web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


268 Topi Keledar Tiruan Jenama ARAI Disita

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2024 8:22AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas 268 unit topi keledar disyaki salinan langganan karya seni ARAl bernilai RM70,240 dalam serbuan di sebuah premis menjual aksesori motosikal di Bukit Mertajam, semalam.

Pengarah KPDN negeri S. Jegan berkata serbuan dilakukan sepasukan pegawai KPDN bersama wakil pemilik hak cipta kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Hak Cipta 1987.

"Hasil pemeriksaan di premis tersebut telah menyita topi keledar jenama TSR yang mengandungi tanda karya seni ARAI sebanyak 268 unit terdiri daripada pelbagai model antaranya Nakano Shukiken Silver, Black Samurai dan Oriental Blue.

"Kesemua topi keledar dirampas melibatkan jumlah sitaan dianggarkan bernilai RM 70,240," katanya.

Jegan berkata KPDN Pulau Pinang memberi amaran keras terhadap mana-mana individu atau syarikat berkaitan supaya sentiasa mematuhi perundangan ditetapkan.

Beliau berkata mana-mana pihak yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Hak Cipta 1987 dan boleh didenda tidak lebih RM20,000 bagi setiap salinan langgaran atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan berikutnya, denda sehingga RM40,000 bagi setiap salinan langgaran atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan. -
BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengurus Kelab Malam Dipenjara 2 Hari, Denda RM17,000 Memandu Ketika Mabuk

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Wanita Rugi RM183,100 Diperdaya Sindiket Love Scam

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

oleh Sophia Ahmad