Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kerana Isu SIRIM, Jualan Skin Dessert Terkesan Dan Menurun Sehingga 60 Peratus – Pengasas

Dalam pada itu, pihak Skin Dessert memaklumkan mereka juga sedang melakukan siasatan dalaman bagi mengenal pasti dan menyelesaikan kesan sampingan seperti yang diviralkan. 

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 4:00PM

Nur Nazuha Zohor Ali (kiri) dari Tetuan Raidah Nazuha Law Chambers, Zirra Abdullah dan Mohd Aliff Abd Kadir - Gambar dari Skin Desserts

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengasas Skin Dessert, Zirra Abdullah mengakui disebabkan isu melibatkan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) yang tular di media sosial, pihaknya terpaksa menanggung kerugian besar apabila jualan produk mereka menurun sebanyak 60 peratus. 

Bahkan, Zirra tidak menafikan bahawa disebabkan isu berkenaan juga, dia mengalami tekanan emosi dan mental hingga menyebabkan kemurungan.

Susulan tu, pihaknya telah memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap SIRIM. 

Isu yang melibatkan Skin Dessert dengan SIRIM bermula apabila Zirra bersama Pengarah Urusan Skin Dessert, Mohd Aliff Abd Kadir yang juga suaminya memuat naik gambar di hadapan bangunan SIRIM di media sosial dengan tujuan untuk memaklumkan bahawa Skin Dessert sedang dalam proses menjalankan ujian produk bersama institut tersebut.

Berikutan muat naik gambar itu, SIRIM menerusi akaun rasmi media sosialnya meninggalkan komen seperti berikut: “SIRIM Berhad ingin menegaskan bahawa SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert.

 Zirra (tengah) pada sidang media di sini.
Zirra (tengah) pada sidang media di sini.

Pada waktu yang sama, mereka juga berdepan dengan isu lain iaitu mengenai keselamatan produk komestik jenama mereka itu dalam kalangan pengguna. 

Zirra berkata, sepanjang tempoh isu ini mula tular, mereka tidak membuat sebarang kenyataan kerana ingin menyelesaikan perkara-perkara yang berbangkit secara dalaman terlebih dahulu.

Selain itu, terdapat juga aduan mengenai produk Skin Dessert menyebabkan kulit muka bermasalah. 

“Ingin saya nyatakan di sini, setiap produk penjagaan kulit wajah mempunyai kesan sampingan bergantung kepada kesesuaian kulit wajah pengguna. 

“Tidak kira produk antarabangsa atau tempatan, mahal atau murah, kesan sampingan tetap ada dan berlaku.

“Tetapi berdasarkan ujian makmal dari SIRIM untuk produk Skin Dessert Repairing Moisturize dan enam produk kami yang lain daripada Pusat Racun Negara, produk Skin Dessert tidak mempunyai sebarang bahan logam berat.

Laporan ujian dari SIRIM untuk produk Skin Dessert.
Laporan ujian dari SIRIM untuk produk Skin Dessert.

“Siasatan dalaman sedang dilaksanakan ketika ini untuk mengenal pasti dan menyelesaikan perkara kesan sampingan seperti yang diviralkan. 

“Jika berlakunya penjualan produk tiruan atau sebagainya, tindakan undang-undang akan diambil oleh pihak kami,” katanya.

Jelas Zirra lagi, melangkah ke hadapan, dalam mencapai Pelan Penstrukturan Jangka Masa Panjang, Skin Dessert akan menjalankan ujian makmal dari pihak ketiga sebelum memasarkan produk ke pasaran. 

“Ini bagi memastikan setiap produk mendapat akreditasi yang diiktiraf. Produk sedia kami juga akan turut dihantar sekali lagi menjalani ujian makmal di beberapa badan penyelidikan yang diiktiraf. 

“Ini adalah tanggungjawab social kami kepada semua pihak, merangkumi pihak berwajib, ejen, stokis serta pengguna,” katanya. 

Sehubungan itu, Zirra berkata, dia ingin mengambil kesempatan di sini untuk memohon maaf kepada semua ejen serta stokis jika isu-isu yang melanda ini memberi impak negatif kepada mereka.

Pengasas Skin Dessert, Zirra Abdullah bersama Pengarah Urusan Skin Dessert, Mohd Aliff Abd Kadir yang juga suaminya. 
Pengasas Skin Dessert, Zirra Abdullah bersama Pengarah Urusan Skin Dessert, Mohd Aliff Abd Kadir yang juga suaminya. 

“Insya-Allah Skin Dessert akan bangkit semula. Saya dan Encil Aliff memulakan perniagaan Skin Dessert dengan harapan dapat mengeluarkan produk terbaik kepada pengguna. 

“Usaha keras ini, Alhamdullilah Berjaya dan produk Skin Dessert mendapat tempat di hati pengguna

“Seiring dengan peningkatan jualan, ejen serta stokis Skin Dessert juga bertambah. Dari hanya puluhan naik ke ribuan dan sehingga kini lebih daripada 30,000 ejen serta stokis seluruh negara,katanya. 

Jelas Zirra lagi, perkembangan positif Skin Dessert ini juga seiring dengan matlamat mereka untuk membantu seramai mungkin orang dalam menjana pendapatan atau mendapatkan produk yang baik. 

“Paling membanggakan dan memberi kesan mendalam kepada diri saya sendiri adalah ramai ejen serta stokis Skin Dessert dapat menjana pendapatan yang baik hasil jualan produk sekaligus mampu mengubah kehidupan mereka.
“Kami juga sentiasa memberi sokongan dan bimbingan secara bersama. Seperti sebuah keluarga yang besar, tiada istilah pengusaha atau hanya pekerja. 

“Setiap masalah, komen dan pandangan diterima dengan hati terbuka bagi kebaikan bersama. 

“Kerana pada saya, ejen dan stokis inilah tulang belakang kepada kekuatan Skin Dessert selama ini. Tanpa mereka, belum tentu kami dapat mencapai sasaran jualan yang memberangsangkan dan mampu memberi semula imbuhan kepada mereka,” katanya. – Getaran, 23 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Penguatkuasaan Pelitup Muka SIRIM Ditangguh Sehingga Julai

2

Teknovasi 1 tahun yang lalu

SIRIM Bangunkan Standard DSR Durian Musang King Dan Sistem Penjejakan Bersepadu

3

Gaya 1 tahun yang lalu

Isu Tular Di Media Sosial, Produk Skin Dessert Mula Tindakan Undang-Undang Terhadap SIRIM 

4

Refleksi 1 tahun yang lalu

Tetapkan Umur Minimum Pembonceng Kanak-Kanak, Kata Pakar

Sorotan

1

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

2

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

4

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

5

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

6

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

7

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran