Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia - Rwanda Sepakat Perluas Kerjasama, Fokus Industri Halal Dan Minyak Sawit

Ekonomi Dikemaskini 2 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Apr 2024 9:05PM

Perdana Menteri ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Paul Kagame - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Rwanda sepakat mahu memperkukuh serta memperluas kerjasama perdagangan kedua negara yang kini bernilai AS$25 juta (RM119 juta), khususnya dalam industri halal dan minyak sawit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dan Presiden Paul Kagame turut membincangkan ruang kerjasama baharu untuk diteroka.

Perdana Menteri (tiga, kanan) di Sesi Pembukaan Pleno WEF - gambar PMO
Perdana Menteri (tiga, kanan) di Sesi Pembukaan Pleno WEF - gambar PMO

Menurut beliau, ia termasuk pengurusan risiko bencana, perancangan bandar dan digitalisasi, pelancongan, pembangunan kapasiti sumber manusia serta industri halal.

“Di sela-sela Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) hari ini, saya sempat mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Kagame.

“Presiden Kagame adalah antara individu yang telah membawa kestabilan di Rwanda apabila menamatkan perang dan perselisihan dalaman selama bertahun-tahun yang melemah dan memusnahkan negara itu,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Jelas Perdana Menteri, pertemuan selama hampir 30 minit itu tidak ketinggalan menyentuh pelbagai perkara penting lain antaranya pendidikan dan pelancongan.

“Saya juga ambil kesempatan mengalu-alukan Presiden Kagame untuk berkunjung ke Malaysia selepas kali terakhir beliau datang ke negara kita adalah lebih 20 tahun lalu,” katanya.

Terdahulu, Anwar menzahirkan penghargaan buat kerajaan Arab Saudi kerana mengadakan mesyuarat penting tersebut walaupun berdepan  ketegangan geopolitik serantau.

Katanya, Arab Saudi semakin mendapat perhatian dunia, khususnya daripada negara-negara Islam apabila mula mengorak langkah menerajui aspek kemajuan, globalisasi, transformasi digital, dan peralihan tenaga.

“Dalam ucapan, saya nyatakan betapa Malaysia sebuah negara yang bertuah dengan ekonomi yang kembali bertumbuh pesat serta menikmati keamanan dan kestabilan politik, ketimbang negara-negara lain yang masih berdepan kegawatan politik dan ekonomi yang kritikal.

“Namun saya tegaskan bahawa kita masih perlu belajar dari pengalaman dan kelemahan lampau terkait budaya rasuah yang sistemik serta jurang antara golongan miskin dan mahakaya yang masih melebar,” katanya.

Tegas Anwar, semua kelemahan itu mendorong mendorong Kerajaan MADANI memberi tumpuan penuh terhadap usaha memperbaiki tatakelola dan tanggungjawab fiskal, bagi memastikan rakyat Malaysia menikmati kemakmuran berpanjangan dan kualiti hidup yang lebih baik.

“Di hadapan pemimpin dunia dan perniagaan, saya turut berkongsi strategi dasar luar Malaysia yang berjaya membina hubungan yang baik serta mengimbangi pengaruh kuasa besar ekonomi dunia antara Amerika Syarikat dan China menerusi pendekatan bijaksana. 

“Meskipun Malaysia amat mengalu-alukan pelaburan, namun kita tidak menggadaikan prinsip dan tegas dalam pendirian terkait isu geopolitik dunia. Malaysia tidak tunduk pada provokasi, syarat dan tekanan semata-mata demi perjanjian perdagangan,” katanya. - Getaran, 28 April 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 13 jam yang lalu

PRK KKB: Kemenangan PH Beri Isyarat Untuk Terus Kerja Kuat Tarik Pelabur, Perkuat Ekonomi - Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

3

Semasa 2 hari yang lalu

Miskin Tegar Di Terengganu Akan Dinoktahkan Dalam Tempoh 2 Bulan

4

Semasa 3 hari yang lalu

Malaysia Harus Rebut Peluang Untuk Lakukan Pembaharuan Dalam Penyelidikan Klinikal - PM

Sorotan

1

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

2

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

3

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

4

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

5

Mendiang Mutang Dikebumi Isnin

6

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi