web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2024 4:55PM

Akira Toriyama. gambar The Japan Times

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Akira Toriyama, pencipta watak anime dan manga terkenal Dragon Ball meninggal dunia pada usia 68 tahun.

Berita kematian Toriyama diumumkan hari ini menerusi laman web rasmi Dragon Ball.

Portal The Japan Times yang memetik laman web terbabit melaporkan Toriyama meninggal dunia akibat darah beku pada bahagian otaknya.

Menurut portal itu, upacara pengebumian diadakan secara tertutup oleh ahli keluarga Toriyama.

Namun, tarikh bagi majlis penghormatan masih belum diumumkan.

Sementara itu, hantaran di laman web terbabit turut melahirkan rasa sedih atas pemergian Toriyama dan memaklumkan mendiang 'terbabit dalam pelbagai projek' dan 'masih banyak yang ingin beliau lakukan', selain menyatakan penghargaan kepada peminat Toriyama.

Sejak diterbitkan pada 1984, Dragon Ball berjaya mencetuskan fenomena di seluruh dunia. gambar Bloomberg/The Japan Times
Sejak diterbitkan pada 1984, Dragon Ball berjaya mencetuskan fenomena di seluruh dunia. gambar Bloomberg/The Japan Times

"Beliau menerima sokongan daripada ramai peminat di seluruh dunia dan ia memberi peluang kepadanya untuk terus menghasilkan karya kreatif selama lebih 45 tahun.

"Kami berharap karya unik yang dihasilkan oleh Akira Toriyama akan terus diminati orang ramai untuk tempoh yang lama. 

"Terima kasih atas segala persahabatan yang diberikan sepanjang hidupnya," kongsi hantaran itu.

Karya pertama Toriyama bertajuk Wonder Island diterbitkan pada 1978 dan sejak itu beliau menghasilkan pelbagai karya popular seperti Dr Slump dan Dragon Ball untuk komik Weekly Shonen Jump.

Bagaimanapun, karyanya Dragon Ball yang diterbitkan secara versiri pada 1984, mencetuskan fenomena antarabangsa hingga diadaptasi ke dalam bentuk animasi dan filem aksi.

Sehingga ke hari ini, Dragon Ball masih menarik peminat dari seluruh dunia. - Getaran, 8 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

M’sia Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Wujud Pertumbuhan Mampan Dengan Bahrain - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa