Berita Terkini

6 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


SIRIM Bangunkan Standard DSR Durian Musang King Dan Sistem Penjejakan Bersepadu

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2023 8:00AM

Kerjasama pintar bersama syarikat terbabit adalah contoh penyelesaian perniagaan holistik dari dusun durian Musang King kepada pengguna. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - SIRIM Berhad melalui anak syarikatnya, SIRIM Tech Venture (STV) bekerjasama dengan syarikat DSR Taiko Berhad dalam pembangunan teknologi melibatkan durian Musang King.

Kerjasama tersebut melalui penyerahan Laporan Kajian Kebolehlaksanaan Pasaran; DSR01:2022 Standard DSR Durian Musang King dan Sistem Penjejakan Bersepadu Musang King (MKITS) kepada syarikat DSR Taiko Berhad hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata kerjasama pintar bersama syarikat berkenaan adalah contoh penyelesaian perniagaan holistik dari dusun durian Musang King kepada pengguna.

Menerusi kerjasama itu, Ahmad Sabirin berkata STV menjalankan kajian kebolehlaksanaan pasaran untuk mengukur permintaan, peluang dan cabaran industri durian di peringkat global dalam membantu DSR Taiko Berhad bagi proses perancangan perniagaan, kepelbagaian dan pengembangan pasaran.

Sementara itu, DSR01:2022 Standard DSR Durian Musang King dibangunkan oleh SIRIM STS, anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad merangkumi keperluan dalam memastikan kualiti dan keaslian durian Musang King keluaran DSR Taiko Berhad termasuk pemilihan bahan penanaman, pengurusan dusun, keperluan produk, ciri-ciri buah dan aktiviti selepas tuai boleh dikesan daripada pokok dan ladangnya, katanya.

"MKITS pula menggunakan teknologi Internet Pelbagai Benda (loT) turut dibangunkan oleh Penyelidikan Perindustrian SIRIM disesuaikan dengan dusun Durian Musang King DSR Taiko Berhad yang membolehkan buah durian dan produk hiliran dikesan daripada punca dan lokasi pokok.

"Sistem ini memastikan pemantauan berkesan sepanjang proses pengeluaran dan pengangkutan raja buah berkenaan dan dilengkapi dengan papan pemuka untuk tujuan pelaporan operasi serta pengurusan yang boleh diakses oleh pengguna pada sepanjang masa,” katanya.

Gambar Bernama
Gambar Bernama

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas Majlis Pelancaran Penyelesaian Perniagaan Holistik SIRIM-DSR dari Dusun kepada Pengguna bagi Durian Musang King di Ibu Pejabat SIRIM Berhad di sini hari ini.

Tambah Ahmad Sabirin, ketiga-tiga projek berkenaan adalah bukti kejayaan strategi serampang dua mata antara Kumpulan SIRIM Berhad dan industri, melalui STV yang menyumbangkan teknologi dan kepakarannya kepada DSR Taiko Berhad bagi memartabatkan industri durian Musang King ke tahap pertumbuhan positif serta memberi nilai tambah di sepanjang rantaian nilai durian.

"SIRIM mempunyai pelbagai kemudahan dan keupayaan yang kami tawarkan antaranya penyelidikan dan pembangunan, pembangunan standard industri, latihan, pengujian dan pensijilan, reka bentuk sekuriti dan pembangunan usahawan.

“Kami yakin dapat membantu lebih banyak syarikat mengembangkan lagi perniagaan mereka," katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif DSR Taiko Berhad, Datuk Ng Lian Poh berkata ketiga-tiga projek berkenaan membawa impak positif kepada syarikat terutamanya dalam mewujudkan standard industri dan membuka peluang antarabangsa melalui kebolehkesanan.

Katanya buah durian keluaran syarikatnya yang dilengkapi dengan sistem MKITS menjadi pencapaian terbesar DSR Taiko Berhad yang pertama seumpamanya bagi industri durian Musang King di Malaysia.

"Perjalanan yang kami tempuhi ini panjang, tetapi kami tidak sabar untuk menjadikan spesies raja buah ini sebagai kebanggaan Malaysia di seluruh dunia. Kami yakin pertumbuhan industri pertanian ini akan terus meningkatkan ekonomi negara," katanya.

DSR Taiko Berhad adalah syarikat bersepadu durian ke pasaran dengan pengetahuan mendalam terhadap pengurusan dusun dan kini mempunyai ladang di Raub dan Bentong, Pahang yang berkeluasan kira-kira 40.47 hektar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Durian Musang King Raub Dibida RM185,000 Sebiji

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Penguatkuasaan Pelitup Muka SIRIM Ditangguh Sehingga Julai

3

Gaya 1 tahun yang lalu

Kerana Isu SIRIM, Jualan Skin Dessert Terkesan Dan Menurun Sehingga 60 Peratus – Pengasas

4

Gaya 1 tahun yang lalu

Isu Tular Di Media Sosial, Produk Skin Dessert Mula Tindakan Undang-Undang Terhadap SIRIM 

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Gaya 10 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN