web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harapan Liverpool Ke Eropah Musim Depan Semakin Cerah

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2021 7:31AM

Nathaniel Philips (kiri) meraikan jaringannya menentang Burnley. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Kemenangan 3-0 Liverpool ke atas Burnley dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi menjanjikan persaingan untuk tempat ke Liga Juara-Juara Eropah pada hari terakhir musim ini yang dramatik.

Manakala usaha Tottenham  untuk layak ke Liga Europa menerima tamparan selepas kalah 2-1 kepada Aston Villa.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp itu naik ke tangga keempat selepas Roberto Firmino, Nathaniel Philips dan Alex Oxlade-Chamberlain menjaringkan tiga gol tanpa balas.

Liverpool di hadapan pasukan di tangga kelima Leicester dengan perbezaan empat gol.

Jika Liverpool menang perlawanan mereka menentang Crystal Palace pada Ahad, mereka sepatutnya menamatkan saingan musim di posisi empat teratas.

Leicester akan menerima kunjungan Tottenham pada Ahad, manakala Chelsea yang berada di tangga ketiga, satu mata di depan Liverpool, akan bertandang ke Aston Villa.

Tottenham mungkin perlu menunggu sehingga hari terakhir saingan liga musim ini untuk mengetahui sama ada mereka akan bermain di Eropah atau tidak musim depan.

Kekalahan kedua pasukan itu dalam tiga perlawanan menempatkan mereka di tangga ketujuh, sama mata dengan Everton dan tiga di belakang West Ham di tangga keenam.

Mereka harus mengalahkan Leicester dan berharap yang West Ham kalah kepada Southampton untuk mengatasi jiran London mereka dengan perbezaan gol.

Steven Bergwijn membuka jaringan untuk Tottenham tetapi kelebihan itu hanya bertahan untuk 12 minit selepas Sergio Reguilon menjaringkan gol sendiri.

Ollie Watkins menjaringkan gol kemenangan Aston Villa.

West Ham mempunyai peluang cerah untuk layak ke Liga Europa selepas menang 3-1 keatas West Brom.

Gol sendiri Tomas Soucek membuka jaringan buat West Brom pada minit ke-27 sebelum pemain tengah dari Republik Czech itu menyamakan keadaan di masa kecederaan babak pertama.

Di lewat babak kedua Angelo Ogbonna dan Michail Antonio menjaringkan dua gol untuk memastikan tiga mata buat West Ham

Everton kekal dalam persaingan untuk tempat ke Liga Persidangan Europa selepas jaringan minit ke-48 Richarlison memberi kemenangan tipis ke atas Wolves.

Nicolas Pepe menjaringkan dua gol buat Arsenal untuk membantu kelab London itu menang 3-1 ke atas Crystal Palace. Gabriel Martinelli melengkapkan jaringan buat Arsenal.

Christian Benteke meledak gol sagu hati buat pasukan tuan rumah.

Tandukan Joe Willock memberi kemenangan 1-0 buat Newcastle ke atas Sheffield United. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar