web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JKNT Rampas Ubatan, Kosmetik Tidak Berdaftar Bernilai Hampir RM1 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 7:26AM

Produk paling banyak dirampas ialah ubat-ubatan termasuk pil pelangsingan badan dan ubat perangsang seks - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merampas sebanyak 544 jenis produk kosmetik dan ubat-ubatan tidak berdaftar bernilai RM954,727 sepanjang tahun lepas.

Pengarahnya Datuk Dr Kasemani Embong berkata rampasan menerusi 121 siri serbuan oleh Cawangan Penguatkuasaan, Bahagian Farmasi JKNT, itu dilakukan hasil aduan orang awam dan risikan melibatkan premis perniagaan, kenderaan dan rumah yang dijadikan pusat jualan atau tempat simpanan barang.

"Bagaimanapun jumlah itu turun berbanding tempoh 2019 hingga 2020 yang merekodkan rampasan 1,231 jenis produk dengan nilai RM1.19 juta.

"Produk paling banyak dirampas ialah ubat-ubatan termasuk pil pelangsingan badan dan ubat perangsang seks," katanya selepas merasmikan Program Gerak Gempur Cakna Ubat Tahun 2023 di sini, hari ini.

Dr Kasemani berkata JKNT juga telah mengeluarkan denda sebanyak RM282,450 di bawah Akta Jualan Dadah 1952, Akta Racun 1952 (Pindaan) 2022 dan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 bagi tempoh 2021 hingga 2022.

Menurut beliau selain aduan orang ramai, pihaknya juga mempunyai pasukan khas yang memantau aktiviti jualan dan pengiklanan produk kosmetik serta ubat-ubatan yang tidak berdaftar secara dalam talian.

"Di JKNT, kita mempunyai 23 petugas termasuk pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab dalam aktiviti penguatkuasaan farmasi. Dengan kekuatan ini, kita mampu menjalankan antara lima hingga enam serbuan sebulan," katanya.

Dalam pada itu Dr Kasemani menasihati orang awam supaya memeriksa status ubat-ubatan dengan KKM sebelum membeli bagi tujuan keselamatan.

"Pengguna boleh menyemak status pendaftaran produk melalui laman sesawang KKM atau muat turun aplikasi FarmaChecker daripada Google Playstore atau App Store bagi memeriksa ketulenan sesuatu produk ubat dengan cepat dan tepat," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Promosi Judi Dalam Talian, 27 Pempengaruh Ditahan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

268 Topi Keledar Tiruan Jenama ARAI Disita

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Dr Cute International Labur RM30 Juta Bagi Martabat Industri Kosmetik, Kesihatan Tempatan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad