web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

Video & Galeri Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2026 8:52PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam sekeluarga termasuk bayi berusia enam bulan, maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori ‘tipper’ dan kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kampung Baru Pinang Tunggal, Tikam Batu, kira-kira 11.8 kilometer dari Kepala Batas, Pulau Pinang.

Penolong Penguasa Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Fauzi Shuaib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.46 petang tadi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori membawa muatan seberat 10 tan dan sebuah Proton X50 dinaiki tujuh individu termasuk seorang bayi.

“Enam mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM), manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Empat daripada mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Shafiq Ahmad Shukri, 27; Nora Mhd Husin, 55; Jamaliah Sannusi, 27; dan Ahmad Fahim Ahmad Shukri, 21.

Beliau berkata, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun serta seorang bayi berusia enam bulan yang jantinanya masih belum dikenal pasti turut terkorban dalam nahas berkenaan.

“Sementara itu, kanak-kanak yang cedera parah pula dikenali sebagai Aulia Sofea Ahmad Shafiq, 3," katanya.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Rakaman kamera papan pemuka tragedi tersebut boleh disaksikan menerusi pautan https://www.facebook.com/share/v/1H1So6C1EW/?mibextid=wwXIfr - Getaran, 7 Jun 2026

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 3 jam yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Samun, Tendang Wanita Warga Emas 

oleh Sophia Ahmad