web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bayar 50 Peratus, Pawagam ‘Cekau’ Duit Penerbit Tempatan?

Persoalannya, adakah 50 persen jumlah yang signifikan atau adakah angka itu terlalu besar untuk ditanggung penerbit tempatan?

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 10:01AM

Adakah 50 peratus jumlah yang signifikan untuk dikutip oleh pempamer filem? - Gambar Hiasan oleh Alif Omar

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Panggung dapat 50 persen? Banyaknya ambil.”

Demikian satu daripada ratusan komen yang dilontarkan warganet sebaik sahaja pelakon dan penerbit Asmawi Ani (Mawi) mendedahkan realiti jumlah peratus yang perlu dibayar oleh penerbit untuk tayangan filem di setiap platform pempamer.

Bukan itu sahaja, jika penerbit berhajat untuk memanjangkan tempoh tayangan, mereka perlu akur dengan peratusan lebih banyak bakal diambil pihak pempamer.

Persoalannya, adakah 50 persen jumlah yang relevan untuk diberikan pihak panggung? Adakah ia jumlah yang signifikan atau adakah angka itu terlalu besar untuk ditanggung penerbit tempatan yang selalunya tidak mempunyai modal yang besar dalam menghasilkan sesebuah filem?

 

Kaji semula cas bayaran kepada pempamer

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi beranggapan peratusan bayaran kepada pepamer perlulah dikurangkan untuk memastikan penerbit tempatan tidak dilihat seolah-olah dikerah untuk memberikan jumlah yang banyak kepada pihak panggung. 

“Pendapat saya, jumlah 50 peratus pembayaran kepada pawagam itu perlu dikaji semula kerana jumlah itu agak besar. Tidak adil kepada para penerbit sedangkan ‘taikun’ di atas senang-senang memperoleh keuntungan dengan mengerah cas tersebut.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi - Gambar Fail
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi - Gambar Fail

“Itu belum lagi cas tersembunyi yang akan semakin meningkat oleh pihak pempamer jika waktu tayangan dipanjangkan. Sebab itu filem tempatan kita tidak boleh nak bertahan. 

“Memandangkan pihak pempamer akan berurusan dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) untuk mendapatkan lesen, jadi saya fikir, FINAS boleh campur tangan mengenai isu ini.

“Apa tindakan mereka kepada pempamer yang mengenakan cas yang tinggi kepada penerbit filem kita?” soalnya.

Bukan itu sahaja, turut bersetuju dengan cadangan itu ialah Datuk Freddie Fernandez daripada Persatuan Karyawan Malaysia yang merasakan pihak pempamer perlu mengurangkan cas peratusan memandangan pihak panggung tidak perlu menanggung kos kerugian seperti yang perlu dihadapi para penerbit filem.

Datuk Freddie Fernandez
Datuk Freddie Fernandez

“Saya juga berpendapat agar jumlah peratusan yang diberikan pempamer dikaji semula. 50 peratus sebenarnya terlalu banyak sedangkan mereka hanya menanggung kos operasi.

 “Jika boleh dikurangkan, ia akan memberi kelebihan kepada penggiat seni tempatan kita untuk menghasilkan dan menayangkan filem mereka di pawagam,”tambahnya.

 

Bisnes tetap bisnes

Namun begitu, berbeza pula dengan penerbit dan pelakon Raja Azmi yang merasakan platform panggung wayang juga adalah sebuah entiti perniagaan yang berhak meletakkan polisi sesuai dengan target keuntungan mereka.

“Saya sokong sahaja pihak panggung ambil 50 persen daripada jumlah kutipan. Sekiranya sesebuah produksi ingin menghasilkan filem, mereka sepatutnya sudah bersedia dengan risiko yang perlu diambil. Cuma pihak panggung juga kenalah tolong mempromosikan filem-filem tempatan kita. 

“Kita kena faham bahawa ini adalah perniagaan. Pihak panggung juga kena tanggung kerugian sekiranya mereka ingin menayangkan sesuatu filem. 

“Bayangkan jika kapasiti satu panggung itu kena melebihi 100 orang, namun yang datang hanya 10 orang. Mereka sudah rugi di situ,” katanya.

Penerbit dan pelakon, Raja Azmi - Gambar Instagram @rajaazmi
Penerbit dan pelakon, Raja Azmi - Gambar Instagram @rajaazmi

Bercakap mengenai cas bayaran yang semakin tinggi jika sesuatu produksi ingin memanjangkan tempoh tayangan, Raja Azmi mendedahkan senario itu boleh berubah sekiranya sesuatu naskah itu berjaya memasuki carta box office

“Memang panggung akan naikkan sedikit peratusan jika kita ingin menayangkan filem untuk minggu berikutnya. Bagi saya, itu pun masih berbaloi kerana sekurangnya- kurangnya filem kita masih ditayangkan.

“Namun begitu, situasi ini berbeza sekiranya filem anda memasuki carta box office. Pihak penerbit boleh berbincang dengan pihak pempamer untuk waktu tayangan dan peratusan yang diambil. 

“Perbincangan boleh dilakukan. Mungkin berbanding 60 peratus yang diminta pihak pempamer, pihak penerbit boleh membuat permintaan untuk sekadar membayar 50 peratus daripada jumlah tersebut,”katanya. 

Terdahulu, semasa filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mencatatkan jumlah kutipan yang semakin memberangsangkan setiap hari, penerbit dan pelakon Asmawi Ani mendedahkan jumlah peratusan cas yang perlu dibayar oleh penerbit tempatan jika ingin menayangkan sesuatu filem di panggung. 

Video berdurasi kurang daripada tiga minit yang dimuat naik di laman Instagramnya itu telah mendapat perhatian khalayak dan dibincangkan secara meluas di laman sosial. Getaran, 5 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 10 jam yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad