web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Harus Rebut Peluang Untuk Lakukan Pembaharuan Dalam Penyelidikan Klinikal - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2024 12:11PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia harus merebut peluang, berusaha untuk melakukan pembaharuan, dan menghapuskan halangan kepada penyelidikan klinikal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ia adalah cara untuk menjadikan penyelidikan klinikal negara terus bergerak maju, dan ia mesti diterjemahkan dalam bentuk kemudahan menjalankan perniagaan, dengan menambah baik garis masa dan mengurangkan proses birokrasi yang tidak perlu, dan pada masa yang sama mengekalkan kualiti dan standard kita.

"Peluang pelaburan untuk industri penyelidikan klinikal mesti dipermudahkan dan peraturan serta dasar dikemas kini untuk kekal relevan dengan keperluan pasaran semasa.

"Kerajaan Malaysia mengiktiraf perkadaran nilai untuk menjadikan negara ini hab percubaan klinikal global, serta kualitatif sumbangannya kepada penjagaan kesihatan," katanya.

Anwar berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada majlis perasmian persidangan CRM Trial Connect 2024 anjuran Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM) di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan menghargai pelaburan yang dibuat dan sentiasa berusaha untuk memberikan faedah nilai tambah kepada pelabur dalam industri penyelidikan klinikal di negara.

"Pasaran percubaan klinikal global bernilai lebih AS$80 bilion pada 2023, dengan unjuran pertumbuhan 6.5 peratus setiap tahun. Separuh daripada jumlah ini kini sangat tertumpu di rantau Asia-Pasifik, terutamanya di China, Korea Selatan, Jepun dan Australia.

"Sehubungan itu saya percaya bahawa negara-negara Asia Tenggara kini adalah gergasi yang sedang tidur; kerana secara keseluruhannya, ia adalah salah satu lokasi yang paling pelbagai, dilengkapi dengan tenaga kerja mahir dan infrastruktur sokongan," katanya.

Beliau berkata apabila industri penyelidikan klinikal berkembang, perkhidmatan sokongan seperti organisasi penyelidikan kontrak (CRO), makmal, kilang pembuatan dan perkhidmatan logistik juga akan menyaksikan perkembangan pesat.

"Di sinilah lebih ramai tenaga kerja mahir diwujudkan untuk menyokong keperluan industri. Kita telah lihat perkara ini di PAREXEL Malaysia, yang menyaksikan Pusat Pengurusan Datanya ditubuhkan untuk menyokong rantau ini.

"Selain itu dengan penubuhan Hematogenix - makmal onkologi pusat dengan Malaysia sebagai satu daripada hanya empat lokasi global - telah menyumbang kepada pengambilan saintis dan bioinformatika di negara ini," katanya.

Beliau berkata nilai sosio-ekonomi yang dibawa oleh penyelidikan klinikal memberi kesan poasitif, dengan lebih 2,700 pekerjaan mahir direkodkan dalam bidang itu tahun lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad