web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Marriott Bonvoy Lancar Lagu Dan Video Muzik Bersama Alif Satar & The Locos

Lagu berjudul ‘Kumandang’ itu julung-julung kali dilakukan untuk kempen Marriott International di Malaysia

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2024 8:06PM

Foto : Marriot International

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Marriott International di Malaysia melancarkan lagu dan video muzik ‘Kumandang’, hasil kerjasama pertama seumpamanya dengan artis popular, Alif Satar & The Locos untuk mempamerkan kecemerlangan hospitaliti Marriott melalui kuasa muzik.

Kempen ini bermula sebagai pertandingan mencipta lagu yang penuh semangat untuk rakan kongsi portfolio hotel dan resort Marriott Bonvoy di Malaysia. Diiilhamkan daripada budaya perkhidmatan Marriott dan tujuh prinsip hospitalitinya iaitu kehangatan dan sambutan, perhatian, kecekapan, empati, komunikasi, fleksibiliti dan konsistensi. 

Daripada lebih 35 penyertaan yang mengagumkan, Fairfield by Marriott Bintulu Paragon muncul sebagai pemenang dan mereka diberi peluang muncul dalam video muzik ‘Kumandang’ bersama Alif Satar & The Locos.

Naib Presiden Kawasan, Indonesia & Malaysia, Marriott International, Ramesh Jackson berkata, Marriott telah menjalankan perniagaan di Malaysia sejak 1996, ketika hospitaliti Malaysia berada di puncak dan terkenal di seluruh dunia. 

“Kami dikenali kerana sentiasa inginkan yang terbaik untuk melayani tetamu kami. Semua yang kami lakukan adalah daripada hati, dengan rasa bangga dan bersemangat, dan sentiasa dengan senyuman.

“Kami perlu diingatkan tentang kualiti yang menjadikan siapa kami pada hari ini. Dalam erti kata yang lebih mudah, kami mahu menjadi yang terbaik dan menjaga tetamu kami sebagaimana yang sepatutnya.

“Malaysia mengalu-alukan ketibaan hampir enam juta pelancong asing pada suku pertama tahun ini, pertumbuhan sebanyak 32.5% berbanding tahun lalu. Pada 2025, 32 juta pelancong dijangka tiba.

“Kini, lebih daripada sebelumnya, adalah penting untuk menghidupkan semula semangat hospitaliti Malaysia dan kerjasama ini adalah komitmen berterusan hotel dan resort kami untuk menerima ketibaan tetamu, memupuk hubungan yang mendalam, dan memperjuangkan kecemerlangan hospitaliti,” katanya.

‘Kumandang’ akan diikuti dengan kempen Marriott Bonvoy Be Bus, sebuah inisiatif penjenamaan majikan Marriott International yang akan datang. Ini juga merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia kerana Marriott International memulakan jerayawara di seluruh negara untuk memberi peluang pekerjaan kepada calon-calon yang berpotensi.

Majlis pelancaran ‘Kumandang’ yang diadakan pada Jumaat lalu, selain diserikan dengan kehadiran Alif Satar & The Locos, ia juga turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Manoharan Periasamy. - Getaran, 12 Mei 2024.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Selepas Jumpa Kembar Wanita Iras Wajahnya, Alif Dan Versi Alif Bertudung Sama-Sama Makan Satay

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pernah Kena ‘Boo’ dengan 2,000 Penonton, Alif Satar Dedah Perjalanan Awal Jadi Artis

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN