web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Akan Teruskan Fokus Memperjuangkan Kebajikan Ahli -  Freddie Fernandez Kekal Terajui KARYAWAN 

Datuk Freddie Fernandez kekal menerajui Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) bagi penggal 2023 hingga 2026.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2023 2:15PM

Freddie (tengah) bersama barisan AJK KARYAWAN bagi penggal 2023-2026. - Gambar Karyawan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Figura dunia hiburan penuh sensasi, Datuk Freddie Fernandez kekal menerajui Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) bagi penggal 2023 hingga 2026.

Pemilihan Freddie diundi secara sebulat suara oleh ahli-ahli yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KARYAWAN Ke-24 yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Freddie berkata, isu dan masalah membabitkan ahli-ahli persatuan akan terus diberi perhatian agar kebajikan mereka diperjuangkan.

Freddie Fernandez - Gambar oleh Alif Omar
Freddie Fernandez - Gambar oleh Alif Omar

“KARYAWAN akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk mengisi tabung supaya dapat meneruskan usaha menjaga hak dan kepentingan ahli-ahli.

“Isu royalti artis, masalah dihadapi artis rakaman, pemuzik kelab dan hotel, pemuzik dan artis jalanan atau buskers dan isu bayaran persembahan yang seringkali menyaksikan artis tempatan dipinggir berbanding artis luar negara perlu diberi perhatian sewajarnya,” katanya. 

Selain Freddie, pemilihan Ahli Lembaga Eksekutif dibuat pada AGM kali ini termasuk pelakon Radhi Khalid sebagai Timbalan Presiden, Rozita Rohaizad sebagai Setiausaha Kehormat, Kamal Kassim sebagai Bendahari dan enam Ahli Jawatankuasa iaitu Norshila Amin, Jude Singho, Don Guerzo, Putri Balqish Agalan, Helmi Gimmick serta Haniah Hassan. 

Sejak tahun 2021, KARYAWAN menjalankan aktiviti kebajikan dan bantuan kepada ahli-ahli yang menghadapi masalah akibat ketiadaan sumber rezeki. Baru-baru ini beberapa usaha telah dilakukan untuk membantu dua artis yang mengalami penyakit serius iaitu Iskandar Spring dan Ibnor Riza.

“Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya juga menyalurkan bantuan melalui KARYAWAN kepada ramai artis termasuk artis rakaman, kelab dan penggiat seni dari bidang lain yang merupakan ahli KARYAWAN. 

“Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya serta Agensi kerajaan lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sentiasa menyokong usaha dan aktiviti ahli-ahli Karyawan” katanya. 

Pada majlis tersebut, ahli-ahli KARYAWAN juga diberi penerangan mengenai fungsi dan caruman dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) oleh wakil Bahagian Skim Pekerjaan Sendiri. 

 “KARYAWAN menyeru dan menggalakkan ahli-ahli untuk mencarum bersama PERKESO agar mendapat manfaat jika ditimpa kemalangan mahupun meninggal dunia,” katanya. – Getaran, 3 Julai 2023 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Bayar 50 Peratus, Pawagam ‘Cekau’ Duit Penerbit Tempatan?

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Cukai Hiburan: Jangan Rompak Hak Warga Seni!

3

TARA 4 tahun yang lalu

Sorotan Getaran 2021: Kemelut Isu Industri Kreatif Hiburan (Muzik)

4

Muzik 4 tahun yang lalu

KARYAWAN Lapor RPM Ke SPRM Atas Tuduhan Salah Guna Dana

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 5 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.