web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dr Cute International Labur RM30 Juta Bagi Martabat Industri Kosmetik, Kesihatan Tempatan

Pemeteraian memorandum perjanjian dengan Cell Tissue Technology Sdn Bhd dan Universiti Kebangsaan Malaysia bantu hasilkan produk yang selamat, berkualiti, selain mampu bersaing di peringkat antarabangsa

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2024 4:15PM

gambar Dr Cute

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dr Cute International Sdn Bhd (Dr Cute), baru-baru ini menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan Cell Tissue Technology Sdn Bhd dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi memberi tumpuan kepada penggunaan teknologi perubatan terkini untuk penyelidikan mengenai produk akan datang.

Pengasas Dr Cute International Sdn Bhd, Dr Abdullah Alias berkata, kerjasama ini diharapkan dapat menghasilkan lebih banyak produk kosmetik dan suplemen kesihatan yang selamat, berkualiti dan mampu bersaing di tahap antarabangsa. 

Bahkan, membantu lebih banyak jenama kosmetik tempatan untuk menghasilkan produk yang berkualti, selamat dan berkesan atau dengan kata lain bebas daripada bahan-bahan berbahaya. 

“Memandangkan Malaysia kurang dikenali dalam bidang sel stem dan terapi tisu, Dr Cute mengambil peluang yang ada untuk sama-sama berkhidmat sebagai penyelidik utama untuk projek canggih ini.

“Ini adalah bukti komitmen syarikat kami untuk memajukan penjagaan kulit melalui inovasi perubatan. Selepas ini setiap produk yang kami pasarkan adalah produk yang dihasilkan daripada penyelidikan di bawah perjanjian ini, di mana ia turut melibatkan ujian klinikal,” ujar Dr Abdullah atau lebih mesra disapa sebagai Dr Cute. 

Tambah beliau lagi, Dr Cute akan melaburkan dana sejumlah RM30 juta untuk tempoh tiga tahun bagi menghasilkan produk yang setanding dengan kualiti produk antarabangsa.

 "Kami mahu mengubahkan persepsi pengguna Malaysia yang skeptikal dengan kualiti produk penjagaan wajah atau kosmetik jenama tempatan.

“Sebagai seorang doktor dalam bidang ini, kolaborasi ini bukanlah bersandarkan kepada keuntungan semata-mata, tetapi mahu mentakrifkan semula standard penjagaan kulit.”

“Kerjasama ini menandakan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk merintis kemajuan yang mengutamakan kesejahteraan pengguna kami. Dalam usaha mendalami bidang teknologi perubatan, kami menyasarkan untuk mencipta formulasi yang merangkumi keselamatan dan kecemerlangan,” ujar beliau.

Sementara itu, Pengarah Urusan Cell Tissue Technology Sdn Bhd, Dr Khairul Idzwan Baharin berkata, pihaknya berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama bersama Dr Cute. 

Pengarah Urusan Cell Tissue Technology Sdn Bhd, Dr Khairul Idzwan Baharin.
Pengarah Urusan Cell Tissue Technology Sdn Bhd, Dr Khairul Idzwan Baharin.

“Biarpun saya sebenarnya agak gentar dengan cabaran ini, kerana bidang kejuteraan tisu ini adalah satu cabang yang besar, di mana bidang kecantikan dan kesihatan ini adalah salah satu daripadanya. 

“Tetapi saya yakin bersama-sama Dr Cute kami mampu untuk mendapat hasil terbaik. Diharapkan dengan kerjasama ini, kami dapat memperkenalkan produk kecantikan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” ujar Dr Khairul Idzwan.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Dr Cute turut mempersembahkan malam gala eksklusif sempena meraikan ulang tahun ketiganya.

Acara yang diadakan di Wyndham Grand Hotel Bangsar Kuala Lumpur itu mempamerkan perjalanan luar biasa syarikat, dan memberi insentif kepada stokis atau usahawan yang berjaya meraih jualan tertinggi.

Pelbagai persembahan telah disusun, termasuklah persembahan hebat daripada penyanyi popular, Dayang Nurfaizah. 

Untuk makluman, walaupun produk DrCute masih baharu dalam pasaran Malaysia, tetapi ia sudah berjaya menembusi pasaran Singapura dan Brunei.

Pengasas Dr Cute International Sdn Bhd, Dr Abdullah Alias.
Pengasas Dr Cute International Sdn Bhd, Dr Abdullah Alias.

Ikuti akaun TikTok Dr Cute  untuk mendapatkan tip kecantikan, khususnya penjagaan kulit wajah serta promosi terkini.

Malah, Dr Cute juga membuat ulasan mengenai beberapa jenama produk rawatan kulit yang terdapat di pasaran.  

Serba sedikit mengenai latar belakang Dr Abdullah Alias atau Dr Cute, beliau adalah anak jati Johor, yang juga doktor perubatan bertauliah, selain pakar estetik. 

Mempunyai pengalaman luas dan cukup berdedikasi terhadap amalan kecantikan yang selamat, Dr Cute sering berkongsi pandangan bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penggunaan produk yang mengandungi merkuri.

Sejak melancarkan produk jenama sendiri, Dr Cute terus berinovasi untuk mencipta produk penjagaan kulit premium yang boleh mampu dimiliki oleh semua golongan masyarakat. – Getaran, 18 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Promosi Judi Dalam Talian, 27 Pempengaruh Ditahan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KKM Batal Notifikasi 4 Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual

3

Semasa 3 tahun yang lalu

2 Produk Dikesan Miliki Racun Berjadual, Boleh Rosakkan Buah Pinggang, Sistem Saraf 

4

Semasa 3 tahun yang lalu

JKNT Rampas Ubatan, Kosmetik Tidak Berdaftar Bernilai Hampir RM1 Juta

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 15 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN