerusi di RPM. Dia juga dikritik atas kegagalannya menghadiri pertemuan yang dipanggil menteri yang ingin membantu menyelesaikan masalah royalti artis. 

‘Sehingga hari ini masih ada banyak masalah yang belum diselesaikan dan setakat ini tiada sebarang tindakan yang jelas diambil Sheila atau ahli lembaga pengarah lain  untuk menyelesaikan isu-isu yang masih berbangkit ini,” katanya. - Getaran, 19 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

KPDN Adakan Perbincangan Kaedah Pembahagian Royalti Artis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saya Akan Teruskan Fokus Memperjuangkan Kebajikan Ahli -  Freddie Fernandez Kekal Terajui KARYAWAN 

3

Muzik 3 tahun yang lalu

KPDN Cadang Tubuh Jawatankuasa Selesai Isu Industri Muzik Rakaman

4

TARA 3 tahun yang lalu

Pencipta Belum Tentu Punya Hak Terhadap Ciptaannya Sendiri – Manan Ngah Beri Reaksi Kolum Ad Samad 

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Muzik 4 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.