web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JDT Main Seperti Samseng, Macam Kasta Kayangan - MB Kedah

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2021 3:43PM

Muhammad Sanusi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - “Saya rasa JDT ini dia main samseng sikitlah, macam kasta kayangan,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KDA FC) Muhammad Sanusi Md Nor ketika diminta mengulas mengenai perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan semalam.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, JDT tidak sepatutnya membuat pasukan lain sebagai belasahan walaupun mereka ‘pandai’ bermain bola sepak.

“Kita pun taklah bodoh sangat dan hampir menjaringkan gol juga. Tetapi karakter pemain mereka itu kita nampak.

“Sebab semalam ada insiden hampir nak bergaduh, apabila mereka menerpa ke jurulatih serta pemain kita dan buat-buat cengei (garang).

“Dia datang stadium dan kampung kita, tetapi langsung tak hormati kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Dalam perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan 1-0 berpihak kepada JDT semalam, berlaku sedikit kekecohan sebaik tamat separuh masa pertama apabila kem JDT dilihat menerpa ke bangku jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak kerana tidak berpuas hati dengan perang mulut yang berlaku antara Aidil serta pemain mereka, Gonzalo Cabrera.

Kekecohan yang berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan pemain itu bagaimanapun reda tidak lama kemudian dengan Aidil serta Cabrera dilihat saling berbaik-baik setelah kedua-dua mereka kembali ke padang.

Malah ketika Cabrera tidak sedarkan diri akibat berlaga dengan pertahanan kental KDA FC, Renan Alves, pasukan perubatan KDA FC turut masuk ke padang bagi memberi bantuan selain kedua-dua kem pasukan itu turut dilihat bersalaman setelah perlawanan berakhir.

Muhammad Sanusi turut menyaksikan perlawanan itu di stadium semalam bagi mengiringi keberangkatan Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Muhammad Sanusi menambah, apa yang dilakukan JDT itu adalah sesuatu yang tidak baik untuk diterapkan dalam sukan.

“Mereka nampak ‘kerek’ dan ‘gedebe’. Mungkin kerana pasukan mereka kaya atau gaji dia mahal dan kita pula tak ada duit.

“Jangan kerek sangat datang tempat orang. Agak-agaklah kalau nak buat macam tu sebab kita pun bukan ‘lekeh’ sangat kerana mampu bagi tentangan sengit dan hampir jaringkan dua gol yang satu terkena tiang dan satu lagi kena palang,” katanya. - Getaran, 5 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Politik 2 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad