web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ranking Harimau Malaya Jatuh 6 Anak Tangga

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2024 6:00PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seperti diduga, ranking skuad Harimau Malaya jatuh enam anak tangga untuk menduduki tempat ke-138 dunia, berdasarkan kemas kini terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), hari ini.

Perkembangan terbaharu itu dikongsikan menerusi kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sekali gus menyaksikan skuad kendalian Kim Pan Gon mengumpul keseluruhan 1,094.54 mata menurun daripada posisi ke-132 dunia, yang dihuni sejak 15 Februari.

Kejatuhan ranking skuad negara itu disebabkan mereka kehilangan 15.63 mata susulan dua kekalahan kepada Oman pada saingan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, berlangsung di Muscat dan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) masing-masing pada 22 dan 26 Mac.

Skuad negara tewas dengan jaringan 0-2 pada kedua-dua perlawanan tersebut.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia kekal di kedudukan ketiga Kumpulan D dengan mengumpul enam mata, manakala Kyrgyzstan yang mengatasi Taiwan 5-1 kekal di posisi teratas selepas mengumpul sembilan mata diikuti Oman kedua yang turut mengumpul sembilan mata, sementara Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.

Selepas ini, anak buah Pan Gon akan bertemu Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan menamatkan saingan kumpulan D menentang Taiwan di SNBJ pada 11 Jun.

Kemas kini itu juga turut menjejaskan ranking Malaysia yang kini muncul selaku pasukan ke-24 terbaik Asia, selepas dipintas Indonesia (ke-23). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 4 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar