web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cukai Hiburan: Jangan Rompak Hak Warga Seni!

Terdapat pihak yang dikatakan tidak telus dalam sistem pengagihan cukai hiburan sehingga duit berkenaan tidak sampai ke tangan warga industri.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 8:05PM

Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika warganet sibuk meraikan kegilaan sambutan filem biografi epik sejarah Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, pendedahan yang dikongsikan pengarah dan penerbit Asmawi Ani menerusi sebuah video mencuri perhatian sehingga menimbulkan perbincangan hangat di laman sosial.

Dalam video berdurasi kurang daripada tiga minit itu, Mawi mendedahkan realiti yang perlu dibayar oleh pihak penerbit filem di Malaysia termasuklah 25 peratus hasil kutipan filem untuk cukai hiburan. Beberapa hari lalu, ahli parlimen Muar, Syed Saddiq turut mencadangkan agar cukai hiburan ini dipotong untuk membantu lebih ramai penggiat seni.

Namun begitu, rata-rata tidak memahami signifikan cukai hiburan yang dikenakan pihak kerajaan. Hasil 25 peratus daripada kutipan ini sepatutnya disalurkan semula kepada badan dan persatuan hiburan berkaitan bagi  merangka sebarang pelan demi memajukan industri perfileman. 

Kepincangan timbul apabila cukai sehingga 25 peratus ini tidak dipulangkan dan dinikmati oleh warga industri seni negara. Terdapat beberapa pihak khususnya kerajaan negeri didakwa merompak hak yang sepatutnya diberikan kepada anak seni tempatan untuk tujuan lain seperti kerja perparitan atau penurapan jalan.

Zed Zaidi - Gambar Fail
Zed Zaidi - Gambar Fail

“Cukai hiburan adalah kutipan khas yang dilakukan untuk membantu warga seni. Namun begitu, masalah timbul apabila cukai yang dikutip ini telah dirompak kerajaan negeri dan tidak diserahkan kepada kerajaan persekutuan dan persatuan yang terlibat. 

“Duit yang sepatutnya menjadi hak warga seni ini digunakan untuk kerja-kerja yang tidak melibatkan pembangunan filem dan industri.

“Dalam kes ini, pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS)  bertanggungjawab dalam memperjuangkan dan menekan pihak-pihak yang tidak telus dalam membayaran cukai hiburan ini.  Perkara ini penting bagi memastikan ekosistem industri kita terus hidup,” kata pengerusi Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi ketika dihubungi Getaran.

Freddie Fernandez - Gambar Fail
Freddie Fernandez - Gambar Fail

Turut bersetuju dengan kenyataan itu ialah Datuk Freddie Fernandez yang mewakili Persatuan Karyawan Malaysia.  

“Sudahlah penerbit dan pengarah kita tidak mempunyai modal yang besar dibandingkan filem-filem antarabangsa yang lain, hasil cukai yang sepatutnya digunakan untuk membantu  mereka pun turut tersekat gara-gara sistem yang bobrok.

“Saya berharap agar duit hasil cukai hiburan dapat disalurkan secara telus kepada penggiat seni. Ini kerana filem tempatan kita tidak mempunyai modal dan pulangan yang besar berbanding filem-filem luar negara. Usaha ini akan meneruskan kelangsungan pihak penerbit dan pengarah untuk menghasilkan lebih banyak filem,” katanya.

Bagi pelakon dan penerbit filem Raja Azmi pula, cukai hiburan bukanlah sesuatu yang patut diresahkan pihak penerbit kerana ia merupakan sebuah sistem pembayaran antara penonton dan kerajaan. Setiap pengiraan pencukaian ini sudah termasuk di setiap pembelian tiket.

Namun begitu, penerbit …Anu Dalam Botol itu bersetuju untuk  cukai ini dikurangkan kepada 15 peratus atau dihapuskan sekaligus dengan beberapa syarat.

“Cukai hiburan sebenarnya sudah dibayar sekiranya penonton membeli tiket. Ia antara penonton dan kerajaan. Cumanya saya fikir eloklah sekiranya ia dikurangkan kepada 15 persen. 

“Berkenaan cukai tidak sampai untuk dinikmati oleh warga seni, saya berharap pihak FINAS dapatlah memperjuangkan hal ini. Ini tidak, persatuan dilihat bagai melukut di tepi gantang. Sekejap berfungsi sekejap tidak. Perkara sebeginilah perlu diubah

“Jika kerajaan mahu mansuhkan cukai tersebut pun tidak mengapa namun bayaran dan gaji minimum untuk penggiat seni perlu dinaikkan,”katanya.

Getaran telah cuba mendapatkan respons daripada pihak FINAS, namun setakat hari ini belum ada sebarang komen yang diberikan mereka.

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Kolum 2 tahun yang lalu

Bersediakah Kita Menempuhi Tsunami Cukai Yang Bakal Melanda?

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 6 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.