web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Had Waktu Operasi Kedai Makan Sepanjang Ramadan - Dr Mohamad

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2024 8:35AM

Peniaga diingatkan agar menghormati kemuliaan Ramadan - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang membenarkan peniaga menjalankan perniagaan makanan sepanjang bulan Ramadan tanpa had waktu operasi dengan syarat menghormati kemuliaan bulan tersebut.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata tiada had waktu operasi yang ditetapkan dan peniaga makanan tidak perlu hanya membuka perniagaan bermula waktu petang sehingga ke malam.

"Mereka (peniaga) boleh berniaga dari pagi. Bagaimanapun, dari sudut respek Ramadan ini, orang awam tidak dibenarkan makan di khalayak ramai.

"Sebab itu kami lancarkan program ini kerana kami faham, akan ada uzur syarie. Maknanya dia beli, bawa balik dan makan di rumah.

"Dia (uzur syarie) tak boleh makan di khalayak ramai, itu pun boleh tangkap kerana tidak menghormati Ramadan," katanya selepas melancarkan Kempen Respek Ramadan dan Operasi Bersepadu Bulan Ramadan di Masjid Jamek Kampung Rawa, di sini semalam.

Turut hadir Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Alamin Majok.

Menurut Mohamad, Pulau Pinang mempunyai enam daerah di bawah pentadbiran agama Islam, jadi operasi akan dijalankan dengan meletakkan penguat kuasa di setiap daerah untuk menjalankan pemantauan setiap hari.

Beliau berharap dengan menguar-uarkan Kempen Respek Ramadan dan Operasi Bersepadu ini dapat dijadikan satu bentuk pencegahan dalam kalangan masyarakat yang beragama Islam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad