web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2024 8:10PM

Tangkap layar seorang warga emas terbaring atas lantai selepas dipukul. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - Hanya kerana dirinya nyanyuk, seorang warga emas dipukul tanpa belas kasihan termasuk dengan menggunakan kayu di sebuah rumah kebajikan baru-baru ini.

Nasib lelaki berusia 70 tahun itu bagaimanapun kini terbela apabila video memaparkan dirinya dimarahi dan dipukul, tular di media sosial yang membawa kepada penahanan dua individu, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Mohd. Azizul Mohd. Khairi, berkata dua individu yang ditahan itu membabitkan seorang lelaki berusia 44 tahun iaitu pemilik rumah kebajikan tersebut serta wanita berumur 36 tahun yang juga pembantu di situ.

"Pihak kami menerima laporan mengenai kejadian itu yang berlaku di Taman Desa Aman, dekat sini kira-kira jam 3.50 petang semalam.

“Susulan itu, pihak kami telah menahan kedua-dua individu berkenaan.

"Siasatan awal mendapati kejadian itu disebabkan mangsa dianggap sering mendatangkan masalah disebabkan nyanyuk. Polis masih menyiasat jika terdapat mangsa lain yang turut dipukul di rumah kebajikan itu," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, denda atau sebat.

"Orang ramai dinasihati tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu kerana siasatan masih berjalan.

“Kami menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim," katanya.

Terdahulu, satu klip video berdurasi 58 saat yang dimuat naik seorang pengguna Facebook, yang memaparkan seorang lelaki warga emas yang kelihatan uzur dan tidak berbaju pada mulanya dimarahi sebelum dipukul oleh seorang wanita.

Pada penghujung klip video itu kelihatan warga emas itu sudah terbaring di satu ruang luar yang terlindung dari pandangan orang ramai.

Kejadian itu dirakam seorang individu yang tidak diketahui identitinya dari jauh dengan perakam juga seolah-olah menegur tindakan wanita berkenaan dalam bahasa Tamil, namun tidak dipedulikan.

Individu berkenaan, melalui keterangan yang dimuat naik bersama klip video tersebut mendakwa, dia menerima panggilan dari orang awam yang memaklumkan ramai lagi warga emas dipukul dan didera di situ.

Justeru dia memohon Jabatan Kebajikan Masyarakat memantau semua pusat jagaan berdaftar supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta membatalkan lesen sekiranya berlaku kejadian sedemikian. – Getaran, 25 April 2024.

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 43 minit yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Singapura 14 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad