web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Miskin Tegar Di Terengganu Akan Dinoktahkan Dalam Tempoh 2 Bulan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2024 8:10AM

Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 peringkat negeri Terengganu. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Kerajaan Persekutuan berazam untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Terengganu dalam tempoh dua bulan akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata setakat 2 Mei, terdapat sebanyak 1,663 keluarga di negeri ini masih berada dalam kelompok miskin tegar.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata agensi Kerajaan Persekutuan telah diarahkan untuk membuat gerak kerja dengan kerajaan negeri, bagi memastikan kemiskinan tegar di Terengganu dapat dinoktahkan dalam tempoh yang diberikan itu.

"Takkanlah dengan kekayaan seluruh agensi, (dan) kementerian tidak boleh tolong lebih 1,000 keluarga ini supaya selamat daripada miskin tegar. Maknanya tidak cukup makan, tidak ada pakaian untuk anak-anak dan susah untuk beli uniform (pakaian seragam) untuk anak-anak ke sekolah.

"Dengan syarat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu bekerjasama sepenuhnya untuk menoktahkan kemiskinan tegar ini," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Terengganu di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Majlis anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bersama Kerajaan Negeri Terengganu itu, dimeriahkan dengan kehadiran lebih 15,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur.

Dalam pada itu, Anwar menyeru kepada rakyat khususnya di Terengganu supaya menolak tomahan kononnya Kerajaan Persekutuan tidak memberi perhatian kepada negeri tersebut, kerana ia ditadbir oleh pihak pembangkang.

Malah beliau berkata Kerajaan Persekutuan sentiasa memberi keutamaan, serta mengarahkan supaya projek-projek untuk kepentingan rakyat di negeri ini termasuk tebatan banjir, pendidikan, kesihatan, keselamatan dan prasarana disegerakan.

"Kalau tidak, MADANI ini tiada maknanya jika tidak diberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat," katanya.

Anwar berkata kerajaan pusat juga sentiasa melakukan pemantauan, bagi memastikan projek-projek di Terengganu seperti tebatan banjir dilaksanakan mengikut jadual.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyeru kepada kerajaan negeri supaya berbincang dengan pihak berkaitan seperti Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri mengenai potensi pelaburan domestik dan asing yang boleh dibawa masuk ke Terengganu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad