web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas Jumpa Kembar Wanita Iras Wajahnya, Alif Dan Versi Alif Bertudung Sama-Sama Makan Satay

Menerusi video pendek di Instagram, Alif bersama kembar seirasnya itu menikmati Alif Satay dengan beberapa aksi yang melucukan. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 4:00PM

Tangkap layar video TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memiliki wajah persis selebriti tanah air, penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar, seorang gadis tular telah dilabel sebagai ‘versi Alif bertudung’.

Gadis berkenaan tular di media sosial selepas melakonkan watak figura serba boleh, Alif Satar dalam satu video klip parodi menggunakan lagu ‘Lelaki Seperti Aku’ bersama rakan-rakannya.

Disebabkan tular videonya, ia turut menarik perhatian Alif untuk mencari kembar seirasnya itu dan selepas berjaya menemuinya, Alif Satar menerusi satu perkongsian video ringkas telah memperkenalkan gadis berkenaan kepada pengikutnya di TikTok.

Tidak terhenti di situ, Alif turut dilihat melakukan video pemasaran bagi perniagaan satay dengan pelanduk dua serupanya itu dan ia telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi video pendek di Instagram, Alif bersama gadis itu dilihat telah  menikmati Alif Satay dengan beberapa aksi yang melucukan. Mereka sama-sama menyanyikan lagu ‘Lelaki Seperti Aku’ sambil mempromosikan satay tersebut.

“Nampak sama, tapi bukan dia. Korang yang nak cuba, boleh tengok lokasi stall kami di Instagram kami okay!,” tulis Alif di kapsyen video berkenaan.

Video yang mencuit hati berkenaan meraih lebih 3.7 juta tontonan dan lebih 400 ribu ‘likes’ di media sosial.

Meninjau ke ruang komen, rata-rata netizen menyukai gandingan Alif bersama klon perempuan yang seakan sama dengannya itu.

Ramai yang berpendapat wajah mereka benar-benar seiras dan Alifah cukup bertuah kerana disebabkan wajah seirasnya dengan Alif itu, dia berjaya mendapat ‘job’ dan menjadi selebriti.

Malah ada pula yang mengatakan  pengarah tidak perlu susah-susah jika mahu tampilkan cerita cari watak adik untuk Alif. Tidak kurang juga yang menyarankan Alif supaya cuba mengenakan hijab.

Rakan-rakan selebriti  dilihat turut memberi meninggalkan komen di video berkenaan. Antaranya, Sherry Alhadad: ‘Wei Sama lah shebah!’.

Turut dilihat, beberapa selebriti lain seperti, Puteri Aishah, Ummi Nazeera, Uyaina Arshad dan ramai lagi berkongsi komen ringkas seperti ‘sama’, ‘2x5’ dan serupa. - Getaran, 29 Mac 2023.

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Marriott Bonvoy Lancar Lagu Dan Video Muzik Bersama Alif Satar & The Locos

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pernah Kena ‘Boo’ dengan 2,000 Penonton, Alif Satar Dedah Perjalanan Awal Jadi Artis

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 17 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN