Berita Terkini

14 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Isu Tular Di Media Sosial, Produk Skin Dessert Mula Tindakan Undang-Undang Terhadap SIRIM 

Komen yang dibuat SIRIM menyebabkan isu produk Skin Dessert semakin tular mengakibatkan pihak pengeluar produk kecantikan ini menerima pelbagai kecaman daripada netizen selama dua bulan sehingga merosakkan reputasi perniagaan.

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 9:50AM

Nur Nazuha (kiri) bersama Pengasas Skin Dessert, Zirra Abdullah (tengah) serta Pengarah Urusan Skin Dessert, Mohd Aliff Abd Kadir. - Gambar oleh Skin Dessert

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Belum pun selesai isu yang melibatkan keselamatan produk kosmetik jenama Skin Dessert di kalangan pengguna, kini Syarikat Aileezee Rich Sdn Bhd selaku pengeluar kosmetik Skin Dessert berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). 

Tindakan itu dibuat berikutan isu yang tular menerusi platform media sosial baru-baru ini apabila SIRIM mendakwa pihaknya tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert.

Nur Nazuha Zohor Ali dari Tetuan Raidah Nazuha Law Chambers yang mewakili Syarikat Aileezee Rich Sdn Bhd berkata, pihaknya telah pun memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar surat tuntutan terhadap Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) pada 7 Disember lalu. 

“Isu ini bermula pada 4 Oktober 2022 apabila Pengasas Skin Dessert, Zirra Abdullah bersama Pengarah Urusan Skin Dessert, Mohd Aliff Abd Kadir memuat naik gambar di hadapan bangunan SIRIM di media sosial dengan tujuan untuk memaklumkan bahawa Skin Dessert sedang dalam proses menjalankan ujian produk bersama insititut tersebut. 

“Berikutan muat naik gambar itu, SIRIM menerusi akaun rasmi media sosialnya meninggalkan komen seperti berikut: “SIRIM Berhad ingin menegaskan bahawa SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert.

“Komen yang dibuat SIRIM menyebabkan isu produk Skin Dessert semakin tular mengakibatkan pihak Skin Dessert menerima pelbagai kecaman daripada netizen selama dua bulan sehingga merosakkan reputasi perniagaan, bahkan Pengasas Skin Dessert, Zirra Abdullah bersama Pengarah Urusan Skin Desserr, Mohd Aliff Abd Kadir mengalami tekanan emosi memandangkan mereka  tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan.

“Walhal Skin Dessert menerusi agen yang dilantik iaitu Abam Peah Holdings Sdn Bhd telah membuat dua kali bayaraan kepada SIRIM untuk menjalankan dua jenis ujian iaitu Ujian Kerengsaan Kulit (Skin Irritation Test) dan Ujian Keberkesanan Produk terhadap produk keluaran iaitu ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer’ pada 8 September,” katanya dalam satu sidang media semalam. 

Menurut Nur Nazuha Zohor Ali, SIRIM kemudian menerusi surat bertarikh 26 Oktober 2022 memaklumkan terpaksa membatalkan permohonan pengujian ke atas produk sampel produk yang telah dihantar Skin Dessert. 

“Bayaran yang telah dibuat untuk kedua-dua ujian tersebut akan dipulangkan kepada syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd selaku pengantara Skin Dessert dan SIRIM. 

“Susulan komen dan surat pembatalan yang dibuat SIRIM syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd memohon untuk mengadakan satu perjumpaan dengan SIRIM bagi membincangkan isu yang timbul. 

“Pertemuan telah berlangsung pada 2 November 2022 dan antara perkara yang dibincangkan adalah permintaan Skin Dessert supaya SIRIM memohon maaf dan menjelaskan keadaan sebenar yang terjadi di mana Skin Dessert telah mengemukakan permohonan serta membayar kepada SIRIM bagi menjalankan dua ujian iaitu ujian kerengsaan kulit dan ujian keberkesanan produk ‘Skin Dessert Repair Moisturizer’. 

“SIRIM bersetuju untuk meneruskan ujian untuk ‘Skin Dessert Repair Moisturizer’ seperti yang dirancang. Pada 16 November 2022, laporan ujian untuk produk tersebut telah dikeluarkan SIRIM. 

“Hasil laporan ujian daripada SIRIM menyatakan bahawa ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer sebagai: “Under the condition of this test, Skin Dessert Repairing Moisturizer is consider as NONIRRITANT (NI) to in vitro skin LabCyte EPI-Model 24. 

“Skin Dessert ketika ini masih memberi peluang kepada SIRIM untuk menjelaskan semua tuntutan yang dikemukakan memandangkan pihak peguam yang mewakili SIRIM masih dalam proses menunggu arahan lanjut dan jawapan SIRIM berhubung tuntutan Skin Dessert seperti dimaklumkan menerusi surat bertarikh 14 Disember 2022,” katanya. 

Jelas Nur Nazuha Zohor Ali lagi, penjelasan semula SIRIM adalah penting memandangkan komen yang dibuat SIRIM di media sosial Puan Zirra adalah kenyataan berniat yang tidak menggambarkan situasi sebenar kepada umum. 

“Kenyataan dibuat SIRIM telah menimbulkan keraguan yang tidak menggambarkan keadaan sebenar yang terjadi kepada umum. Tindakan itu berpotensi menimbulkan fitnah yang merosakkan reputasi, integriti dan kebolehpercayaan awam secara umum oleh stokis, agen serta pengguna terhadap Skin Dessert. 

“Kenyataan agensi itu menyebabkan masyarakat mempunyai persepsi Skin Dessert ada agenda tersembunyi dan jenama Skin Dessert tidak boleh dipercayai. 

“Untuk makluman juga, produk ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ yang dibatalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Oktober 2022, sudah dihentikan pengeluaran dan produksi akhir produk itu adalah pada Disember 2021. 

“Skin Dessert sudah menarik balik produk ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ daripada pasaran dan dihentikan pengeluaran pada Disember 2021 melalui satu MEMO yang disiarkan menerusi platform sosial media rasmi Skin Dessert. 

“Produk ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer’ adalah produk baharu yang menggantikan ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ iaitu produk yang dihantar kepada SIRIM untuk membuat ujian keselamatan,” katanya lagi. - Getaran, 22 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 bulan yang lalu

Dr Cute International Labur RM30 Juta Bagi Martabat Industri Kosmetik, Kesihatan Tempatan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Batal Notifikasi 4 Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Armila Beauty Miliki Racun Berjadual, Notifikasi Ditarik Semula - KKM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

2 Produk Dikesan Miliki Racun Berjadual, Boleh Rosakkan Buah Pinggang, Sistem Saraf 

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

oleh Rahayu MN

Refleksi 9 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah