web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah Ditolak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2024 8:14AM

Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Datuk Saiful Edris Zainuddin. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan kehakiman 186 pekebun Musang King sekitar Raub terhadap keputusan Kerajaan Negeri Pahang yang mengeluarkan notis arahan pengosongan tanah.

Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Datuk Saiful Edris Zainuddin berkata, Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.

Beliau berkata, mahkamah turut mengesahkan status mereka sebagai penduduk haram dan tindakan kerajaan negeri mengusir mereka tidak berniat jahat.

"Malah, pelan pemutihan yang ditawarkan juga tidak ada unsur berat sebelah dan masih boleh dirunding dengan pihak-pihak terlibat," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuantan di sini, semalam.

Mahkamah turut memerintahkan pekebun terbabit membayar kos berjumlah RM600,000 kepada semua responden.

Pada 2020, mereka memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran menyemak notis pengosongan tanah yang sudah ditanam dengan pokok durian Musang King sekitar Raub termasuk di Sungai Ruan, Sungai Chalit dan Sungai Klau yang dianggarkan seluas 2,167 hektar.

Mereka menamakan Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, Kerajaan Negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd sebagai responden.

Selain menyemak arahan pengosongan tanah di bawah Kanun Tanah Negara dan Akta Perhutanan Negara 1984, mereka juga ingin membuat semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan serta hak penggunaan tanah terbabit kepada Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Pekebun terbabit juga ingin menyemak keputusan pemberian subpajakan tanah terbabit kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Responden turut diwakili Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Dorah Abdul Kadir; Abdul Hafız Razat, Fatin Nur Syahirah serta peguam Tan Sri Cecil Abraham, Datuk Sunil Abraham, Noor Muzalifah Shabudin, Mohd Irwan Ismail, Yap Jing Wen, Datuk Mohd Yazid Mustafa, Datuk Mohd Najid Husain dan Nornajihah Ahmad Nadjemudin, manakala pekebun terbabit diwakili peguam Siew Choon Jern, Chen Chiu Hua, Lim Pit Feng dan Brendan Siva.

Siew ketika ditemui pemberita memaklumkan pihaknya akan meneliti keputusan itu sebelum menasihati anak guam mereka untuk membuat rayuan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Pahang Biaya Kos Rawatan Penjawat Awam, Pesara Di SASMEC@IIUM

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Durian Musang King Raub Dibida RM185,000 Sebiji

3

Teknovasi 3 tahun yang lalu

SIRIM Bangunkan Standard DSR Durian Musang King Dan Sistem Penjejakan Bersepadu

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad