Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pencipta Belum Tentu Punya Hak Terhadap Ciptaannya Sendiri – Manan Ngah Beri Reaksi Kolum Ad Samad 

Manan Ngah turut kemukakan cadangan dalam mewujudkan ekosistem amalan dan industri muzik yang lebih seimbang terhadap semua pihak khususnya pencipta, pelaku dan pemegang hak karya seni khususnya muzik (3P). 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 12:00PM

Manan Ngah - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Isu royalti (Tan Sri) P Ramlee yang diangkat kolumnis Getaran, Ad Samad dalam rencana artikel bertarikh 1 Februari lalu telah berjaya menarik perhatian ramai karyawan industri muzik tanah air. 

Dalam artikel tersebut, Ad Samad telah mengaitkan tiga kumpulan iaitu syarikat penerbitan music (publisher), Music Authors’ Copyright Protection Berhad (MACP), dan pihak Pengawal Hak Cipta iaitu Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO) sebagai badan yang perlu dipersoal terhadap kemelut isu royalti Seniman Agung yang melibatkan waris-warisnya itu. 

Komposer muzik lagenda dan pemenang anugerah, Manan Ngah turut terpanggil untuk memberikan reaksi terhadap rencana artikel Ad Samad tersebut serta turut menyentuh beberapa perkara serta pandangannya mengenai isu tersebut. 

Menyatakan sokongannya terhadap Ad Samad, Manan Ngah berkata, sebagai seorang komposer yang juga ahli kepada badan pelesenan, dia amat tertarik dengan apa disebut Ad Samad dalam rencananya itu. 

“Apa yang diperkatakan di sini lebih bersandar kepada peruntukan dan perlindungan hak cipta karya dan persembahan sebagaimana termaktub dalam Akta Hak Cipta 1987 Malaysia sedia ada, selain menurut sejarah yang saya sendiri pernah alami. 

“Untuk makluman, dahulu semasa Akta Hak Cipta dalam proses diadakan lalu akhirnya diwartakan  kerajaan pada tahun 1987, saya adalah antara individu yang pernah dijemput menghadiri sesi perbincangan mengenainya. 

“Masih segar diingatan semasa berada dalam majlis tersebut, terdapat pihak-pihak mewakili persatuan dan pihak berkepentingan dalam industri muzik yang kerapnya dipengerusikan oleh (Allahyarham) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, pada ketika itu merupakan KSU Kementerian Perdagangan dan Industri, kalau tak silap saya. 

“Di sebalik jemputan dan atas kapasiti sebagai individu yang mungkin lantaran tahap populariti dan keaktifan saya melahirkan lagu-lagu popular tempatan namun tidak menganggotai mana-mana persatuan seni/muzik ketika itu, rata-rata pihak lain yang hadir adalah wakil syarikat-syarikat rakaman berlabel tempatan dan antarabangsa. 

“Secara kolektif, wakil kepada pihak pencipta, pelaku dan empunya karya asal sesebuah karya muzik yang belum dipindah milik kepada mana-mana pihak boleh dikatakan cukup minima, atau belum ada lagi pada ketika itu,” katanya. 

Jelas Manan Ngah lagi, dalam senario sedemikian, sudah pasti suara hati golongan tersebut yang boleh didengari secara ‘terus’ oleh penganjur dalam proses akta berkenaan diwujudkan, cukup minima ataupun tidak ada. 

“Usaha menubuh badan pelesenan (CMO) yang mentadbir dan mengutip royalti terhadap bahan muzik yang digunakan di khalayak awam pertama Malaysia telah bermula pada tahun 1987 di bawah nama MASRAC. 

“Namun, usaha ini tidak berjaya lalu berkubur atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, menurut situasi semasa itu. Ini terutamanya lantaran pihak kami (di mana saya telah dilantik sebagai pengerusi MASRAC dan badan ini pada awalnya disokong International Confederation of Societies of Authors and Composers – CISAC  yang berpusat di Perancis), telah tidak mendapat sokongan dan penyertaan satu lagi pihak berkepentingan dalam kewujudan sesebuah badan seumpama ini yang menjadi amalan antarabangsa, iaitu (syarikat) penerbit muzik. 

“Menginsafi dan mengambil iktibar dari isu yang melanda Seniman Agong, Tan Sri P.Ramlee sebagaimana disentuh Ad Samad, malah ramai lagi yang lain yang selama ini tidak didendang, saya kemukakan beberapa cadangan berikut untuk pertimbangan khususnya pencipta, pelaku dan pemegang hak karya seni khususnya muzik (di sini saya sebut sebagai “3P”), selain kecaknaan dan tindakan pihak kementerian dan agensi terbabit dalam mewujudkan ekosistem amalan dan industri muzik yang lebih seimbang terhadap semua pihak ,” katanya. 

Antara cadangannya yang dikemukakan Manan Ngah adalah: - 

Keterlibatan dan jemputan langsung golongan 3P dalam sesi dialog penambahbaikan undang-undang/perlindungan berkaitan bahan kreatif terutamanya muzik. Berbanding sekiranya mereka diwakili oleh pihak syarikat rakaman dan syarikat penerbit muzik, wujudnya satu-satu entiti secara kolektif harus lebih berpotensi untuk suara mereka didengar dan dilayani pihak-pihak secara terus.

 2. Galakan menubuhkan entiti yakni syarikat penerbit muzik berasal dari pencipta sendiri. Langkah ini sudah pasti boleh mengurangkan aliran keluar hak moral dan hak ekonomi apabila hak milik ciptaan berkenaan dipegang dan kuasai golongan pencipta sendiri, baik secara individu mahupun bersama pencipta lain. Situasi selama ini iaitu ‘pencipta belum tentu punyai hak terhadap ciptaannya sendiri’ harus berubah demi penentuan hak dan kepentingan mereka di masa depan. 

3. Undang-undang perlindungan hak terhadap pencipta atau pelaku karya harus dikekalkan selama 50 tahun atau dilanjut kepada 70 tahun tahun. Ini sebagai jaminan perolehan hasil pasif kepada warisnya, sebagai tambahan tempoh perlindungan yang dikecapi mereka di sepanjang hayatnya. 

4. Hak perlindungan ‘sound recording’ iaitu muzik/lagu yang dirakam-terbit dalam negara dilanjutkan kepada 70 tahun manakala perlindungan terhadap bahan luar yang hanya diedar dan dipasarkan dalam negara dikekalkan selama 50 tahun. Ini lantaran sebagai sebuah negara pengguna, aliran wang keluar negara boleh dikurangkan. 

5. Selain  aktiviti menggalak ahli melahirkan banyak ciptaan yang merupakan bahan asal eksploitasi perniagaan muzik, badan CMO sedia ada turut mengadakan kempen galakan agar pencipta tempatan sekaligus menjadi penerbit muzik terhadap ciptaan mereka. Tambah dan ubah dari “cipta ekspres’ kepada ‘cipta-publish ekspres’. 

6. Akta Hak Cipta 1987 Malaysia boleh dikatakan antara yang terbaik di dunia. Masyarakat seni dan pengkarya di mana bahannya dilindungi harus lebih memahami dan tahu tentang apa yang terkandung di dalamnya. Sebagai contoh, selagi seseorang pencipta tidak mengadakan sebarang perjanjian bertulis dengan mana-mana pihak, hak kepunyaan asal karyanya tetap wujud bersama dirinya.

7. Melalui kuasa yang ada, agensi terbabit menjalankan audit berkala terutama berkaitan tadbir urus badan CMO yang diberikan lesen operasi mereka. Banyak dan mudahnya sesebuah CMO dilulus-adakan, belum menjamin keberkesanan amalan dan pemantauannya. 

8. Menyokong adanya hanya satu badan pengutip royalti hak-hak kreatif yang dilindungi di Malaysia yang benar-benar mewakili pihak-pihak tanpa diwakili pihak lain dalam membela hak dan kepentingan mereka. 

Mengakhiri pandangannya, Manan Ngah berharap, perkongsian pengalaman dan cadangan ini akan mendapat reaksi positif dari semua pihak. – Getaran, 5 Februari 2023 

Isu Pada

Bingkisan Hati Dayang Nurfaizah

04 Feb 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 bulan yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

2

Muzik 9 bulan yang lalu

KPDN Adakan Perbincangan Kaedah Pembahagian Royalti Artis

3

Muzik 1 tahun yang lalu

KPDN Cadang Tubuh Jawatankuasa Selesai Isu Industri Muzik Rakaman

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Royalti Lagu ‘Siapa Sokong Penyamun’ Milik Waris P Ramlee Sepenuhnya - Altimet

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia