Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Alasan Sheila Tentang SPRM Dan COVID-19 Tidak Munasabah - Freddie Fernandez

Menurut Datuk Freddie Fernandez, badan-badan pelesenan yang lain turut menghadapi kekangan yang sama, tetapi mereka telah berjaya menguruskan pengagihan royalti dengan penuh telus.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2021 5:12PM

Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Datuk Freddie Fernandez dan pemuzik profesional, Rafi Mohd menganggap alasan yang diberikan Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM) Datuk Sheila Majid mengenai kekangan yang dihadapi pihaknya terhadap isu pengagihan wang RM21 juta sebagai tidak munasabah. 

Dalam sidang media yang diadakan secara maya petang semalam, Freddie berkata, badan-badan pelesenan yang lain seperti MACP turut menghadapi kekangan yang sama, tetapi mereka telah berjaya menguruskan pengagihan wang royalti kepada ahli-ahli dua bulan lepas dengan penuh telus dengan memberi segala butiran dan penyata royalti kepada ahli.

Sheila Majid dalam kenyataannya memberitahu bahawa wang sebanyak RM21 juta itu masih belum diagihkan kerana pihaknya berdepan dengan isu SPRM, pandemik COVID-19 serta ahli yang masih belum membuat tuntutan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Perkara ini membuktikan bahawa Sheila dan ahli-ahli lembaga pengarah yang dilantiknya memang tidak cekap menguruskan hal-hal pengagihan dana. 

“Sebab itulah kita sarankan mereka semua letak jawatan dan beri laluan kepada orang yang benar-benar tahu menguruskan soal pengagihan dana RPM ini serta menjaga hak kepentingan ahli-ahli,” katanya. 

Menerusi laporan yang dikeluarkan Getaran pada 24 September lalu, Sheila Majid dalam kenyataannya memberitahu bahawa wang sebanyak RM21 juta itu masih belum diagihkan kerana pihaknya berdepan dengan isu SPRM, pandemik COVID-19 serta ahli yang masih belum membuat tuntutan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Dalam kenyataannya itu juga, Sheila memaklumkan bahawa nilai RM21 juta itu adalah wang kutipan royalti pada 2019 yang baru diterima pada 31 Disember 2020 yang turut dicampur dengan saki-baki pecahan kutipan royalti daripada 2017 dan 2018 yang diterima secara berperingkat. 

Sheila berkata demikian dalam satu sidang media khas yang turut dihadiri ahli lembaga pengarah RPM termasuklah Alfa Booty Kesuma, Razin Mestica, Jaclyn Victor dan Ana Raffali.

Sidang media itu dibuat bagi menjelaskan khabar-khabar angin serta perkara tidak benar yang ditimbulkan terhadap isu wang RM21 juta serta ketidakcekapan ahli lembaga pengarah dalam pengurusan hal ehwal syarikat serta kebajikan ahli-ahli. 

Sheila memaklumkan bahawa nilai RM21 juta itu adalah wang kutipan royalti pada 2019 yang baru diterima pada 31 Disember 2020 yang turut dicampur dengan saki-baki pecahan kutipan royalti daripada 2017 dan 2018 yang diterima secara berperingkat. 

Menurut Freddie lagi, ketidakcekapan RPM menguruskan pengagihan wang royalti kepada ahli-ahli dibuktikan apabila ia hanya diuruskan empat orang kakitangan sahaja. 

“Sedangkan badan kutipan royalti lain seperti MACP memiliki 30 orang kakitangan. Bagaimana empat orang kakitangan ini hendak menguruskan pengagihan dana yang besar kepada ahli-ahlinya? 

“Ini adalah satu kegagalan besar daripada Sheila dan lembaga pengarah RPM dan membuktikan bahawa mereka tidak faham tidak cekap tentang soal pengurusan syarikat,” katanya. 

Jelas Freddie lagi, pada awal penubuhan RPM, dia telah meletakkan harapan yang cukup tinggi terhadap Sheila dan memberikan sokongan penuh terhadap usaha yang cuba dilakukannya terhadap penubuhan badan pelesenan yang ditubuhkan untuk mengutip royalti artis dan pemuzik rakaman tersebut. 

Ketidakcekapan RPM menguruskan pengagihan wang royalti kepada ahli-ahli dibuktikan apabila ia hanya diuruskan empat orang kakitangan sahaja - Freddie Fernandez

“Dia nama besar di dalam industri dan mempunyai pengalaman yang luas di dalam industri muzik. Dengan pengalaman yang dimilikinya itu, kita percaya dia mampu melaksanakan tugasnya dalam mengendalikan serta menguruskan RPM. 

“Malangnya, kita sudah bagi peluang ini selama sembilan tahun. Tetapi, apa dia yang lakukan? Takkan dia masih belajar cara nak uruskan RPM sepanjang sembilan tahun ini? 

“Atas sebab itu, kita telah mewujudkan beberapa resolusi untuk meminta Sheila mengundurkan diri, begitu juga dengan ahli-ahli lembaga pengarah dan menggantikannya dengan ahli lembaga pengarah lain yang lebih cekap dan tahu akan selok-belok pengurusan serta pengagihan royalti kepada ahli-ahli. 

“Kita juga meminta penambahan ahli lembaga pengarah daripada enam kepada 10 orang untuk menjaga kepentingan ahli bagi memberi perwakilan kepada lebih ramai golongan ahli daripada pelbagai generasi dan genre.

“Sebelum ini kita telah berjaya memperolehi 196 tandatangan daripada ahli-ahli untuk mencapai resolusi ini. Terbaharu, kita sudah berjaya mendapat tandatangan seramai 240 ahli untuk semua ahli lembaga pengarah dilucutkan jawatan serta-merta,” katanya. 

Kita sudah bagi peluang ini selama sembilan tahun. Tetapi, apa dia yang lakukan? Takkan dia masih belajar cara nak uruskan RPM sepanjang sembilan tahun ini? - Freddie Fernandez

Rafi pula mempersoalkan tindakan Sheila mengadakan sidang media tersebut. 

“Perlu saya tekankan di sini bahawa sidang media tersebut adalah yang pertama diaturkan Sheila selepas sembilan tahun kewujudan RPM. 

“Selama ini, dia sebagai pengerusi tidak pernah mengadakan sebarang sidang media untuk memberi penerangan tentang perjalanan RPM dan isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal syarikat.

“Malah, sejak awal penubuhan RPM sehingga sekarang segala kerja-kerja kutipan dan pengagihan RPM dilakukan oleh pihak lain dan bukannya RPM. 

“Pada beberapa tahun awal kerja-kerja kutipan, pengagihan telah dilakukan satu badan lain iaitu PPM, badan yang menjalankan kutipan bagi pihak syarikat rakaman. 

“Selepas itu kerajaan telah arahkan bahawa kutipan harus dilakukan satu badan tunggal yang diberi nama MRM (Music Rights Malaysia) di mana kutipan dibuat bagi pihak empat badan pelesenan iaitu MACP, PPM, RPM dan Prism.

“Selepas MRM dibubarkan, kesemua badan pelesenan termasuk RPM perlu melakukan pengagihan sendiri. Sheila dan ahli lembaga tidak mengetahui apa-apa tentang kutipan dan pengagihan.

“Selepas Prism ditutup semua royalti artis yang dikutip oleh MRM disalurkan kepada RPM sahaja.

“Jadi tanpa sebarang mekanisme pengagihan yang baik kita melihat RPM hanya masuk duit dari MRM sahaja dan tidak mengagihkannya secara teratur dan konsisten kerana mereka tidak tahu macam mana nak laksanakannya,” katanya. 

Pengerusi tidak pernah mengadakan sebarang sidang media untuk memberi penerangan tentang perjalanan RPM dan isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal syarikat - Rafi Mohd

Rafi terus mempersoalkan kenyataan Sheila dan ahli lembaga pengarah RPM yang mendakwa mereka telah lakukan kerja yang baik, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. 

“Yang saya lihat, apabila kutipan dan pengagihan dilakukan PPM, mereka tak perlu buat apa-apa dan selepas MRM ambil alih mereka terus tidak membuat apa-apa kerana kutipan sedang berjalan.

“Sekarang apabila ada duit sebanyak itu dalam bank dari MRM, mereka terus tidak lakukan apa-apa kerja pengagihan sehingga duit dalam bank melambung menjadi RM21 juta.

“Jelas bahawa mereka tidak tahu bagaimana hendak melakukannya mengikut penggunaan muzik dan lagu ahli di tempat awam seperti radio, televisyen, kelab dan hotel. 

“Tiba-tiba mereka mengumumkan bayaran sama rata kepada semua ahli dalam bentuk Unlogged Performance Allocation (UPA).

“Sebetulnya, UPA disediakan untuk memberi sedikit imbuhan kepada ahli yang tidak dapat royalti sekiranya lagu-lagu mereka tidak keluar dalam mana-mana sampel pengagihan. 

“UPA juga dibayar semasa proses bayaran royalti sebenar dibuat. Dan, bukan secara berasingan sepertimana yang dilakukan RPM.

“Tetapi atas desakan ahli yang sudah lama tidak dapat royalti, ahli lembaga RPM telah membuat tindakan membayar UPA sahaja untuk tutup mulut ahli dan bukan mengagihkan royalti sebenar untuk  tahun 2018, 2019 dan 2020.

“Soalannya kenapa nak bayar UPA 2018 pada tahun ini?  Kenapa tidak dibayar pada tahun 2019?” soalnya. 

Suatu lagi kelemahan RPM, kata Rafi, adalah sikap ahli-ahli lembaga pengarah yang tidak mahu meminta bantuan daripada ahli yang lebih arif dalam perkara ini. 

“Kenyataan Sheila bahawa tiada siapa pun peduli dan ingin bantu membangunkan badan perlesenan ini adalah tidak benar sama sekali. 

“Pada sekitar tahun 1989, akta hak cipta mula dirangka di mana Pengasas MACP, Datuk Freddie Fernandez merupakan salah seorang yang menggerakkan usaha ini. Melalui pengalaman selama 32 tahun sudah tentu banyak yang boleh kita pelajari. 

“Tetapi usaha ini dinafikan oleh RPM di mana Datuk Freddie tidak pernah dijemput untuk membantu mereka dalam soal kutipan dan pengagihan royalti walaupun telah menjadi pengasas yang menubuhkan MACP dan menjadi pengerusi selama 13 tahun pertama operasi MACP. 

“Moto ‘Diam-diam Ubi Berisi’ yang diamalkan Pengerusi RPM tidak sesuai dilaksanakan dalam pengurusan tertinggi RPM.

“Sheila juga turut mengelak apabila dijemput menteri dan sengaja melecehkannya, seolah-olah seperti tidak mahu berkongsi maklumat kepada menteri. Jika ini yang dilakukan bagaimana pula sikap mereka terhadap ahli-ahli RPM,” katanya. 

Kenapa nak bayar UPA 2018 pada tahun ini?  Kenapa tidak dibayar pada tahun 2019? - Rafi Mohd

Jelas Rafi lagi, dia difahamkan pada hari ini (semalam), MRM telah memindahkan RM 5.6 juta kepada RPM, menjadikan jumlah wang di bank RPM bernilai lebih daripada RM26 juta. 

“Itu satu jumlah besar yang memerlukan pengurusan profesional dan berwibawa untuk mengendalikan dan menentukan semua duit itu diagihkan balik kepada ahli dalam masa secepat mungkin. 

“Sudah pasti lembaga pengarah yang ada tidak boleh lakukannya.

“Saya minta dia berundur dan beri peluang kepada orang lain yang lebih arif tentang perkara ini untuk melakukannya kerana jelas ahli lembaga pengarah sedia ada memang lemah.

“Tidak perlu diberi peluang lagi mengendalikan RPM kerana gagal dari semua aspek pengurusan dan pentadbiran,” katanya. - Getaran, 25 September 2021

Isu Pada

Sisi Tersembunyi Daiyan Trisha

25 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

2

Semasa 13 jam yang lalu

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

3

Semasa 15 jam yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

SPRM Mula Siasatan FAM, Ambil Fail Tertentu

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 18 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran