Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


"Semua Ahli Lembaga Pengarah RPM Sila Letak Jawatan" - Freddie Fernandez

Mesyuarat Agung Recording Performers Malaysia (RPM) semakin hampir namun masih banyak isu yang belum selesai. Datuk Freddie Fernandez mengemukakan beberapa resolusi demi masa depan ahli-ahli RPM.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 9:54AM

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Datuk Freddie Fernandez. Gambar: Bernama

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Datuk Freddie Fernandez mengakui bahawa dia tidak akan bertanding sebagai ahli lembaga pengarah persatuan Recording Performers Malaysia (RPM) dalam mesyuarat agung tahunan yang diadakan pada 27 September ini. 

“Saya tidak akan bertanding. Saya hanya mahu melihat satu lembaga pengarah yang boleh membuat kerja dan membayar royalti kepada ahli setiap tahun. 

“Bagi mencapai matlamat ini, saya telah mengemukakan resolusi untuk menukar ahli lembaga pengarah RPM dan ia telah mendapat respons yang cukup luar biasa. 

“Awalnya, tandatangan yang diperlukan adalah sebanyak 196 sahaja. Tetapi, tandatangan yang diterima sehingga kini adalah sebanyak 212,” katanya. 

Menurut Freddie lagi, resolusi ini perlu dilakukan demi masa depan ahli-ahli yang bernaung di bawah RPM dan mesyuarat agung tahunan pula akan diadakan pada 27 September ini. 

“Terdapat kekurangan maklumat dan berita terkini mengenai aktiviti lembaga pengarah dan aktiviti semasa berkaitan dengan kutipan royalti.

“Sejak mesyuarat agung tahunan terakhir yang dilakukan dalam tempoh hanya 30 minit, tiada sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan aktiviti syarikat.

“Usaha yang dilakukan salah seorang pengarah iaitu Altimet untuk mengatur pertemuan antara lembaga pengarah dengan ahli-ahli yang meminta penjelasan mengenai pelbagai isu ditolak lembaga pengarah hingga mengakibatkan pengunduran Altimet sebagai pengarah syarikat.

“Sehingga kini, lembaga pengarah tidak pernah mengadakan pertemuan dengan ahli sejak mesyuarat agung tahunan terakhir yang diadakan pada 28 September 2020,” katanya.

Saya telah mengemukakan resolusi untuk menukar ahli lembaga pengarah RPM dan ia telah mendapat respons yang cukup luar biasa - Freddie Fernandez

Jelas Freddie lagi, banyak sebenarnya perkara yang perlu dijelaskan lembaga pengarah terutama mengenai isu RM21 juta di dalam akaun syarikat yang sehingga kini masih gagal diagihkan kepada ahli-ahli RPM. 

“Malah, RM21 juta ini juga didapati bukan atas usaha RPM tetapi dikutip MRM (Music Rights Malaysia) pada masa kutipan dibuat oleh satu badan kutipan tunggal sahaja. 

“Kegagalan RPM untuk mengagihkan royalti yang dikutip pihak lain dan diberi kepada RPM begitu sahaja secara berkala setiap tahun adalah bukti ketidakcekapan lembaga pengarah untuk melaksanakan objektif syarikat, iaitu menegakkan dan mempromosikan hak ahli, yang merangkumi kutipan royalti dan pengagihan kembali kepada artis,” katanya. 

Menyentuh tentang satu badan kutipan lain yang bernama Prism Bhd yang telah ditamatkan operasi, Freddie berkata, masih belum ada usaha dari pihak Lembaga Pengarah RPM secara terbuka meminta bekas anggota Prism Bhd yang merupakan artis-artis rakaman juga, untuk mendaftar sebagai ahli RPM Bhd.

“Walhal, Prism Bhd memiliki 1,500 ahli dan RPM adalah badan tunggal pelesenan untuk artis. Kita perlu memberikan perlindungan kepada karya mereka selain membantu menerima royalti sewajarnya daripada persembahan awam karya mereka,” katanya. 

Banyak sebenarnya perkara yang perlu dijelaskan lembaga pengarah terutama mengenai isu RM21 juta di dalam akaun syarikat yang sehingga kini masih gagal diagihkan kepada ahli-ahli RPM

Sehubungan itu, kata Freddie, dia telah secara peribadi mengemukakan beberapa resolusi agar semua permasalahan mengenai RPM ini dapat diselesaikan. 

Resolusi pertama, Freddie mencadangkan agar semua anggota lembaga syarikat yang sedia ada sekarang harus letak jawatan dengan serta-merta. 

Pemilihan baru harus dilakukan pada Mesyuarat Agung Tahunan pada 27 September 2021 dengan mengambil kira pencalonan yang telah diterima daripada anggota mengikut Artikel 47 M&A Syarikat bahawa: 

47. Seorang pengarah dikehendaki menjadi ahli Syarikat. Komposisi Lembaga Pengarah mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya satu (1) orang dari setiap kategori berikut :

a. Ahli dengan sekurang-kurangnya lima (5) rakaman yang diterbitkan secara komersial dalam bahasa Cina sebagai “featured performer

b. Ahli dengan sekurang-kurangnya lima (5) rakaman yang dterbitkan secara komersial dalam bahasa Inggeris sebagai “featured performer

c. Ahli dengan sekurang-kurangnya lima (5) rakaman yang diterbitkan secara komersial dalam bahasa India sebagai “featured performer

d. Ahli dengan sekurang-kurangnya lima (5) rakaman yang diterbitkan secara komersial sebagai “non-featured performer” (sessionist)

Bagi resolusi yang kedua pula, Freddie mencadangkan agar semua ahli lembaga yang baru dipilih harus berjanji untuk menghubungi mantan ahli Prism Bhd.

Ini perlu dilakukan untuk meminta mereka segera mendaftar dengan RPM Bhd supaya mereka dapat memperoleh perlindungan yang diperlukan semasa menjalankan pekerjaan mereka sebagai artis dan menerima royalti sewajarnya.

Resolusi ketiga yang dikemukakan adalah memperbesarkan lembaga pengarah daripada enam orang menjadi 10 orang bagi memberi perwakilan kepada lebih ramai golongan ahli daripada pelbagai generasi dan genre muzik. - Getaran, 20 September 2021

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'