web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2026 9:26PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing mencatatkan penurunan bagi tempoh 4 hingga 10 Jun ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit RON97 turun sebanyak 30 sen iaitu daripada RM4.65 kepada RM4.35 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi turun 20 sen daripada RM3.92 kepada RM3.72 seliter.

Harga diesel di Semenanjung Malaysia pula ditetapkan pada RM4.67 seliter berbanding RM4.87 seliter sebelum ini, iaitu penurunan sebanyak 20 sen.

Menurut MOF, pelarasan harga runcit baharu itu adalah selaras dengan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) bagi minggu ini yang diturunkan berikutan penyusutan purata harga pasaran antarabangsa minggu terdahulu.

Dalam tempoh sama, kerajaan MADANI mengekalkan harga bersubsidi secara bersasar kepada rakyat dan sektor tertentu, meliputi RON95 (BUDI95) pada RM1.99 seliter, diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pada RM2.15 seliter, Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) pada RM2.05 seliter serta Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pada RM2.15 seliter.

Menurut kenyataan itu, pada harga RON95 tanpa subsidi semasa RM3.72 seliter, penggunaan 200 liter akan menelan kos RM744.

"Ini bermakna Kerajaan MADANI menanggung sehingga RM346 bagi setiap penerima yang menggunakan kelayakan penuh BUDI95. Namun, dengan siling kelayakan bulanan sehingga 200 liter, penerima BUDI95 hanya membayar sehingga RM398 sebulan bagi penggunaan penuh kelayakan tersebut.

"Harga diesel tanpa subsidi RM4.67 seliter pula merupakan lebih dua kali ganda harga diesel bersubsidi RM2.15 seliter, bagi mengurangkan impak harga diesel kepada rakyat melalui kos pengangkutan awam dan logistik barangan pengguna," menurut kenyataan itu.

MOF memaklumkan penurunan harga runcit minggu itu tidak mencerminkan pasaran petroleum global yang kembali stabil, sebaliknya risiko harga minyak mentah dan produk petroleum kekal tinggi dalam jangka sederhana berikutan konflik serta perkembangan semasa di Asia Barat.

"Mutakhir ini, negara-negara pengimport utama di Asia terpaksa meningkatkan pembelian minyak mentah daripada sumber alternatif bagi menampung gangguan bekalan dari Asia Barat. Walaupun import minyak mentah dari Amerika Syarikat ke Asia meningkat ke paras tertinggi, peningkatan tersebut masih belum mencukupi untuk menggantikan kehilangan bekalan melalui laluan perdagangan utama yang terjejas.

"Keadaan ini menunjukkan pasaran petroleum global masih berdepan kekangan bekalan fizikal, meskipun purata harga pasaran minggu terdahulu mencatatkan penyusutan. Sekiranya konflik berlarutan, risiko penyusutan inventori global dan kekurangan bekalan boleh memberi tekanan baharu kepada harga minyak mentah serta produk petroleum dalam tempoh mendatang," menurut MOF.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan MADAN menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat bagi membantu keterjaminan bekalan negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KWSP Peruntuk RM97 Bilion Bagi Pelaburan Domestik Pada 2023 - MOF

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Jaminan Kewangan Ditandatangani PM Dijangka Stabilkan Kedudukan Kewangan FELDA

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pelajar IPT, Belia Boleh Mula Daftar E-Belia Rahmah Isnin Ini

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad