web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2024 12:39PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANG: Sembilan tahun melayari bahtera perkawinan dengan Datuk Seri Adnan Abu, penyanyi Adira Suhaimi kini sah bercerai talak satu.

Portal BH Online melaporkan, lafaz talak itu dibacakan Adnan, 46, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, pagi tadi di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar.

Ia dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan Adira selaku plaintif mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Mahkamah kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 33, menjalani tempoh edah selama tiga kali suci, selain mendaftarkan perceraian.

Adira yang juga isteri kedua berkahwin dengan Adnan di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Pelantun lagu Pujaan Hati dan Takdir Tercipta itu memfailkan perceraian pada 25 Oktober tahun lalu, dengan alasan tiada persefahaman. Beliau pernah memfailkan perceraian pada 2019, tetapi permohonan itu ditarik balik demi anak-anak.

Adira ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat. - gambar media sosial
Adira ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat. - gambar media sosial
Datuk Seri Adnan Abu tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5. - gambar media sosial
Datuk Seri Adnan Abu tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5. - gambar media sosial

Pada 5 Mac lalu, Adira dan Adnan hadir di mahkamah untuk keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik Adira dan suaminya berhubung proses perceraian mereka.

Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk lantikan hakam, namun kedua-dua pihak bersetuju bercerai secara baik berdasarkan terma.

Sepanjang perkahwinan Adira dan Adnan, pasangan itu dikurniakan empat anak, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.

Sementara itu, peguam syarie Muhammad Akmal Azman yang mewakili Adnan, memberitahu pemberita bahawa kedua-dua pihak sudah terlebih dahulu berbincang sebelum memutuskan untuk bercerai, hari ini.

"Hari ini, Alhamdulillah kedua-dua pihak bersetuju bercerai secara baik dengan terma perjanjian yang sudah dapat dicapai.

"Antaranya, hak-hak selepas perceraian seperti nafkah sebagainya. Nafkah anak-anak pula mereka akan bincangkan sendiri.

"Saya difahamkan mereka berbincang pada Aidilfitri lalu. Hubungan mereka juga baik dan doakan yang baik-baik buat mereka," katanya.

Mengulas kes perceraian dengan isteri pertamanya, Muhammad Akmal berkata, prosiding akan diteruskan pada Mei depan.

"Mengenai isteri pertama saya tidak bincang lagi dengan Adnan, tapi kes ini akan bersambung pada Mei depan," katanya. – Getaran, 24 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM