web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuaca Panas, Lebih Baik Sarung Pakaian Fabrik Linen

Koleksi linen Marks & Spencer mementingkan keselesaan dan tak lapuk ditelan zaman

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2024 8:10AM

Koleksi linen untuk lelaki

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cuaca Malaysia yang kerap panas dan kering menuntut pemilihan pakaian yang sesuai agar pergerakan kita pada setiap hari tidak terbatas atau mengundang ketidakselesaan.

Selain fabrik kapas, fabrik linen juga adalah pilihan yang baik kerana fabrik ini sangat selesa dan sejuk! Fabrik linen diperbuat daripada gentian yang berasal daripada batang tumbuhan ini bersifat tahan lasak, tahan lama, ringan dan mudah kering, menjadikannya pilihan terbaik untuk mereka yang cepat berpeluh!

Selain itu, ia juga mudah dijaga. Walaupun dibasuh menggunakan mesin, ia tidak rosak. Malah, ia juga mesra alam kerana boleh dikitar semula. Dek itulah jua, banyak jenama fesyen antarabangsa yang menggunakan linen untuk koleksi mereka. 

Jadi, jika anda salah seorang yang mahu menambah koleksi pakaian untuk digayakan di musim panas luar biasa ini, carilah yang diperbuat daripada fabrik linen. Boleh dapatkan di Marks & Spencer kerana jenama ini baharu sahaja melancarkan koleksi linen terkini mereka. 

Koleksi linen wanita
Koleksi linen wanita

Direka untuk mereka yang inginkan keanggunan yang tidak lapuk dek zaman, koleksi ini menyatukan gaya dan fungsi dengan lancar, memastikan anda sentiasa bergaya dan selesa sama ada di rumah mahupun dalam perjalanan. 

Dengan jaminan nilai yang dipercayai dalam setiap pembelian, anda boleh melangkah yakin dengan gaya yang berbeza daripada biasa. Janji Marks & Spencer, setiap item dalam koleksi linen baharu yang dihasilkan menawarkan keseimbangan yang sempurna antara keselesaan dan gaya, jadi anda boleh mengekspresi keunikan diri dengan penuh keyakinan.

Antara kelebihan yang dimiliki oleh koleksi linen ini ialah ia menampilkan teknologi ‘Cool Comfortâ„¢’ yang  inovatif bagi memastikan si pemakai kekal sejuk dan segar walaupun pada hari yang paling panas. 

Malah, ia juga direka dengan ciri Easy Iron untuk memudahkan rutin harian anda, jimat masa untuk digosok. Dengan pelbagai gaya dan potongan, dari yang beralun hingga yang terletak kemas pada tubuh badan, ada sesuatu yang ditawarkan untuk setiap citarasa dan majlis.

Manjakan Diri Dengan Kemewahan Minum Petang British 

Selain membawakan koleksi linen, Marks & Spencer juga menjemput anda untuk manjakan diri dengan kemewahan minum petang British. Terdapat pelbagai pilihan teh dan hidangan lazat yang diperolehi daripada petani dan koperasi di seluruh dunia. 

Alami keanggunan tradisi British dengan setiap tegukan dan gigitan, yang dirancang rapi untuk menjadikan pengalaman membeli-belah dan hari anda lebih menarik. Hidangan minum petang Marks & Spencer dihasilkan daripada bahan-bahan terbaik, menawarkan pelbagai perisa untuk menggembirakan tunas rasa. 

Set minum petang
Set minum petang

Jadi jika anda singgah ke stor mereka, ambillah masa untuk pilih dan padankan teh-teh lazat mereka dengan dengan rangkaian biskut  eksklusif untuk menikmati minum petang yang sempurna.

Layari laman web Marks & Spencer untuk maklumat lanjut tentang produk dan tawaran yang menanti. - Getaran, 5 Mei 2024

Foto : Marks & Spencer

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 4 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN