web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPDN Cadang Tubuh Jawatankuasa Selesai Isu Industri Muzik Rakaman

Isu bayaran dan pengiraan royalti serta penubuhan badan tunggal untuk menyelesaikan isu badan pelesenan serta melindungi hak para pemilik hak cipta adalah antara perkara yang akan dibincangkan untuk dicari penyelesaian oleh jawatankuasa itu.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 7:23AM

Salahuddin Ayub - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Satu jawatankuasa bertindak bagi membincangkan isu berkaitan industri muzik rakaman tanah air akan ditubuhkan dalam masa terdekat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Beliau berkata isu bayaran dan pengiraan royalti serta penubuhan badan tunggal untuk menyelesaikan isu badan pelesenan serta melindungi hak para pemilik hak cipta adalah antara perkara yang akan dibincangkan untuk dicari penyelesaian oleh jawatankuasa itu.

Salahuddin mencadangkan jawatankuasa itu dianggotai enam wakil penggiat muzik rakaman daripada bidang penulis lagu dan lirik, syarikat rakaman dan pelaku rakaman serta tiga wakil daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

"Isu lama pengiraan royalti nampak tidak adil, ada diskriminasi, kita nak elak mana-mana pihak menuding jari antara satu sama lain.

"Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk menyelesaikan isu dalam industri untuk semua sekali," katanya dalam sidang media selepas Program Daya Kreatif: Townhall Pengkarya (Penggiat Muzik Rakaman) di sini semalam.

Mengenai sesi townhall bersama lebih 80 pengkarya itu, Salahuddin berkata beliau mengambil maklum isu yang dibangkitkan dan memaklumkan KPDN mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan isu tersebut.

Antara pengkarya yang hadir pada sesi townhall itu ialah Datuk Nora Ariffin, Aris Ariwatan, Altimet dan Dangsuria Zainurdin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 minggu yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 2 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 3 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 1 bulan yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa